Saturday, January 23, 2010

sambungan cerita poligami

Setelah tulisan saya berkenaan poligami bulan lepas, saya di ajukan pelbagai soalan kontoversi seakan akan benarkah itu berlaku. Alhamdulillah, emel yang di terima menunjukkan tindak balas positif di kalangan wanita. Mereka meminta saya meneruskan penceritaan bagaimana keadaan di rumah. Saya sebenarnya agak sibuk sekarang ni, tak tersusun jadual hidup. Agak lama tak online. Di kesempatan yang terhad ni, pena saya mula rasa nak sambung tulisan demekian, satu cadangan menarik dari lintasan hati ini. Ok, boleh jugak.

Kediaman saya di satu tanah lapang di pulau manis, serada. Di sana berdiri tiga buah rumah dan surau serta asrama pondok pelajar-pelajar. Tiga buah rumah di lingkari pagar dan di diami oleh ibu-ibu saya secara berasingan. Jarak antara rumah ke rumah terlalu dekat. Keringat kepenatan pun malu nak keluar. Giliran setiap rumah adalah sehari semalam bagi satu rumah. Meskipun zahirnya berasingan, namun ia tidak mampu menghalang rentetan kasih sayang antara kami. Rumah di sana, rumah di sini juga, itu lah falsafah kami.

Saya sendiri tiada undang-undang antara rumah ke rumah. Nak pergi rumah second mum ke third mum ke, tiada masalah. They are my moms too. Adakah wujud enakmen boleh menghalang saya bahagia begini rupa?...

Ketika waktu berbuka puasa lagi seronok. Ketiga-tiga ibu saya akan masak sama-sama untuk juadah berbuka. Anak-anak di luar bermain kejar-mengejar tidak kurang yang menonton televisyen. Lantas Azan di laungkan, bersama 9 adik-beradik dan tiga ibu, kami menikmati juadah yang sememangnya di doakan oleh ayah kami. Ibu-ibu makan satu talam bersama-sama dan anak-anak lelaki bersama ayah juga di dalam talam. Terus terang ini bukan dongengan. Fikir sendiri la..

Agak-agak jika saya karang satu buku tentang poligami, pembaca mahu beli tak?hehe.ok jumpa lagi

Tuesday, December 29, 2009

Hanya Kerana Mengantuk, Mereka Pergi Jua


Baru sahaja ingin tersenyum untuk melangkah ke tahun baru, namun menjadi sayu seraya membaca berita korban Sani Express seramai 10 orang.


Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

Kejadian tersebut berlaku apabila bas Sani Express terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, 8 km dari Plaza Tol Ipoh Selatan di sini.


Saya menduga aksi tuding menuding jari akan berlaku, dan memang itu pun yang kita saksikan sekarang. Di saat pihak pengurusan Sani mengambil sikap berdiam, pihak di luar asyik bersuara. Pelbagai pihak menyalahkan antara satu sama lain. Masalah perlesenan bagi bas dua tingkat, kejar trip perjalanan dan latihan khas pemanduan mula berbangkit. Dalam konteks insiden tempoh hari, siapakah wajar di persalahkan? Alasan di atas ada benarnya jua tapi saya lebih suka untuk mengakui permasalahan kecuaian pemandu penyebab utama.


Oleh hal demikian, cadangan untuk mengatasi masalah ini harus kembali kepada puncanya iaitu kecuaian atau lebih umum sikap pemandu sendiri.


Cadangan Menteri Besar Perak, Dato Dr Zambry Abd Kadir supaya operasi semua bas eskpress pada waktu malam di hentikan ekoran kemalangan tersebut datang tepat pada waktunya. Tidak kurang juga mencadangkan bentuk bas dua tingkat di kaji kembali. Namun saya sebagai pengguna berpendapat cadangan demikian bukan penyelesaian yang kritis.


Kembali kepada puncanya iaitu sikap pemandu. Jadi ini lah yang di selesaikan. Kenapa nak di haramkan air kopi hanya kerana tawar? bukan kopi yang silap, salahnya lupa letak gula. Anologinya begitulah. Tiada beza memandu siang atau malam, bas satu tingkat sekalipun jika pemandu masih bersikap pentingkan diri, laju tak bertempat, kurang sensitiviti kepada keselamatan penumpang. Hatta jalan kosong pun, tetap berisiko kepada penumpang.


Selain itu, separuh pengguna mahu bas ekspress waktu malam. Alasan mereka persis pena ini. Ini kajian yang telah di lakukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia(MIROS). Menurut ketua pengarahnya, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata kajian pihaknya mendapati penumpang lebih selesa bergerak pada waktu malam supaya sampai ke destinasi pada keesokan paginya.


Untuk pengetahuan pembaca, syarikat bas berkenaan mempunyai kelengkapan yang lengkap bagi memastikan perjalanan dari Klang, Selangor ke Kangar, Perlis selamat. Kelengkapan tersebut termasuk sistem pengesanan global(GPS) serta pengehad kelajuan bas supaya tidak di pandu terlebih laju dan membahyakan. Kondisi bas juga di bina mengikut spesifikasi yang di tetapkan oleh JPJ. Bas, keadaan cuasa dan jalan raya tiada masalah tetapi masalah pemanduan ketika mengatuk mejadi penyebab korban ini.


“kalau dah tau mengantuk berhenti la awal-awal, jangan nak tunggu sampai RnR baru tukar”.getus hati ini.


Siasatan polis terhadap pemandu, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38 mendapati beliau terlalu mengantuk ketika memandu. Beliau merancang untuk bertukar pemandu kedua di hentian rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak, kuala kangsar meskipun ‘kengatukan’ dah mencapai tahap maksimum.


Pemandu terlelap sementara lalu bas kawalannya hilang kawalan. Justeru itu, saya memang harus akui insiden ini memang kesilapan pemanduan.


Akhir kalam saya, di saat kesedihan dan mencari penyelesaian, kita harus kembali kepada Allah SWT. Ujian merupakan firah kehidupan manusia untuk menguji siapakah hambaNya yang bertaqwa. Apa yang berlaku ini adalah takdir dan mesti ada hikmahnya. Tiada sesiapa mahukan ia berlaku. Allah Maha Mengetahu akan semua ini. Kita serahkan padaNya dan berdoa moga-moga mereka yang terkorban di tempatkan di kalangan hambanNYa yang di kasihi. Buat pemandu pula, saya mohon maaf jika berkecil hati dengan tulisan ini. saya percaya pak cik bukannya sengaja. Meletakkan punca kesilapan mutlak kepada pakcik satu kesilapan. Masing-masing harus muhasabah. saya berdoa moga-moga insiden ini tidak akan berulang lagi. Amin….al fatihah

Monday, December 28, 2009

Kenapa Restoran Melayu Tak Pernah Nak Berubah


Huh, mengeluh pelanggan bila pergi ke kedai melayu. Saya juga demikian. Di sebabkan itu, jika di lembah klang, pilihan restoran yang pertama adalah kedai mamak. Kedai mamak menjanjkan servis yang cepat dan bersih meskipun harganya agak mahal. Saya sendri lebih suka ke sana. Soal harga nombor dua janji servis puas hati. Sebenarnya di ikutkan hati, lebih suka restoran melayu, namun apakan daya pengusaha restoran melayu tak pernah nak berubah. Sekarang syukur, kerana di kediaman saya di shah alam, seksyen 27 terdapat kedai makan milik orang melayu siam yang prestasinya menyamai kedai mamak.

Sesiapa yang pernah makan di kedai melayu dan mamak akan merasai perbaezan ketara yang jelas. Ok, saya akan sebut di sini. Banyak perbezaan tapi yang satu ni yang saya amat tidak berpuas hati. Pokok luahan di sini tertumpu kepada satu kekurangan ini sahaja.

Yang jelas adalah selesai kita menjamah selera. Seperti biasa kita mahu bayar kan. Di kedai melayu,”dik, Kira”.panggil pelanggan. “ye, cik makan ape encik”. Dia tanya kita semula. Tension betul nak ingat semula apa yang di makan. Kalau saya seorang tak kisah. Andaikata sepuluh orang? Bagaimana. Dengar rintihan kami, kami datang nak makan dengan tenang. Bukan makan sambil nak hafal lauk-pauk yang telah di makan.

Kemana kertas order tadi?simpan la dan kira terus. Bila pelanggan nak bayar, hanya maklumkan harga. Tak membuang masa. Di lembah klang, kebanyakan orang bekerja, segalanya mahu segera.

Cara begini sebenarnya boleh mengundang kerugian. “encik makan lauk apa?”. “ ikan dan kuah kari sahaja”. Memang dapat harga murah walhal ayam dan daging menjadi santapan. Dalam konteks masyarakat yang sudah tidak hiraukan pahala dan dosa, penipuan begini biasa. Siapaka yang harus di persalahkan? Salahkan diri sendiri kerana tidak mahu berubah. Syabas kepada pengusaha restoran melayu siam di seksyen 27. Kalian lagi bijak berniga walapun berstatuskan pendatang.

Kemaafan kepada pengusaha restoran melayu di atas pena ini. Bukan saya mahukan malukan anda. Tapi saya mahu bangsa saya berubah, tidak berada di takuk lama dalam pengurusan alaf baru ini. Saya juga tidak mendapat apa-apa keuntungan, pusing-pusing kembali ke dalam poket anda juga nanti. sekian

Cadangan kepada SENIMAN


Pada mesyuarat agung SENIMAN lepas, para artis telah sepakat melakukan reformasi kepimpinan presiden. Harun Salim bachik telah di pilih menggantikan bekas presiden seniman Dato’ Mustafa Maarof. Buat Dato Mustafa, ucapan penghargaan di atas segala sumbangan dato dalam menggerakkan seniman. Jasamu tidak akan di lupakan.


Sukacitanya saya ingin mencadangkan kepada SENIMAN sesuatu perkara. Perkara ini sukar untuk di luahkan melainkan memulakannya dengan sedikit mukadimah.


Dewasa ini, kita semua maklum fenomena dan gosip hangat artis sering di bincangkan sehingga di ceruk kampung. Kebanyakkan mereka mengambil cakna berkenaan artis pujaan mereka. Segala tindak tanduk mereka tidak terlepas dari lensa kemera.


Tanpa kita sedari, kelompok artis kian mendapat tempat sebagai idola di kalangan muda-mudi sekarang.

