RSS

Tuesday, March 1, 2011

10 penyerupaan sesat terhadap Dzat Allah Taala

وَيَجِبُ فِي حَقِّهِ تَعَالَى: المُخَالَفَةُ لِلْحَوَادِثِ، وَمَعْنَاهُ: أَنَّهُ تَعَالَى لَيْسَ مُمَاثَلاً، فَلَيْسَ لَهُ يَدٌ، وَلاَ عَيْنٌ، وَلاَ أُذُنٌ، وَلاَ غَيْرُ ذَلِكَ مِنْ صِفَاتِ الحَوَادِثِ،

Wajib bagi hak Allah Taala berbeza dengan segala baharu[1]. Maksudnya Allah Taala tiada diserupakan dengan semua makhluk. Maka Allah Taala tidak memiliki tangan, mata, telinga dan selain demikian dari sifat-sifat baharu( sifat-sifat makhluk)[2].

وَضِدُّهَا المُمَاثَلَةُ. وَالدَّلِيْلُ عَلَى ذَلِكَ: أَنَّهُ لَوْ كَانَ مُمَاثَلاً لِلْحَوَادِثِ لَكَانَ حَادِثاً وَهُوَ مُحَالٌ.

Dan lawannya ialah penyerupaan[3]. Bermula dalil atas demikian bahawa sekiranya Allah Taala diserupakan dengan makhluk, nescaya Allah Taala itu baharu. Hal tersebut adalah mustahil.



[1][Berbeza dengan segala baharu] Firman Allah SWT:

لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Mafhumnya: ”Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat” (As Syura’:11)

[2] [Dari sifat-sifat makhluk] Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak menyerupai bentuk-bentuk tubuh, tidak dalam ukuran, tidak terbahagi-bahagi dan tidak dapat ditempati oleh unsur-unsur lain. Allah tidak bersifat manusia, dan tidak dapat ditempati oleh sifat-sifat manusia bahkan Allah tidak menyerupai makhluk-makhluk yang ada dan juga tidak di serupai oleh mereka. Allah tidak di batasi oleh ukuran-ukuran, tidak di liputi oleh sudut-sudut tempat, tidak dilingkungi oleh arah-arah atau juga tidak dikelilingi oleh bumi dan langit.

[3] [Penyerupaan] dijelaskan di dalam Syarhu Tijanu Ad Darari Ala Risalah Al Bajuri Fi Tauhid, bentuk-bentuk penyerupaan merangkumi sepuluh keadaan:

[1] bahawa keadaan Allah berbentuk jisim sama ada jirim itu murakab(tersusun), di namakan sebagai jisim atau tidak murakab iaitu disebut sebgai jauhar fardi (unsur terkecil). Unsur terkecil atau terhalus yang ditemui dalm peralatan moden sekarang ialah atom.

[2] Keadaan Allah adalah sifat yang berdiri pada jisim

[3] keadaan Allah pada salah satu arah dari jirim, maka Allah SWT tidak berada di atas arasy, tidak juga di bawahnya, tidak di kanannya dan tidak di bahagian lain arah yang dikenal

[4] Allah Taala mempunyai arah, kerana Allah Taala tidak mempunyai bahagian dari atas dzatnya, tidak bahagian bawah, tidak bahagian kanan, tidak bahagian kiri dan tidak bahagian-bahagian lainnya.

[5] Allah SWT bertempat pada suatu tempat

[6] Allah SWT terikat dengan zaman, dimana keadaan gerakan-gerakan galaksi dan planet-planet tertakluk dengan zaman(waktu). Sesungguhnya Allah di luar takluk zaman bahkan Dia menciptakan peredaran zaman.

