RSS

Thursday, September 23, 2010

Hak Istimewa Melayu Tidak Boleh Dipadam Tanpa Persetujuan: Kay Kim

Sumber: Sinar Harian Selasa 07 September 2010

KUALA LUMPUR- Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan perkara 153 dalam perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputra dalah buta sejarah dan tidak memahami perlembagaan, kata Pakar Sejaraah, Prof Emeritius Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.


Beliau berkata, kedudukan orang melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

Bila british sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

“Kerajaan itu ada ramai rakyat Orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat Raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang melayu,” katanya.


Beliau berkata, orang bukan melayu di semenanjung pada ketika itu bukanlah warganegara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu di tubuhkan pada 1 Feb 1948.

“Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan di masukkan perkara-perkara yang sudah wujud”. Katanya

Justeru, Kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang melayu yang termaktub dalam perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam perlembagaan tersebut-Bernama