Pengaruh mereka terlalu besar. Gaya hidup mereka menjadi ikutan muda-mudi. Ini menjadi kerisauan bimbang pengaruh negatif bawakan sesetengah artis mempengaruhi para pemuda.


Ini saya mahu bangkitkan kepada SENIMAN, dengan penubuhan biro baru, iaitu biro agama di harapkan mampu mentarbiyah artis supaya menjaga akhlak. Fenomena ini sudah luas sebarannya, sukar di bendung lagi. Saya tak bermaksud dunia artis ini halal. Mereka telah menjadi idola hampir kesemua remaja di Malaysia. Justeru itu, mohon seniman menyedarkan akan para artis, dalam konteks sekarang mereka adalah artis dan juga idola. Jadi, sedarkan mereka tentang kepentingan menjaga akhlak dan penampilan. Paling minimum yang remaja perolehi ialah tidak berpakaian menjolok mata, berwibawa dan sahsiah diri yang tinggi.


Pembaca harus faham betul-betul berkenaan tulisan ini, saya bukan mengharapkan artis-artis menjadi idola. Pokok topiknya, bagaimana mahu sedarkan artis yang sudah terlajak di jadikan idola oleh remaja sekarang. Sekurang-kurangnya biar la mereka menyumbang dari segi sahsiah. Dr Fazley antara artis yang menyuntik semangat rajin belajar dan perniagaan di kalangan peminatnya. Kalau tak membawa orang kepada ketaqwaan pun, sekurang-kurang peminat Ekin dan Wardina menutup aurat. Fesyen dan populariti telah meningkatkan jualan tudung mereka berdua. Langkah pertama dalam pengamalan islam selesai.


Tapi bagi golongan remaja yang memang tidak meletakkan artis dalam kamus hidup mereka, ini lah yang kita mahukan dan sememangnya ini yang terbaik. Kebanyakkan artis tidak layak di jadikan idola. Jika ‘di idolakan’ pun, hanya kerana fanatik tak bertempat.


Kesimpulannya, pena ini memohon kesedaran pihak seniman sekali lagi memikirkan program terbaik dalam pembentukan sahsiah diri artis. Dengan pengaruh yang ada, di harap mereka mampu memberi impak dalam menepis gejala negatif muda-mudi dinihari.sekian

Sunday, December 27, 2009

Jangan Kecewa Dengan PMR


Pertama sekali saya ucapkan tahniah untuk adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan Penilaiaan Menengah Rendah(PMR) baru-baru ini. Peningkatan memberangsangkan telah di catatkan di seluruh malaysia amnya.


Saya tiada jawapan jika di tanya samada para pelajar dewasa ini terlalu cerdik atau soalan semakin senang. Saya mengharapkan jawapan yang pertama kerana ia suatu perkembangan positif dalam merancakkan arus anjakan minda rakyat malaysia. Namun demikian jawapan kedua sukar di nafikan jua. Terpulang kepada para pembaca.


Penekanan saya kepada tulisan kali ini di tuju khas buat adik- adik yang hanya mencatatkan keputusan memuaskan di dalam PMR. Hipotesis tulisan ini


“ kegagalan peperiksaan hanya kegagalan sebahagian dari hidup, bukan keseluruhan hidup”


Perasaan rendah diri, malu, dan segan berhadapan dengan teman merupakan kekacauan emosi yang bermain di hati adik-adik. Lantaran itu juga, adik-adik di anggap kurang cerdik. Percayalah adikku, permainan jiwa demikian bukan kerana kesilapan diri kalian tetapi sistem ‘examination is everythings’ memerangkap fikiran rakyat negara ini.


Akhirnya kalian menjadi mangsa.

Jangan sedih duhai jiwa yang hampa, yakin lah akan janjiNya setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin tidak sekarang, tetapi akan terzahir jua. Dengan syarat kalian redha.


Kenapa perlu bersedih, kalian masih mempunyai tempoh 2 tahun lagi di alam persekolahan untuk membuktikan kejaguhan. SPM menanti kalian.


Muhasabah diri dan jadikan PMR sebagai batu loncatan untuk mara ke hadapan. Pastikan jangan sesekali undur kebelakang.ingat,


“Adik sebenarnya tidak gagal tetapi langkah pertama untuk mencipta kejayaan”


Sekarang semua bergantung kepada kesedaran diri adik-adik. Saya akan katakan adik gagal jika adik tidak mengambil iktibar, sebaliknya ucapan kejayaan jika adik mengambil pengajaran.


Adik sebenarnya bukan tidak cerdik…bukan tidak pintar, Cuma mungkin sedikit malas dan nakal. Mereka di luar silap menghukumkan peperiksaan ukuran kepintaran. Perbezaan ketara, hanya soal sikap dan usaha. Mungkin adik-adik lagi pandai berbanding yang berjaya sekarang, tetapi kerana mereka rajin berusaha, mereka berjaya akhirnya. Oleh itu, mulai hari ini ubah sikap kalian. Jumpa guru, tanya mereka apa langkah pertama yang harus di buat? Apa perubahan yang wajib di ubah dalam skil pembelajaran dan sebagainya.



Ada juga yang mengadu kepada saya, “usaha giler-giler dah abang tapi tak berjaya, tak adil la macamni”

Agak-agak apa jawapan terbaik untuk mereka? Jika terlintas di hati kalian perasaan demikian, pohon lah keampunan kepada Allah SWT. Ini kerana perkataan demikian sedikit sebanyak mencalar akidah. Siapakah kalian untuk mempertikaikan keadilanNya. Hanya dengan satu ujian ini, kalian terus menafikan KebijaksanaanNya? Sedangkan penglihatan, pendengaran, dan segala langkahan kalian dariNya.


Jika kalian sudah berusaha, namun masih gagal, ini tidak lain tidak bukan adalah ujian dari Allah SWT. Dia menguji kalian, adakah kalian tunduk kepadaNya tatkala di timpa kegagalan. Menguji lafaz tauhid kalian yang sering mengujarkan Allah Maha bijaksana, Allah Maha berkuasa. Yakin lah akan janjiNya, Dia tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tak mampu di tanggung oleh hambaNya.


Redha lah dengan keputusan demikian, kerana jika kalianseribu kali marah pun, adakah dapat di ulang waktu ? mustahil. Tiada faedah pun. Dengan sifat keredhaan kepada takdir ini, Allah akan memandang kasih kepada lalu mengangkat darjat kalian di sisiNya. Duhai adik-adik, biar manusia memandang jelek, asalkan Allah memandang mulia kepada kalian.


Di samping itu, saya ingin berpesan kepada diri saya dan adik-adik jua bahawa tidak semua apa yang kita fikirkan elok di akal kita merupakan kebaikan juga di sisi Allah SWT.


Kadang-kadang apa yang kita fikir baik tapi sebenarnya murka Allah dan kadang-kadang apa yang kita fikir tidak elok itu lah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Anologinya jelas, kalian mungkin fikir mendapat keputusan gagal, itu teruk. Fikiran manusia memandang ia simpati. Tetapi bagi Allah itu yang terbaik. Dia tahu jika kalian cemerlang, kalian akan sombong. Dia tahu jika kalian cemerlang, kalian akan meninggalkan ibu bapa untuk pergi ke sekolah asrama penuh di mana saat tersebut ibu bapa berhajat kepada kalian. Dia tahu segala-galaNya. Justeru itu, kejayaan adik-adik di tangguhkan, dan ia akan hadir jua. Yakin lah.


Saya sudahi tulisan ini dengan doa moga-moga jiwa kalian sembuh dan mendapat semangat baru.amin.

Friday, December 25, 2009

Poligami, Kacamata Dari Seorang Anak

Baru-baru ini kita dikejutkan satu berita gempar tentang kesudian seorang gadis muda menjadi isteri ketiga seorang ahli perniagaan. Saya membaca berita mengenainya di akhbar Inggeris NST, pada hari Isnin lepas bersamaan21 disember 2009. Sebenarnya ini bukan cerita pertama yang saya dengar tentang kesudian wanita dimadukan. Sudah banyak malah menyaksikan sendiri kebahagiaan mereka. Kalian tidak percaya? Tanyalah mata ini, pasti ia akan merungkai sangkaan buruk kalian terhadap poligami.

Subjek ini memang sensitif untuk di ceritakan, teruatama di kalangan wanita di negara kita. Bagi sesetengah mereka ia sesuatu yang wajib di perangi tidak hairan mereka sanggup berperang sehingga di luar kotak keperimanusiaan. Hujah mereka angkuh sekali, iaitu tiada wanita sanggup di madukan dan satu diskriminasi kepada wanita. Tergelak saya membaca hujah mereka. Ternyata amat dangkal. Berpena kan nafsu dan takwilan akal mereka memperjuangkan monogami.

Saya tidak pasti samada mereka membaca berita perkahwinan poligami tersebut, jika mereka membaca dan berada di hadapan saya, ingin sekali dengan nada menyindir melontarkan.” Ada juga wanita nak di madukan, bukan semua kak? Hakikatnya madu tu memang manis.hehe”.
Saya tak berniat meneruskan tulisan ini dengan nada sindiran, suka saya untuk alihkan bicara ini kepada tajuknya iaitu, pandangan anak tentang poligami. Asyik-asyik perbincangan kepada isteri yang di madukan dan suami itu sendiri. Sekarang hadir buah tangan ini dari perspeltif seorang anak.

Buat pengertahuan pembaca, tulisan ini dari pengalaman saya sendiri . saya juga lahir dalam keluarga poligami. Mempunyai tiga orang ibu dalam satu masa dan seorang ayah yang bertanggungjawab membuatkan hari-hari dalam hidup saya tidur dalam keriangan. Apa yang saya rasai turut di kongsi oleh adik-beradik saya yang lain yang berjumlah 9 orang. Bukan mitos, kami adik beradik sepakat inginkan ayah kami berkahwin lagi ekoran keseronokan mempunyai ramai ibu. “biar cukup empat ayah”. Sentiasa di ulang oleh adik bongsu saya.