[7] Silih berganti atasNya dua hal yang baharu iaitu siang dan malam

[8] Allah SWT bersifat dengan sifat makhluk yang baharu seperti bergerak atau diam, putih atau hitam, kekuasaan makhluk , kehendak makhluk(seperti perkataan kuasa atau kehendak Allah seperti kuasa dan kehendak makhluk. Ketahuilah, kuasa atau kehendak makhluk amat terhad sedangkan kuasa dan kehendak Allah tidak terhingga. (sesungguhnya akal kita tidak mampu membayangkan hal tersebut)

[9] Dzat Allah Taala bersifat kecil atau besar dengan makna terdiri dari banyak juzuk(pecahan).

[10] Allah mempunyai tujuan-tujuan tertentu di dalam perbuatanNya atau ketetapanNya kerana itu tidak ada dalam perbuatanNya seperti menciptakan zaid kerana ada suatu tujuan tertentu.(ruj Syarhu Tijani Ad Darari Ala Risalah Al Bajuri Fil Tauhid:m/s 10)

[Peringatan] Kesimpulannnya, 10 bentuk penyerupaan ini adalah sama sekali mustahil bagi Allah SWT.

Dan berkata Abu Ishak Al Isfirayini bahawa ahlul haq telah ijma’ bahawa segala perbicaraan mengenai ilmu tauhid terkandung di dalam dua kepercayaan iaitu:

[1] Setiap apa yang terbayang oleh kita ia merupakan kejadian baharu dan kita iktikadkan ia berlainan daripada Allah Taala kerana setiap yang kita sangkakan itu adalah makhluk Allah dan Allah lah yang menjadikan.

[2] Kita mengiktikadkan bahawa dzat Allah SWT berlainan daripada makhluk dalam segala sesuatu dan Allah Taala bersifat dengan segala sifat kamalat(kebesaran).(ruj Aqidatul Najin Fi Ilmi Usul Addin:m/s 19)


Saturday, February 12, 2011

Yahudi bertanya apakah perkara yang tidak diketahui oleh Allah Taala?

[Suatu Cerita]: sewaktu Hatim Al Asham tiba di kota Baghdad, dia telah diberitahu bahawa di kota tersebut ada seorang yahudi amat pandai berhujah dan telah menewaskan ramai ulamak. Hatim Al Asham pun menyuarakan bahawa dia sanggup untuk berhujah dengan orang yahudi itu. Apabila kedua-duanya telah bersedia, orang yahudi mula mengemukakan soalan-soalannya:


"Apakah perkara yang tidak diketahui oleh Allah Taala? Apakah yang tidak ada pada Allah Taala? Apakah yang tidak terdapat di dalam perbendaharaan Allah Taala? Apakah yang diminta Allah Taala daripada hambaNya?"


Hatim pun berkata:” Jika aku boleh menjawab semua soalanmu itu, adakah engkau sanggup masuk Islam?


Yahudi itu menjawab:”ya”


Hatim pun menjawab dengan berkata: “Yang tidak diketahui oelh Allah Taala ialah syarikNya dan anakNya. Bererti Allah tidak mempunyai sekutu dan anak.”


“Yang tidak ada pada Allah Taala ialah kezaliman kerana sesungguhnya Allah Taala tidak menzalimi manusia dengan sesuatu.”


"Yang tidak ada dalam perbendaharaan Allah ialah kepapaan kerana Allah Taala berfirman:


هَـٰٓأَنتُمۡ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنڪُم مَّن يَبۡخَلُ‌ۖ وَمَن يَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا يَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦ‌ۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ‌ۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ

أَمۡثَـٰلَكُم


(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Muhammad:38)

“Yang diminta oleh Allah Taala daripada hambaNya ialah supaya memberi hutang kepadaNya. Allah Taala berfirman:


إِنَّ رَبَّكَ يَعۡلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدۡنَىٰ مِن ثُلُثَىِ ٱلَّيۡلِ وَنِصۡفَهُ ۥ وَثُلُثَهُ ۥ وَطَآٮِٕفَةٌ۬ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَ‌ۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّہَارَ‌ۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحۡصُوهُ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡ‌ۖ فَٱقۡرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرۡضَىٰ‌ۙ وَءَاخَرُونَ يَضۡرِبُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ يَبۡتَغُونَ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ‌ۙ وَءَاخَرُونَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۖ فَٱقۡرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ مِنۡهُ‌ۚ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقۡرِضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا‌ۚ وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيۡرً۬ا وَأَعۡظَمَ أَجۡرً۬ا‌ۚ وَٱسۡتَغۡفِرُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمُۢ 


Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al Muzammil:20)

Thursday, January 27, 2011

Kenapa Kamu sembah Nabi Isa a.s?