Semua detik menarik ini bermula.” Abang kahwin la dengan sahabat saya tu, dia boleh menolong saya untuk berkhidmat pada abang”. Pinta ibuku kira-kira 19 tahun dahulu. Ketika itu umurnya 23 tahun manakala ayah 25 tahun. Sekali lagi saya ulang, ini permintaan ibu saya. Seterusnya dia juga yang meminang untuk ayah. Hal demikian kerana ibu saya ingin rakan baiknya, kini ibu kedua saya merasai kehidupan dalam tarbiyah Islam oleh suaminya. Ini lah benar-benar bersahabat, sehingga sanggup berkongsi kan suami. Kedua-duanya sebaya dan berkenalan ketika sama-sama belajar di pondok. Alhamdulillah keluarga ibu kedua tiada masalah dan sebenarnya mereka juga memang ingin bermenantukan ayah saya yang mereka sifatkan berilmu tinggi dan berakhlak mulia meskipun tiada harta yang banyak. Perkahwinan mereka sekadar sederhana cuma namun bermaharkan nilai pengorbangan dan agama yang tiada tandingan. Sayap kiri dan sayap kanan sudah ada, tiada lagi masalah untuk ayah terbang dalam dakwah.

Kami hidup saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang kurang pada ibu saya, di tampung oleh ibu saya yang kedua. Demikian juga sebaliknya. Mereka ada kelebihan masing-masing yang di rasai anak-anak. Contohnya, ketika ayah saya menunaikan haji. Tinggalah kami ketika itu 6 beradik dengan dua ibu. Masing-masing saling membantu menguruskan anak-anak. Di samping itu, sewaktu ibu saya mengandung dan melahirkan anak kelimanya. Tugas ayah sebgai pendakwah memerlukan dia berkorban masa di luar. Lantaran itu, masa untuk menjaga ibu saya iaitu isteri pertama beliau amat kurang. Ibu kedua la yang menjaga kebajikan ibu saya, menyediakan makanan untu kami adik beradik. Ketika ibu berpantang, tidak perlu hantar ke kampung kerana ibu kedua sudi untuk menjaga. Hal yang sama ketika ibu kedua mengandung pula. Bagi kami adik beradik istilah tiri tidak ada dalam kamus kami. Saya sendiri amat rapat dengan ibu kedua dan adik dari zuriatnya. Saya bangga jika keluar dengan nya untuk katakan dia ibu saya. Untuk ibu saya,” ibu adalah ibu yang paling hebat di dunia, ibu ahli syurga”.

10 tahun kemudian, kami sekeluarga menerima ibu baru. Ibu ketiga saya ketika itu berusia 24 tahun. Baru sahaja menamatkan pengajian ijazahnya. Seperti hal sebelum ini, ibu pertama dan kedua pergi merisik untuk ayah. Secara ringkasnya, semuanya berjalan lancar, dan kedatangannya dalam keluarga kami amat di alu-alukan. Sesungguhnya kebahgiaan ini sukar di gambarkan dengan kata-kata. Ibu, ummi dan ummu mencoret seribu makna bagi dari saya. Terdapat juga mulut-mulut gatal yang mengumpat, betapa tidak saya faham kenapa mereka sibuk sangat?macam lah mereka bahagia sangat dengan tidak bermadu yang kononnya itulah kebahagiaan mutlak. Kami tiada masalah pun. Sekiranya ada kelapangan masa, kami sekeluarga akan melancong. Tiba di hotel, dua bilik besar di sewa. Bilik pertama khas untuk ketiga-tiga ibu saya serta adik perempuan. Bilik kedua menempatkan adik-beradik lelaki serta ayah. Itu suasana ketika percutian. Bagaimana di rumah?

Tiga buah rumah di pagari sebuah pagar merupakan landskap kediaman kami. Sesiapa yang inigin melihat model poligami Islam, jemput datang rumah. Selain itu, saya adik beradik juga amat rapat dengan nenek dan atuk sebelah ibu lain. Kami menghormatinya seperti nenek dan atuk dan mereka melayan kami seperti cucu mereka begitu juga dengan adik-beradik ibu yang lain. Pendek kata, bukan sahaja saya mendapat ibu baru dengan poligami, malah atuk, nenek, ibu dan bapa saudara yang baru. Tiada sihir yang di amalkan melainkan berasasakan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Ayah saya selalu berpesan kepada wanita:

” Hukum poligami daripada Allah SWT. Dia mencipta hukum bersesuai dengan fitrah manusia kerana Dia yang menciptakan manusia. Dia Maha Mengetahui apa terbaik untuk kita. Wajarkah kita mempertikaikannya? Kamu lebih bijak dari Allah SWT ke? Harus di fahami, bicara demikian boleh merosakkan akidah. Kalian harus faham jua, poligami tidak pernah salah, tetapi pelaksanannya yang gagal. Lalu menjadi fitnah kepada hukum Allah SWT. Salahkan mereka, iaitu lelaki yang gagal ini.”

وَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تُقۡسِطُواْ فِى ٱلۡيَتَـٰمَىٰ فَٱنكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَ‌ۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تَعۡدِلُواْ فَوَٲحِدَةً أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُواْ (٣)


Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.


Saya juga hairan setiap kali isu poligami di bincangkan di dalam televisyen, ulasannya sentiasa berat sebelah. Seolah-olah nadannya no poligami. Kemudian, jika pembaca sedari, ahli panel yang di jemput semuanya tidak berpoligami. Bagaimana tajuk ini di bincangkan? Sudahlah pembicaranya tidak layak serta sering mengambil contoh cerita keluarga yang porak peranda ekoran poligami. Bagai orang yang bercakap tentang manisnya gula tetapi tidak pernah makan gula? Agak-agak dari fikiran pembaca yang sihat boleh pakai ke hujah mereka? Saya sedia menawarkan diri kepada pihak media jika ingin isu ini di bincangkan secara terbuka. Dengan harapan, saya mahu perspektif negatif terhadap kehidupan poligami ini diperbetulkan.

Saya juga ingin mengambil ruang untuk berpesan kepada wanita-wanita di luar, saya sudah banyak berhadapan dengan wanita yang anti poligami, akhirnya apa yang berlaku kepada mereka, mereka sendiri di madukan oleh suami mereka seterusnya musnah rumah tangga akibat perang tak habis-habis. Allah SWT mendengar setiap kalam kalian, Dia akan membalas sewajarnya bagi mereka yang mempertikaikan syariatNya. Kalau tidak mahu poligami, diam diam sudah. Pastikan juga ketidakmahuan itu bukan kerana kelemahan syariat poligami tetapi akui kelemahan diri yang tidak mampu bermujahadah ke arah demikian.

Akhir kalam saya, saya tinggalkan satu kalam hikmah yang saya petik dari buku ayah saya yang bertajuk poligami.

“Tidak semua wanita tidak mahu berpoligami dan bukan semua lelaki layak berpoligami”.
Fikir-fikir kan…

Wednesday, December 23, 2009

Filem 2012 Menggugat Akidah?



Baru-baru ini daku telah menonton sebuah filem yang hangat diperkatakan sekarang. Filem arahan Roland Emmenrich, yang juga pengarah filem The Day after Tomorrow dan Armagedon. Ia dibintangi John Cusack, Chiwitel Ejiofor, Amanda Peet, Oliver Platt, Danny Glover, Thandie Newton dan Woody Harrelson.


Secara ringkas filem yang menelan kos 200 juta usd ini beraksi berasaskan teori Kaum Mayan iaitu Mayanisme, The Mesoamerican Long Count Calendar dan Fenomena 2012 yang sememangnya menjadi kajian hangat para saintis barat. A potroyal cataclysmic events unfolding in the year 2012, lukisan hamparan peristiwa bencana alam pada Tahun 2012. Itu merupakan teori asas di sebalik skrip filem ini.


Ekoran dari pengembangan nyalaan api matahari hingga kerak bumi, teras bumi menjadi panas hingga suhu melangkaui kadar jangkaan fikiran dan teknologi. Sememangnya keadaan demikian belum pernah berlaku. Akhirnya menyebabkan berlakunya pergerakan kerak bumi. Hal demikian menyebabkan senario serangan hari kiamat berlaku. Terzahir huru-hara sekelian penduduk bumi. Bermula jeritan kehancuran California yang tenggelam akibat kegansan lautan pacific di susuli ledakan Yellowstone National Park Caldera. Kemudian gempa bumi besar-besaran. Termasuk juga amukan tsunami dari segenap lautan.


Sebuah kapal raksasa besar di cipta hasil pelaburan wang dan teknologi Negara kuasa besar bumi. Ia untuk menempatkan manusia dari bahana bencana alam. Tiket kapal raksasa adalah 1 bilion euro seorang. Usaha demikian bermula dengan pemimpin-pemimpin dunia dan kenamaan kaya-raya yang boleh membayar jumlah tersebut. Konflik demi konflik berlaku. Akhirnya kemanusiaan menang lalu tiada lagi duit sebagai tiket. Sejajar dengan itu sedaya upaya usaha menyelamatkan manusia di lakukan. Ribuan manusia selamat, dan semuanya yang berada di kapal. Bencana sudah tamat, tiada yang tinggal melainkan lautan dan tanah yang kosong. Tidak ubah kembali ke zaman dahulu kala. Bagai penceritaan zaman Nabi Nuh a.s, ribuan yang selamat menjadi asas kepada pembentukan generasi akan datang.


Secara ringkas situasi dalam skrip filem tersebut. Daku tidak berminat teruskan, kerana bukan niat daku untuk menjadi pengulas. Tulisan ini datang sebagai pengkritik.


Unsur propaganda tidak percayakan Tuhan, atheis jelas menguasai agenda filem ini. Antara yang di kenal pasti ialah

Teknologi mengalahkan Tuhan. Seandainya kalian sudah menonton filem ini pasti kalian dapat melihat bagaimana mereka cuba menyelamatkan umat manusia tanpa mengharapkan dari Tuhan. Seolah-olah Tuhan tidak pernah wujud, mereka menggunakan teknologi sebagai penyelesaian sementara sekelompok manusia berdoa berdasarkan agama masing-masing. Secara halus, kelompok yang berdoa dan menyembah Tuhan, semuanya tewas melainkan yang berada di dalam kapal ( teknologi). Sebenarnya plot ini menyindir kepercayaan kepada Tuhan.

Akan datang di dalam hati penonton, “hurm, di mana Tuhan ketika bencana?”...


di saat bencana, penganut kristian berkumpul di halaman gereja terbesar di itali, sambil berdoa moga-moga kehancuran ini tamat, namun semuanya musnah dalam sekelip mata apabila serangan ombak memakan semua nyawa yang ada termasuk patung sembahan mereka. Sebenarnya ini secara tak langsung menghentam ketuhanan dalam agama kristian sendiri. walaupun hanya memaparkan kemusnahan gereja dan penganut, namun demikian konsep ketuhanan bisa tergugat bagi penganut agama khasnya islam.

Pasti tertanya-tanya." Di mana Tuhan, dengarnya amat kuasa sekali, tapi kenapa tidak menolong kami"?.


سُوۡرَةُ الزّلزَلة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا (١) وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا (٢) وَقَالَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا لَهَا (٣) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا (٤) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا (٥) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتً۬ا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَـٰلَهُمۡ (٦) فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)

Al-Zalzala
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (5) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8)


Apakah jawapan wajar bagi pertanyaan demikian? Di dalam agama islam, kita wajib beriman berlakunya hari kiamat. Gambaran tentangnya banyak di perkatakan di dalam al-quran mahupun hadis. bagaimana keadaannya? tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Kita wajib beriman setelah kiamat, ia bukan penamat segala-galanya bahkan permulaan menuju dimensi yang lain. Hari kebangkitan, hari pengadilan dan kehidupan samada di syurga atau neraka akan di tempuhi oleh setiap hambaNYa. Kehancuran bukan kezaliman Allah, tetapi keadilanNya. Keadilan kepada usia bumi yang sebetulnya akan tua dan musnah jua. Keadilan dengan hukuman kepada mereka yang ingkar kepadaNya. Ia juga sebagai sebab untuk permulaan alam akhirat. Mohon tambahan dari sahabat-sahabat sekalian.


Selain itu, propangada teori kiamat hanyalah bencana dan ia merupakan proses semulajadi bagi memastikan kestabilan bumi kembali ceria. ia berlaku selang beribu juta tahun umur bumi. Di lihat dalam catatan sejarah, detik kehancuran pernah berlaku beberapakali iaitu di zaman dinasour dan zaman Nabi Nuh a.s.


Kesimpulannya, kita sedar mereka cuba memberi kita kefahaman kiamat bukanlah kehancuran alam semesta tapi hanya bencana bumi, dan ia sebenarnya satu proses semulajadi 'memudakan' bumi.

Wajib kita beriman bahawa, apa yang wujud di alam semesta yang tertakluk dalam dimensi masa dan waktu sejak awal penciptaan semunya musnah dalam sekelip mata. kehancuran tanpa belas kasihan ini juga meranapkan alam semesta yang tiada penghujung ini. Jangan kita terpedaya dengan omongan-omongan kiamat hanya bencana di bumi. Teori itu semua untuk menafikan kuasa Allah SWT. Menolak ketuhanan di sebalik penciptaan hebat alam ini.


سُوۡرَةُ القَارعَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلۡقَارِعَةُ (١) مَا ٱلۡقَارِعَةُ (٢) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡقَارِعَةُ (٣) يَوۡمَ يَكُونُ ٱلنَّاسُ ڪَٱلۡفَرَاشِ ٱلۡمَبۡثُوثِ (٤) وَتَكُونُ ٱلۡجِبَالُ ڪَٱلۡعِهۡنِ ٱلۡمَنفُوشِ (٥) فَأَمَّا مَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٦) فَهُوَ فِى عِيشَةٍ۬ رَّاضِيَةٍ۬ (٧) وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٨) فَأُمُّهُ ۥ هَاوِيَةٌ۬ (٩) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا هِيَهۡ (١٠) نَارٌ حَامِيَةُۢ (١١)

Al-Qariah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Hari yang menggemparkan, (1) Apa dia hari yang menggemparkan itu? (2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (3) (Hari itu ialah: Hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, (4) Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. (5) Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya; (6) Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. (7) Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya; (8) Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" (9) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (10) (Haawiyah itu ialah): Api yang panas membakar. / (11)


Akhir kata, daku tidak melarang pembaca menontonnya, semuanya terletak pada iman pembaca. Daku menonton dengan niat menyelidiki teknologi dan propaganda baru dalam filem keluaran hollywood. Jangan menonton suka-suki sahaja tanpa anjakan pengetahun di minda. pesan hatiku. Jika pembaca mempunyai masalah kecelaruan tauhid, wajarnya tidak perlu menonton. Andaikata keinginan menonton mengatasi segala-galanya, jangan lupa merujuk kepada mereka yang ahli.


Sunday, December 13, 2009

Kasih Sayang Allah Kepada Manusia


Berkata Mursyidku, Tokku Haji Ibrahim Muhammad:


Allah memperkenalkan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim sebagai sifatNya yang pertama kepada manusia. Kenapa sifat ini didahulukan dan dinyatakan kepada hambaNya agar hambaNya merasa tenang dan aman kerana Tuhan yang menciptakannya mempunyai sifat-sifat yang begitu indah.


Allah menyuruh kita memperhatikan diri dan segala nikmatnya, supaya terpancar pada hati insan benih kasih sayang. Perhatikan kerdipan mata kamu, sinar mata kamu yang cantik, hembusan nafas kamu, bunyian di telinga kamu, keenakan rasa di hujung lidah kamu, keindahan susunan gigi kamu dan kedua bibir yang menutupnya, degupan jantung dan pengaliran darah ke seluruh tubuh kamu yang sempurna. Perhatikan sekeliling kamu, keluarga, rakan-rakan dan alam. mereka dicipta agar kamu tidak kesunyian di alam ini.


Sesungguhnya manusia yang mengenal kasih sayang Allah tidak akan lemah dan kecewa. Dia tidak akan merasai sunyi walaupun seluruh manusia tidak menyayanginya. kerana dia tahu Allah menyayanginya. Allah tidak bersifat membenci hambaNya dan Dia sentiasa melimpahkan kasih sayangNya kepada hamba-hamba yang sentiasa merasa berhajat kepadaNya.


Kepada manusia di sekelilingnya penuh dengan pujian dan sanjungan orang lain, berhati-hatilah, belum tentu Allah menyayanginya. Apakah makna kasih sayang manusia jika Allah memurkai kita dan apakah makna kebencian manusia sedangkan Allah menyayangi kita?

Sifat pengampunNya mendahului sifat kemurkaanNya terhadap apa-apa kesalahan yang di lakukan hambaNya. Apabila hambaNYa mahu keampunan seolah-olah Dia membisikkan


"Demi kasih sayang aku kepada kamu, aku akan melupakan segala kesalahan yang engkau lakukan walaupun kelakuan kamu benar-benar menimbulkan kemurkaan aku. tetapi apabila engkau datang dengan jiwa kekesalan dan memohon keampunan, hancur leburlah kemurkaan aku kepada kamu wahai hamba aku".


Demikianlah gambaran keagungan kasih sayangNya terhadap hamba-hambaNya.

Lihatlah kepada hukum hakamNya, semuanya adalah gambaran kasih sayang Allah. Cuba perhatikan sifat fitrah insan jika sayang kepada sesuatu, pasti dia akan mengawasinya agar tidak rosak. orang yang menyanyangi kereta akan mencipta hukum untuk penjagaan kereta agar tidak rosak. dia sanggup berkorban masa dan wang ringgit demi menjaganya. Begitulah juga dengan ibu bapa yang menyayangi anaknya, mereka akan melarang anaknya melakukan perkara yang kadang-kala anak-anak itu tertanya-tanya dalam jiwanya, “kenapa aku tidak dibenarkan melakukan itu dan ini.”


Begitulah juga Allah dengan hamba-hambaNya. Kenapa Dia mengharamkan arak, judi ? kerana Dia tidak mahu akal kamu rosak, isteri dan anak-anak kamu dalam ketakutan. Rumahtangga kamu akan hancur, kehidupan kamu tiada tujuan dan bercelaru. Kamu pula menjadi hamba kepada hawa nafsu yang membawa kamu ke dunia khayalan.


Allah mengharamkan makanan yang membahayakan kesihatan kamu, kerana Allah yang mencipta makanan dan dia juga yang Maha Mengetahui tentang bahayanya kepada manusia. Dia mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita supaya wanita tidak di rosakkan lelaki yang tidak bertanggungjawab dan supaya lelaki tidak rosak akal fikirannya. Haram dan halal adalah lambang kasih-sayangNya supaya hambaNya tidak di rosakkan oleh syaitan dan nafsu.


Manusia yang menjaga hukum Allah adalah manusia yang mendidik dirinya supaya bebas dari belenggu penderitaan menjadi tawanan nafsu serta alam ini. Akhirat kelak adalah tempatnya yang kekal abadi.


Dalam hal ini, hanya mereka yang memahami kasih sayang Allah sahaja dapat memandang kenikmatan yang menantinya. Lantaran mujahadah pada nafsunya ketika hidup di alam ini. Sesungguhnya amat besar kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya. Justeru itu, belajarlah menyayangi Tuhan Kamu untuk mendapat kasih sayangNya.

Saturday, December 12, 2009

Megat A.C.A.B."Tunaikan Tanggungjawab"


Antara band yang daku minat sejak di zaman hingusan ialah A.C.A.B. Nama Megat Hafiz atau MagSkin sebagai pengasas dan vokalis A.C.A.B amat terkenal bahkan menjadi fenomena bagi remaja hatta di kampung pedalaman sekalipun. Aku mula mendengar nama megat ketika berusia 13 tahun di sebuah Felda di Terengganu. Gaya penceritaan dari temanku, sudah cukup menggambarkan betapa berpengaruhnya Megat dalam perkembangan skinhead di Malaysia. Rasanya tidak keterlaluan daku katakan, Megat dan A.C.A.B ibarat irama dan skinhead Malaysia bagai muziknya. Tidak terpisah. Amat memalukan jika mengaku skinhead tapi tidak mengenali mereka.


Band ini di tubuhkan pada tahun 1994 di kuala lumpur. Turut menganggotai band ini ialah, Anas(gitaris), sham(Bass), dan Black(drums). Setelah itu, ahlinya bersilih ganti. Antaranya yang pernah bersama band ini, Edy J, Mono, Irfan Iskandar. Antara album mereka yang terkenal, Eastern Oil, Orang Timur, Skinhead for Life, Bangun WAKE UP, This Is The A.C.A.B.