Terjemahan

Diterangkan dari sebahagian ulama, mereka bercerita tentang rahsia kepada orang-orang rom. Ulamak tadi bertanya kepada mereka:” kerana apakah kalian menyembah Nabi Isa a.s?”.Maka mereka menjawab“kerana Isa tidak memiliki bapa”.

Lalu dia berkata:
“kalau begitu Nabi Adama lebih utama untuk disembah kerana Nabi Adam tidak memiliki bapa dan juga ibu.” Maka mereka menjawab:”kerana sesungguhnya Isa dapat menghidupkan orang-orang yang telah mati”.

Maka dia berkata:
”Maka Hizqil lebih baik dalam hal itu, kerana sesungguhnya Isa telah menghidupkan 4 kelompok sementara Hizqil telah menghidupkan 8000 orang.”
Maka mereka berkata:
”kerana sesungguhnya Isa dapat menyembuhkan orang yang buta dan orang justa.

Maka dia berkata:
”Maka Jirjis lebih baik dalam hal itu, kerana dia telah di masukkan ke tempat masakan dan di bakar, lalu dia keluar dari tempat rebusan dalam keadaan selamat.”

(Ruj Syarhu Sullam Al Munajat ala Risalah Safinah Al Solat:m/s 7, Darul Kutub Islamiah, Al Allamah As Syeikh Muhammad Nawawi Bin Umar Banten)

Terhad!Jadual ringkas sirah Khulafa Ar Rasyidin

MAQAM

Madinah dekat maqam Rasulullah SAW

Madinah dekat Maqam Rasulullah SAW

Baqi’ Bustan

Kufah, di masjid Ar Rohbah dekat pintu Kindah

Baqi’ Bustan

Dairu Sam’an di Damascus

HARI WAFAT

Malam Selasa, antara maghrib dan Isya’


Hari Rabu selepas Asar dan dimaqamkan hari Sabtu

Malam Jumaat atau malam minggu



BULAN WAFAT

Tanggal 23 Jamadil Akhir

Tanggal 27 Dzulhijah

Tanggal 18 Dzulhijah

Tanggal 18 Ramadhan

Pertengahan Muharam

Tanggal 21 Rejab

TAHUN WAFAT(HIJRAH)

13 H

23 H

35 H


49 H

101 H

SEBAB WAFAT

Kesedihan mendalam sebab kewafan Rasullah SAW

Dibunh oleh Abu Lu’lu Al Farisi Abdul Mughiroh

Dibunuh oleh penduduk Mesir dan Khawarij

Dipenggal oleh Abdulrahman bin Muljam dengan pedang

Sakit

Sakit

USIA

63 Tahun

63 tahun

88 Tahun

65 tahun

47 tahun

39 tahun beberapa bulan

PUSAT PEMERINTAHAN

Madinah

Madinah

Madinah

Kufah

Kufah

Damascus

MASA MEMERINTAH

2 Setengah Tahun

10 tahun 5 malam

12 tahun kurang 12 hari

5 tahun

6 bulan kurang beberapa hari sebagai penggenap 30 tahun kekhalifahan Islam

2 Tahun 5 bulan

JADUAL KHULAFA AR RASYIDIN

Abu Bakar As Siddiq ra

Umar Bin Khottab ra

Usman Bin Affan ra

Ali Bin Abi Talib ra

Hasan bin Ali ra

Umar Bin Abdul Aziz ra

(Ruj Syarhu Sullam Al Munajat al Safinatil Solat:m/s 5 Darul Kutub Islamiah, Al Allamah As Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar Banten)