Bayangkan, tanpa populariti dan promosi ciptaan media massa, kutipan keuntungan album mereka setanding dengan artis malaysia meskipun edaran album hanya secara underground. Ini bukti yang jelas, A.C.A.B terkenal di Malayisa. bak kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang yang tahu". Muzik mereka merupakan alternatif baru bagi pendengar. masakan tidak, tahun awal 90an, genre muzik yang berleluasa ketika itu, rock kapak dan rock jiwang. Muda-mudi mula kehausan setelah penat mendengar lagu jiwang leleh. kedatangan A.C.A.B dengan muzik keras serta bertunjangkan senikata perjuangan kemanusiaan di beri sambutan luar biasa.

Siapa sangka, MagSkin yang berkelulusan luar Negara suatu ketikanya otai, pennyebar skinhead di Malaysia akhirnya kembali ke jalan Islam yang sebenar. Apabila di tanya, “Kenapa Megat pilih jalan ni”. Jawab megat.” Sekarang umur dah meningkat, masa untuk menunaikan tanggungjawab”. Beliau memlih untuk beserban dan berjubah sebagai imej barunya. Tidak lain dan tidak bukan kerana cinta mengamalkan sunnah Baginda SAW.

Mungkin kita tidak tahu, megat merupakan cucu saudara Ulamak besar di Yaman dan tradisi keluarganya mengamalkan wirid Al Attas. Segalanya bermula…di kala Waktu maghrib, Megat bersolat setelah lama tidak bersolat atas pelawaan temannya. Hati megat tersentuh sebaik sahaja temannya mmbaca suatu surah yang juga menjadi intipati dalam Ratib Al attas. Lalu hati kecilnya berkata.”Ini amalan keluarga ana ni”. Sejak dari itu hatinya mula membuak-buak ke arah ajaran islam. Kemuncak dari hal demikian, ketika Megat menghadiri Majlis Seminar Tasawuf di pondok Jenderam. Di sana, banyak pameran gambar ulamak, baik luar Negara dan dalam Negara. Kemudian ketika di sudut gambar ulamak Yaman, beliau terpana.”Ni atok saudara ana ni”. Cahaya keimanan makin kuat tatkala menatap potret atuk saudaranya. Sejak itulah, beliau terus ke hadapan tanpa berpaling ke belakang. Untuk pengetahuan bersama, sekarang Megat kian giat untuk menghasilkan album baru yang berunsurkan ketuhanan dan qasidah Nabi Muhammad SAW. Beliau juga menganjurkan majlis zikir di masjid al bukhari setiap malam jumaat sambil mengharapkan teman-teman 'perjuangan" dahulu datang membentuk barisan berzikir kepada Allah SWT dan memuji Baginda SAW.


Jika Megat sedang membaca tulisan ini, suka untuk daku mengujarkan.

” Ana akan sentiasa support abang megat, dan harap abang megat tidak berpaling lagi. Dengan pengaruh dan nama yang abang Megat ada, seru lah teman-teman kembali ke ajaran islam semula. Ingatkan mereka, Dunia hanya sebentar. Sedarkan mereka kembali tentang cinta Allah dan Rasul kerana betapa keras hati seseorang, akan luhur tatkala terdengar kalamullah dan qasidah Nabi Muhammad SAW. Insya Allah Abang megat selalu dalam doa ana. Ana akan terus menjadi peminat no 1 abang megat. Moga-moga Abang Megat sentiasa dalam Rahmat Allah SWT.

Sunday, November 15, 2009

warkah dakwah cinta untuk adikku

Assalamualaikum wbt. Ustaz mulakan warkah ini dengan memanjat syukur kepada Allah SWT kerana telah mengaturkan sebuah pertemuan di antara kita. Sesungguhnya jiwa ini amat meronta-ronta untuk memohon maaf kepada adik2 sekelian. Gelak ketawa yang keterlaluan yang ustaz mulakan telah membawa ustaz jauh berlari dari topik yang di bincangkan. Ustaz tidak mahu pengisian tadi hanya di lisan, tidak mahu menerjah ke dasar hati. Ia tidak akan bisa memberi manfaat. Jika berlaku demikian, ust bertanggungjawab kepada adik2 dan bersedia memohon maaf.

Wahai adik-adik ku, ustaz rasa amat bersalah kerana tidak sempat menghuraikan tajuk dakwah cinta secara mendalam. Oleh hal yang demikian, ustaz mengambil langkah untuk menulis warkah ini. Moga-moga persoalan yang tersangkut petang tadi menemui jawapannya.

Duhai pejuang islam, apakah dakwah dan apakah cinta? Bagaimanakah kaitan di antara keduanya.?

Maka dakwah ialah (النداء) : Seruan atau panggilan.
Dalam bahasa Melayu juga dakwah bermaksud: kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.

Dakwah yang kita maksudkan ialah: Dakwah kepada ALLAH, Firman-Nya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada (agama) ALLAH dengan keterangan dan bukti yang jelas nyata," (Yusuf; 108)

Cinta? Cinta sukar di terangkan dengan kata-kata. Perbicaraannya wujud di antara kekasih dan yang di kasihi. Ia menjalar di segenap insan dengan penuh kerahsiaan.

Berkata Guruku, Syeikh Abu Hubaib As Syathariy:

“…… Cinta adalah titik bagi segala kejadian. Tanpa cinta Allah pada Nabi SAW, tiada Allah menjadikan sekelian alam. Cinta memiliki kuasa yang hebat, ia boleh membawa kepada kebaikan, ia juga boleh membawa kemusnahan.

Cinta boleh menyebabkan sang Raja meninggalkan istana, yang jauh menjadi dekat, yang payah menjadi mudah, yang berat menjadi ringan, yang sengsara merasa gembira. Cinta bagaikan siraman air bagi bumi yang kegersangan. Cinta dapat memadamkan ammarahmu, dendam, marah, dengki, sombong, khianat dan lainnya. Segala mazmumah akan lemah apabila berhadapan dengan cahaya cinta yang bertunjang Illahi. Nabi SAW menyebarkan cahaya-cahaya cintanya memaafkan segala mereka yang menghalaunya daripada Mekah, cahaya cintanya menghalang malaikat dari membalikkan bukit Thaif kepada penduduk yang menzaliminya, cahaya cintanya dapat menyatukan segala kabilah, cahaya cintanya dapat menundukkan segala musuhnya.

Mereka yang memiliki cinta, jiwanya bersifat pemaaf, jiwanya penuh dengan kelapangan, jiwanya penuh keterbukaan, yang payah menjadi mudah. Namun jika cinta tiada dalam hati, maka segalanya bertukar yang kecil dianggap besar, yang senang dianggap payah, yang ringan dianggap berat.

Seorang yang menyintai Allah, akan menyintai syariatNya dan tiada terasa payah mengamalkanNya, malah merasa manis bermujahadah dengan perintahNya. Mereka yang menyintai Nabi SAW, akan menyintai sunnah Baginda, akan menyintai segala ahli keluarganya, segala sahabatnya dan sekelian golongan yang dicintai Baginda SAW. Terasa manis mengamalkan sunnahnya, terasa manis menyampaikan risalahnya dan terasa manis apabila diuji sepertinya.

Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Al-Imran: 31)

Wahai saudaraku,

Suburkan cahaya Asmaa Ar-Rahman dan Ar-Rahim pada dirimu, maka berjalanlah dengan cahaya itu. Kemudian engkau pantulkan pula pada dirimu, ahli keluargamu, alim ulama, para sahabatmu, masyarakatmu dan ke seluruh alam. Jika cinta pada keluarga atau wanita atau lelaki atau lainnya bukan disandarkan pada cinta Allah, engkau akan terkurung dalam kegelapan neraka yang mengoyakkan hatimu. Semua cinta itu akan membinasakanmu. Maka bebaskan dirimu dari segala belenggu cinta yang lain, jadikan cinta sebagai buraq untuk dirimu mikraj kepada Allah, maka cinta disuburkan kepada Allah dan Rasul.

Engkau mujahadahkan jiwamu dengan cinta para kekasih Allah, para ulama akhirat, para mursyid yang hakiki dengan takzim, tawadhu, khidmat, korban dan doa pada mereka. Engkau kasihkan keluargamu dengan berikan ilmu dan kebaikan kehidupan. Senangkan isteri atau suamimu dengan segala yang menyenangkan selagi ianya dihalal oleh Allah dan Rasul. Bahagiakan mereka kerana Allah, bersabar dengan kelemahan mereka kerana Allah.

Cinta perlukan pengorbanan. Berbaik sangka adalah serendah-rendah cinta, bersama merasa senang dan susah adalah pertengahan cinta, dan mendahului yang dicintai adalah setinggi-tinggi cinta. Maka beramallah kamu salah satu antaranya dalam pergaulanmu dengan manusia, dan bermujahadahlah sehingga sampai kepada yang ketiga. Insya Allah, inilah jalan yang membawa dirimu menjadi para kekasihNya.

Bersabda Rasulullah SAW:

Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di akhirat nanti.)(Bukhari & Muslim)

Mujahadah cinta boleh menerbangkan kekasih pada kekasihnya, dapat berhimpun dengan jemaah para kekasihNya. Kuasa cinta dapat menghilangkan kepanasan di padang mahsyar, kuasa cinta dapat memberi syafaat pada sekelian yang berdosa, kuasa cinta akan dapat bersama dengan Rasulullah SAW di dalam syurga nanti”.

Adiku, Perjuangan tanpa kasih dan sayang akan melahirkan sekeping hati yang amat keras. Sentiasa memcari keaiban lawan, lawan di anggap musuh yang wajar di perangi. ustaz ingin bertanya kepada adik-adik. Biarkan lafaz terkunci, kerana ustaz mahukan jawapan dari hati kalian. Jika seseorang datang mengajak kalian kepada dakwah islam tetapi dalam masa yang sama juga dia menyerang peribadi kalian? Adakah kalian terima dakwahnya meskipun benar belaka segala hujahnya? Kebanyakan dari kalian pasti memberontak lantas menolaknya. Betul kan? Betapa ruginya si dia di sebabkan dua tiga celaan dan makian, dia telah gagal menarik hati adik2 ke arah islam. Mahukah kalian mengulangi kesilapan demikian?

Ustaz dapat merasakan jiwa2 kalian yang amat lembut. Usah kasari ia dengan tindak tanduk jumud. Maksud ustaz di sini adalah tidak memandang sebelah mata jika mereka berpaksikan golongan di sana atau puak yang tidak berada di dalam perjuangan ini. Pandanglah mereka dengan kasih sayang dan doakan mereka. Mereka bukan menolak islam tetapi terkeliru dek kejahilan. Kemungkinan juga mereka ada acuan tersendiri dalam bergerak tetapi kiblat perjuangan tetap bersama kita.


Sematkan pesan Imam As Syahid Hasan al Banna di hatimu. Tiga Rukun islamiah yang kita bincangkan, lebarkan ia ke seluruh kenalan kalian. Jadilah burung yang terbang, Bersayapkan taaruf, berarahkan tafaahum berparuhkan takaaful. Terbang sejauh mungkin adik ku..jika tidak ramai pasti ada juga tangan2 yang menumpang terbang bersama.


Seorang pujangga bermadah


“Cinta itu sendiri akan mengajar anda adab bercinta”


Adab bercinta yang jelas tidak menyakiti hati insan yang di sayangi, mad’u seolah-olah kekasih yang semestinya di jaga hatinya. Melayan karenah dengan berlapang dada, mengambil berat serta sentiasa suburkan ikatan ukhuwah. Apakah tidak tertawan hati mereka dengan seni berkasih ini?


Ustaz mencintai para pejuang islam. Mereka yang membawa obor-obor perjuangan islam amat besar ganjarannya. Kalian adalah pejuang-pejuang, maka rasanya tidak salah ustaz mengujarkan salam sayang kepada kalian. Setakat ini sahaja yang dapat ustaz coretkan. Akhir kalam. Maafkan segalanya yer.


#Warkah ini untuk edaran pelajar-pelajar matrikulasi yang menjalani Tamrin di Masjid As Solehin, Bangi. 14 November 2009

Thursday, October 22, 2009

Syarah Burdah Imam Bushiri- Siri 1



أَمِنْ تَذَكُّرِ جِيرَانٍ بِذِى سَلَمِ مَزَجْتَ دَمْعًا جَرَى مِنْ مُقْلَةٍ بِدَمِ


Adakah di sebabkan ingatan kamu akan jiran yang berada di dzi salam

Sehinggakan kamu telah mencampurkan air mata yang mengalir dari kelopak mata dengan darah”


Berkata Guru:

“Duhai anakku, Mukadimah tersebut mempaparkan dialog antara diri dengan jiwanya. Kedua-duanya merupakan watak dalam penceritaan. Tidak lah orang bertanya dan yang ditanya itu melainkan orang yang sama iaitu Al Imam Al Bushiri r.a. Beliau telah menggambarkan kemuncak kerinduan dan kecintaannya berteraskan kaedah soalan dan jawapan seakan-akan dua sahabat sedang rancak berbicara. Lantas penantian membelenggu jiwa pendengar, adakah syair seterusnya menjawab persoalan atau berterusan melemparkan kemusykilan.” Keluh si anak murid:

“Guruku, apakah maksud disebaliknya, anakmu pohon keterangan.

Lalu guru membalas:

“Duhai permata hatiku, seolah-olah sukar dibendung lagi, air mata mengalir deras membasahi halaman wajah, sehinggakan terzahir darah lantaran kekeringan. Ini bukan lagi kesedihan bahkan rintihan. Ketahuilah jiran disini membawa pengertian kekasih manakala Dzi salam merujuk suatu tempat di Madinah Al Munawarah. Melihat keadaan ‘sahabat’ yang di rundung kesedihan, maka dia bertanya untuk mendapatkan kepastian. apakah benar sangkaanku bahawa temanku ini mengingati seseorang?.

Anakku, ayuh perhatikan bait seterusnya…”


أَمْ هَبَّتِ الرِيحُ مِنْ تِلْقَاءِ كاَظِمَةٍ وَ أَوْ مَضَ البَرْقُ فيِ الظُلْمَاءِ مِنْ إِضَمِ


Atau kerana tiupan angin dari arah Kazimah, ataupun kilauan kilat pada kegelapan dari Idom.


Guru: “Duhai anakku, adakah kalian menyangka di sana jawapan?

Lalu jawab si murid, ” Tidak guruku bahkan terus di hujani pertanyaan”.

Dengan lembut guru memandang sambil menyambung:

“Benar, dek kerana keengganan dia menjawab soalan, apalagi pilihan sahabat yang ada melainkan terus bertanya dengan harapan kegusaran terlerai. Anakku, apa yang kalian faham dari tiupan angin dan kilauan kilat?”

Si murid, ” Tidak lah kami melainkan berhajat cahaya petunjuk guru”

Guru menjawab: “Apakah perasaan kalian sekiranya tiupan angin muncul dari arah rumah kekasih kalian? Sudah pasti Gementar jiwa kalian terhambat ingatan kepada insan tercinta. Ketahuilah kalian, Kazimah ialah sebuah kawasan di Madinah al Munawarah. Hembusan angin seperti berbahasa menyeru kalian, kemari cintaku..kemari mata airku. Lonjakan kerinduan menghambat keresahan.


Bak kata si pujangga


“ aku merentasi rumah kekasih sambil ku lihat angin membelai kediamanya. Kerinduan menyelubungiku. Bukan kerana kesejukan angina bahkan kerana keindahan kekasih”


Penyair menggunakan angin sebagai fatamorgana dalam menyampaikan kerinduannya. Maksud yang jelas, betapa hebat kerinduan sehingga hembusan angin dari kediaman kekasih sudah memadai membakar keasyikan dan kecintaan kepadanya, apa pendapat kalian jika kekasih hadir di hadapan, seolah-olah dia akan menggantikan sinaran bulan dalam kegelapan”.

Jawab si murid, “amat sukar bagi diriku menyelami seni cinta dan rindu kerana ia melibatkan antara kekasih dari kekasih.

Benar.jawab guru, ” selanjutnya kita beralih kepada kilauan kilat. Sebagaimana semarak rindu mengalir deras ketika buaian angin, begitu jua perasaan demikian berkecamuk dalam jiwa sebaik sahaja kilat berkilauan Ia bagaikan banjir yang tak dapat di halang lagi. Daku pasti dalam kerisauan andainya ku lihat kilat dari rumah kekasihku.

Lalu si muri bertanya, ”apakah yang tersirat dari kerisauan tersebut guruku?”

“Anakku, sambaran kilat mengundang satu persoalan? Bagaimakah keselamatan kekasihku, setiap detik di hantui kebimbangan adakah kilat menyambar dirinya? Dari jauh hanya ku pohon kilat demikian tidak membunuh. Ini kerana bila dirinya sudah tiada, baki cinta yang ditinggalkan akan membunuhku.

Si murid berkata, “Sangat cantik suasana rindu bila di terjemahkan dalam angin dan kilat. Rindu membakar tatkala hembusan angin dan kerisauan terbit bila kilat berkilau. Ia berlaku dari arah yang sama iaitu idom? seingat kami, guru belum menyentuh perihal idom.

Sungguh sekali anakku. Seperti kazimah, Idom juga merupakan sebuah kawasan di Madinah Al Munawarah. kenapa di sana? seakan-akan kekasih ‘sahabat’nya di madinah.

Siapa gerangan si dia duhai guruku? Si murid bertanya.

Sambil tersenyum guru menjawab, “kalian akan memahami jua nanti.”

Saturday, October 10, 2009

Daku Di Katakan Perindu

Apabila kerinduan tidak bisa di bendung air membasahi tidak ku rasa di kala ku mandi, tarian pena tidak ku tahu penyudahnya, sukar menafsirkan kerana itu daku bukan mufasir. Angin bertiup dari rumah kekasih makin membakar kerinduan, kilat dari kediamannya mengundang persoalan, apakah selamat kecintaanku..betapa benar kalam penyair…


”cinta itu bercampur kelazatan dengan kesakitan"


Bertiup kencamg sanubari untuk melangkah kesana, namun rupanya kediamannya, kawasan larangan, apakan daya ku. Berlari, mana mungkin, khabarnya tidak akan tercapai tangan.


Aku musafir hina kini terluka di taman cinta, dia yang ku kejar terlalu jauh di sana. Sebenarnya bukan dia yang melarikan diri bahkan dia menantiku..tapi aku yang sengaja mencipta jurang. Benarkah penyaksian cintaku?

Font size

Tidak pernah air mata ataupun kesakitan menghadap hakim sebagai saksi kerinduan.


Hanya bicara mengungkap “aku mencintainya” tapi ketiadaan dalil sekaligus mengheret daku di celahan penjara.


Di lubuk kesempitan ini lah, aku mula bermuhasabah, benarkah aku mencintainya…lafaz semata-mata saksi yang fasiq dalam pengadilan. Jika di ukur sudut pengorbanan, nyata sifar markah ku.

Dia insan sebaik-baik makhluk tidak pernah lupakan daku, kalimah UMMATI membasahi bibir beliau..Apakah kesudahan cinta palsu ini?aku hanya di katakan sebagai perindu hakikatnya bukan…jika kalian mencari siapakah paling dusta di dunia, aku isytiharkan…aku lah orangnya…

Kekasih ku, Nabi Muhammad SAW


“Bagai bunga kelembutan dirimu

Kau lah kekasih yang di harapkan syafaat kelak

Jika bukan kerana mu, nesaya alam semesta ini tidak wujud

Maka dirimu permata kebaikan yang tidak bisa di kongsi”

Friday, October 9, 2009

Amirul, Mataku Takkan Bisa Melihat Kamu Lagi


Minta tolong anta bawa kan kitab syarah burdah al bushiri boleh?”.


Itulah rangkap terakhir dari insan yang kini sudah tiada di alam kasar kita, iaitu Ustaz Amirul Aqiqi b Abdullah. Beliau yang berasal dari sarawak telah menemui ajal di kala subuh hari hari Ahad, 4 hb Oktober 2009 di Ribath Pulau Manis. Dilahirkan sebagai penganut kristian, melalui kesukaran hidup yang penuh ranjau akhirnya membawa beliau merantau ke Selangor mencari sesuap rezeki. Tanpa siapa menduga beliau tertarik dengan keindahan Islam sehingga memeluk Islam kemudian menukar namanya dari Mili kepada Amirul. Dari detik ini, bermula lah segala-galanya…..

Bagaikan senipis kulit bawang, begitulah perasaan amirul tatkala memikirkan ilmu agamanya yang sedikit. Kemuncak dari fiikirranya, beliau membulat kan hati bermusafir ke Madrasah Dinyyah al Bakriah atau lebih di kenali Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan Darul Naim. Dalam tempoh demikian, kakinya tidak pernah menjejakkan kaki ke halamannya, Sarawak. Usah bicara tentang kerinduan, kerana ia semestinya membara…akan tetapi ia harus di lawan demi tuntutan ilmu. Mampukah kita?

Daku mengenalinya seorang yang amat pendiam, tidak berbicara melainkan hal yang penting. Selain itu, beliau amat menyangi mursyid beliau, Tokku Ibrahim Muhammad. Tidak hairanlah cita-citanya, ingin berkhidmat kepada mursyid beliau semata-mata.

Dengan berkat kesungguhan beliau, akhirnya beliau menjadi kepala telaah dan sudah mengajar di kelompok kecil di pondok. Bagi sesetengah pelajar, tempoh 6 tahun belum memadai untuk menguasai keilmuan islam..apatahlagi beliau bermula dengan kosong di tambah lagi kedhaifan dalam memahami loghat kelantan.

Dalam proses pencarian ilmu zahir, beliau terasa sesuatu yang kosong di hatinya. Keluhan tersebut membawa beliau mencari guru sufi untuk mentarbiyah jiwanya dengan pancaran kerohanian dan zikir. Ribath pulau manis menjadi saksi perhubungan kasih antara guru dan murid. Ikatan kerohanian beliau dengan mursyid beliau, Tokku seaakan ayah dan anak. Di bawah asuhan tokku, beliau di didik dan di suluk kan dengan adab kesufian baik dai segi zahir dan batin, di samping tenggelam dalam kecintaan Allah dan Rasul. Beliau merupakan harapan menjadi pejuang kesufian.

Jika kalian mahu tahu, tokku berhasrat menghantar amirul menyambung pengajian nya di Yaman. Perbincangan selesai kata sepakat sudah ternoktah. Amirul di jangka akan pergi ke K.Lumpur pada 5hb, untuk menghadiri temuduga. Dalam kealpaan kita merancang, Allah sudah menyusun jalan terbaik untuk hambaNya. Tiada siapa menduga, di pagi subuh nyawa beliau diambil oleh Allah SWT tatkala tidur… sehari sebelum tarikh beliau berangkat…

Amirul yang tidak mengalami apa jua penyakit pergi dengan tenang. Punca kematian hanya diklasifikasikan sebagai ajal. Jasad yang kosong tanpa jiwanya lagi tetap kelihatan seperti manusia bahkan tenang bercahaya. Cemburu daku kenangkan, masakan tidak, jika kalian tahu, pasti kalian rasakan demikian juga. Dia baru sahaja kembali dari suluk pada Ramadhan baru-baru ini. Suluk merupakan latihan zikir berterusan di bawah bimbingan mursyidnya. Kesan suluk masih tampak pada dirinya dan perjalanan barzakh beliau dengan hati yang sudah asyik dengan Allah. Bagi beliau, kematian saat di nantikan, kerana kerinduan kepada kekasih sudah kian memuncak. Tidak mampu di bendung lagi. Jika daku di tarik nyawa, nescaya daku akan cuba melawan, mana tahu tangan daku bisa mengalahkan takdir. Ya Allah, daku tahu itu mustahil…mustahil sama sekali. Daku di cemari ribuan dosa, mana sanggup mata maksiat ini berdepan dengan Mu Ya Allah, tangan noda ini untuk menggapai rahmatMu Ya Ar Rahman..Moga-moga dosaku di ampunkan dengan berkah doa pembaca sekalian.amin..

Secara ringkas dapat ku coretkan buat tatapan pembaca sekalian. Dengan linangan air mata daku berpesan..untuk diri sendiri terutamanya bahawasanya kematian sentiasa mengejar kita, pantas sangat kah langkahan kita untuk larikan diri darinya…ketahuilah kita tidak dapat mengelak. Oleh hal demikian, hanya ada satu pilihan, iaitu bersedia sentiasa berdepan dengannya. Meskipun ia tetamu tidak di undang, namun tetamu sebegini lah akan meniggalkan kesan mendalam.

Daku berdoa moga-moga rohnya di tempatkan bersama orang beriman.amin. Al Fatihah.

Friday, October 2, 2009

Pedih Kerana Mencintai Kepalsuan


Hatiku resah menanti hari-hari mendatang. Di sana bicara tentang cinta di sini bicara tentang kasih, namun demikian, daku tidak pasti apakah cinta dan kasih yang berkumandang di hatiku menjurus kepada kebenaran atau kepalsuan. Alangkah baiknya jika jawapannya kebenaran tapi masakan demikian dengan hidup yang aku yang lupakan Tuhan…?aku tidak layak berada dalam cinta Tuhan.


Aku mencintai makhluk


cintaku akan makhluk melebihi cintaku pada Tuhan..Ya Allah, adakah layak aku di gelar hamba..kehambaan aku sudah lama tercabut,

aku memakai pakaian kesombongan ketika menghadapMu, berlagak baik di kalangan manusia…tidak ubah seperti seorang munafiq..

Aku rela melakukan apa jua untuk manusia, aku gembirakan mereka, akan tetapi denganMu aku rebah dengan tidur berpanjangan. Aku menduakan Engkau dalam perjalanan ini. Pada dia ku juar sayang padamu juga ku ucap cinta..bukankah itu curang dalam mencintai?walhal sebagi hamba, hanya padaMu sahaja cinta di serahkan..


Aku mencintai harta.


Harta memaut hatiku, harta telah menodai akalku. Bagiku tanpa harta, aku tidak bisa hidup, aku syirik padamu kerana berpegang harta lah segala2nya. Aku ingin hidup senang sehingga sanggup melihat insan lain kefakiran. Aku menjadi bakhil. Ini di sebabkan aku merasakan harta dari titik peluh ku bukan untuk di kongsi. Aku bekerja siang dan malam, pagi dan petang…hanya untuk mencari harta, menambah harta. Aku melebihkan pencarian sedangkan keperluan asas aku sudah mencukupi. Tidak kah itu dikatakan terpedaya dengan harta? Tidak salah menjadi kaya tidak salah mencari harta, tetapi harus aku faham, keharusan tersebut jika hidup kita tidak tergadai oleh kesombongan, kebakhilan, kemasuhuran. Aku bukan seperti Abd Rahman bin Auf yang hatinya asyik dengan zikir meskipun bergelumang dangan wang dan emas sekalipun..Jika aku kaya, beralaskan ilmu dan ibadah yang sifar ini, sememangnya aku akan terperosok lalu tersungkur di lembah kehinaan. Ya Allah, harta menyebabkan aku tiada masa untukMu, aku leka sehingga keluarga ku tergadai. Apa gunanya kaya jika anak-anak bagai syaitan, isteri bagai hanyut berkeliaran, maksiat sebagai rakan…semuanya kerana dosaku tidak mendidikik mereka. Semuanya terhanyut…


Aku mencintai pangkat


Aku mungkin bayak menderma, aku mungkin jua pendakwah yang berjaya tapi aku ingin digelar orang berjasa, mempunyai kedudukan dan pangkat. Lidah petah berpidato, kelihatan menyebar ilmu, tetapi hakikatnya menipu manusia. Merka tertipu dengan aku hanya kerana aku ada cita2 peribadi. Ya Allah bagaimanakah mampu ku hilangkah noda ini semua…?

Bayangkan jika aku mendapat pangkat, tidak akan berlaku melainkan aku akan sombong. Sekali di panggil dato’, 10 kali sombong menebal, jika panggilan itu terus lazim, betapa tebal kesombongan itu takkan dapat di ungkap lagi sehingga ia menjadi keras. Keras bagai batu sehinggakan kalimah Dzauqi tidak ku rasa suatu yang asyik malah aku serabut dengan suasan fana’ dan syuhud lagi….


Aku mencintai nafsu


Jika syaitan terkenal dengan keangkuhannya, nafsu masyhur dengan kedegilannya berhadap denganMu. Aku tidak berdaya melawan bisikan nafsuku, mengapakah ia mencondongkan hatiku mengekori yang enak2? Tuntuan itu semua sukar di tepis kerana fitrah insani sememangnya ke arah memuaskan akal dan syahwat. Nafsuku berupai dua wajah. Tatkala aku beribadah, ia membisikkan ujub dan sombong. Ketika aku melakukan kejahatan, ia juga memaikan peranan. Aku tahu, nafsu jahat ini tidak akan tunduk selagi ia tidak di palu dengan terjahan zikir dan mujahadah. Akan tetapi aku malas untuk semua itu…

Apakah kesudahan hidupku….?aku tidak layak ke syurgaMu tetapi aku tidak sanggup menahan bara neraka. Sekarang layakkah aku mencintai dan di cintai oleh Ar Rahman Ar Rahim? Ya Allah tidak aku berdaya meneruskan perjunagn tanpa rentetan pertolongan dariMu, tanpa cinta dan kasih sayangMu…

Wednesday, August 26, 2009

Untukmu Teman..Jangan Bersedih

Duhai teman…inginku berbicara denganmu walau sekejap cuma. Walaupun bukan mata berpandangan, bagiku sudah memadai sekeping coretan. Ia bukan untuk pancaindera, tapi jauh kedalam hati kamu. Duhai jiwa yang lembut, usah kamu bersedih lagi..

Temanku, bila kamu jatuh cinta sukar untuk kamu mengambarkan perasaan itu begitu juga bila cinta itu hanya sekerat jalan. Mulut terkunci tiada berlafaz sekadar air mata menjadi penyaksian. Betapa siksa bergelar pencinta bulan kerana bulan hanya cahaya yang mustahil dipegang. Betapa derita jua menjadi insan bernama kekasih kepada munafiq cinta kerana mereka hanya bermodalkan lidah dan lafaz sayang. Sedangkan perasaan cinta adalah lukisan hati dari lubuk yang dalam…tidak berhajat kepada lafaz semata-mata. Oleh hal demikian, orang bisu jua merasai nikmat cinta dan sayang..

Temanku, kamu kecewa bila titisan cintamu jatuh kepada daun keladi. Si dia tidak menadah titisan jiwamu membentuk harapan tapi hanya membiarkan ia gugur di permukaan tanah. Bagai jiwa terpenjara, ku memahami perasaan kamu sekarang…jiwa kamu terasa sakit bagai hirisan sembilu, hampir-hampir dirimu ingin berlari ke dunia lain..benci untuk menoleh ke belakang, kerana ada kenangan mengejarmu, langkahan ke depan penuh ia dengan impian yang musnah..ke kiri dan ke kanan juga tidak berdaya, kerana suara-suara sumbang mengejek kamu…justeru itu, kemana lagi destinasi kamu duhai teman…

Hadaplah ke atas, disana Ketuhanan, disana Allah Ar Rahman Ar Rahim..angkatlah tangan kamu lalu pohonkan doa. Curahkan luka terpendam, sesungguhya Dia pendengar terbaik kamu. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kamu...

والله سميع عليم
“Dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui”(Al-Baqarah:224)


Memang kamu kecewa kan tapi ingatlah ia sebenarnya ujian kepada kamu..jika kamu berjaya melepasinya…kamu akan menggapai martabat yang tinggi disisiNya…

Memang kamu kehilangan si dia, tapi Yakinlah Allah akan kurniakan insan yang lebih baik dari si dia..kamu di pisahkan kerana dia bukan jodoh kamu…akan hadir insan bernama suami dalam hidup kamu kelak maka tersenyum lah kerana itu lah puncak kebahagiaan

Memang kamu sudah bencikan dia tapi masih tidak mampu lupakan dia kan? Berenang lah oleh kamu bersama alunan zikir, alunan qasidah cinta pada Nabi SAW, dan sentiasa mencuri masa untuk aktiviti bermanfaat…bila berseorangan, ingati Tuhanmu…bertasbihlah sekalipun tidak lagi bersuara bibirmu…


فا ذكرونى أذكركم
"Ingatlah kamu kepadaku nescaya aku ingat akan kamu…”(Al-Baqarah:152)


Temanku…dan ingatlah…Allah tidak akan menzalimi hambaNya…Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya…Ketahuilah sesungguhnya Allah amat cinta dan sayang pada kamu...

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Menjelang Lagi..

Alhamdulillah. Ramadhan menjelang lagi. Daku bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang kepadaku untuk menghirup keberkatan pagi ramadhan, merangkak mencari kelebihan di malamnya lalu tersungkur lena dalam cita-cita menggapai lailatul Qadar. Terlalu rindu akan kenangan Ramadhan. terlalu cinta padanya. Jika aku terpaksa dipenjarakan bersama bulan Ramadhan, nescaya daku rela, kerana bagiku bersama sesuatu dicintai membawa kita kemuncak paling bahagia..

Teringat daku 7 tahun lepas akan pesan ayahku, yang juga guruku, Tokku Hj Ibrahim Muhammad di Suraunya, moga-moga bisa menjadi bekalan dalam pelayaran bulan Ramadhan kelak..

Wahai para sahabatku,

“Kita (akan) memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak . Inilah bulan yang dirindui oleh ahli ibadah, dan tidaklah orang-orang yang cinta kepada Allah melainkan kasih akan bulan Ramadhan ini. Dan ahli-ahli ibadah, ahli-ahli zikrullah, mereka ini menunggu bulan Ramadhan ini dengan penuh kecintaan dan kasih sayang, dengan penuh keasyikan. Mereka menunggu bulan ini dengan penuh kerinduan, kerana inilah bulan dimana diberi keberkatan dan kenikmatan yang tidak terhingga dan inilah bulan kasih sayang Allah dilimpahkan kepada umat Muhammad SAW.

Ramadhan adalah bulan yang diberi kita kenikmatan pahala yang berlipatkali ganda, dimana (maksud) pahala bagi ahli-ahli makrifatullah ialah cahaya-cahaya makrifat begitu mudah untuk ditembusi padd bulan ini. Ia bulan yang mudah untuk dibuka hijab oleh Allah SWT.

Isikan bulan Ramadhan dengan sepenuhnya, jadikan bulan ini sebagai masa untuk beruzlah secara bersungguh-sungguh dengan mentawajjuhkan (penumpuan) kepada Allah SWT. Nabi SAW menghidupkan uzlah, khalwat sebanyak 20 hari setahun, 10 hari di bulan-bulan biasa dan 10 hari di bulan Ramadhan. Mengapa 10 hari di bulan Ramadhan? Kerana Ramadhan adalah bulan kasih sayang Allah, bulan penuh kelebihan dan keberkatan.

Jangan kita beribadah pada bulan Ramadhan sama dengan bulan-bulan yang lain. Cahayakan betul-betul hati kita dengan banyak mentawajjuhkan hati. Isikan dimalam-malam hari, selain ibadah tahajud, dengan banyakkan istighfar dan selawat kepada Nabi SAW. Istighfar sebagai pembersih hati dan selawat pula sebagai pembuka hijab hati kita. Bila kita berselawat kepada Nabi, ia membuka hijab. Jangan berselawat dalam keadaan tidak hadir perasaan cinta kepada Baginda. Selawat biar berpuluh ribu satu hari kerana ia mengandungi rahsia yang besar dalam perjalanan menuju makrifatullah. Dan tidaklah orang-orang yang menuju kepada jalan Allah ini, melainkan dengan selawatlah kebanyakan mereka sampai kepada-Nya. Nabi Musa juga mendapat keampunan Allah dan ditambah ilmu dengan banyak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.”

Tuesday, August 18, 2009

Kalam Tokku

Pesan guruku, ayahku Tokku hj ibrahim Muhammad

Siapa yang datang kepadaku untuk mencari kelebihan, ia hanya akan membuang masa. Carilah Guru yang lain kerana padaku tiada apa-apa kelebihan.

Siapa yang datang kepadaku kerana ALLAH, InsyaAllah, dengan amalan dan latihan yang diberikan, perasaan cinta, rindu, asyik, takut pada Allah akan memancar pada jiwanya. Cinta pada ibadah, khusyuk, kasih sayang pada manusia dan cinta pada agama adalah natijah dari pendidikan ini.


Di sini kami melihat tiada keutamaan membincangkan tentang karamah, kasyaf, ilham, firasat, mimpi, wali-wali ghaib, syeikh-syeikh yang hebat, perubatan, persoalan imam Mahadi dan dunia mistik yang lain. Di sini kami melihat agenda membangunkan ummah, keimanan, kasih sayang, kefahaman, amal, mujahadah, dakwah, jihad adalah lebih besar dan utama untuk dibincangkan.

Dalam pendidikan ini, ukuran natijah kerohanian bukannya dilihat dari segi apa yang ia dapat dari alam ghaib seperti bisikan, mimpi yang hebat, karamah, firasat yang hebat, kelebihan perubatan atau persilatan. Tetapi, ukuran kehebatan kerohaniannya yang sebenar ialah keimanan, ketaqwaan, tercabutnya mazmumah, ubudiyyah, perlaksanaan syariah, akhlak, ibadah, cinta Allah, rasul, akhirat, warak, khusyuk dalam ibadah, ketenangan menghadapi musibah, mencintai dakwah dan jihad.

Pendidikan ini untuk mereka yang mencari kefakiran diri dengan meninggalkan pakaian kesombongan dan keduniaan. Juga untuk mereka yang mahu menghilangkan wujud diri untuk melihat wujud Diri-Nya (ALLAH).

Ingati Allah Sepanjang Masa

Di malam yang hening, Guruku, ayahku Tokku Hj Ibrahim Muhammad berpesan padaku..

Anakku, Kehidupan kamu adalah kurniaan Allah Swt. Oleh itu, tujukanlah seluruh kehidupan kamu kepadaNya. Dalam setiap gerak dan diam, biarlah di lakukan semata-mata kerana Allah. Ingatlah Allah setiap masa, sama ada kamu dalam keadaan senang atau susah, ketika melakukan kebaikan atau ketika jatuh dalam dosa.

Telah berkata seorang wali Allah:

“Ingatlah kepada Allah walaupun kamu dalam maksiat dan jangan putus asa daripada rahmat Allah.”

Walau besar mana kejahatan, janganlah sampai malu untuk istiqamah dalam ibadah. Awaslah kepada bisikan syaitan, ia akan berusaha menjauhkan kita daripada sifat berharap kepada rahmat Allah.

Syeikh Ibnu Athaillah berkata:

“Ingatlah kepada Allah dalam keadaan kebaikan atau kejahatan”

Hendaklah kita takut kepada Allah dan berharap kepada rahmatNya. Takut kepada Allah akan menghindarkan kita daripada melakukan dosa, manakala harapan akan menghindarkan kita dari sikap putus asa daripada rahmat Allah SWT.

Anakku,

Hati yang hidup adalah hati yang cinta kepada Allah, segala pengamalannya, gerak kerjanya untuk mencari cinta Allah. Hati yang hidup adalah hati yang sentiasa melihat segala sesuatu, gerak, diam di alam ini adalah dari Tuhan. Mereka bersyukur dengan nikmat dan kebaikan, mereka sabar dan redha dengan musibah dan kejahatan. Mereka tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah, hati mereka teguh bagaikan pohon kayu yang kuat dalam keyakinan pada Allah, mereka bertawakal kepada Allah.

Ingatlah, apabila kamu bertawakal bermakna kamu tidak bersendirian, seluruh tentera Allah di langit dan bumi menjadi penolongmu..

Tuesday, August 4, 2009

Untukmu Sahabat Sempena Hari Lahirmu

Di kesempatan ini daku mengambil peluang mengucapkan selamat hari lahir buat sahabat tercinta nun jauh disana. Tanggal 31-07 genap usia beliau 20 tahun. Daku amat gembira kerana daku masih bersamanya di dalam suka duka gelak dan hiba. Persahabatan yang terbina sejak tiga tahun yang lalu pasti kekal bersemadi di benak fikiran ini selamanya. Dan jauh di sudut hati ku harapkan pertemuan tidak di duga ini sehingga penghujung nyawa…

Maafkan daku sahabat jika di sebalik hatimu, tersimpan calar akibat kata-kata. Maklumla daku hanya insan biasa. Kadang-kadang terlalu petah tanpa ku sedari ada hati terasa. Ampunkan daku juga andainya kelakuanku meresahkan jiwa. Daku bukan malaikat tidak berbuat dosa, bahkan daku hanya insan hina.

Ketahuilah sahabat, dirimu banyak membantu perjuangan, menyedarkan daku apabila langkahan ku terlalu panjang. Dirimu menepis tohmahan-tohmahan kejam, semangat mu tidak akan ku lupakan, ilmu dan tarbiyah tetap keutamaan..

Kebiasaan hadiah mejadi kenangan. Tapi kali ni disisiku hanya peringatan-peringatan. Sebenarnya ia jauh lebih berharaga sebagai peta dalam pelayaran. Daku tidak mahu layaran dirimu karam hanya kerana hembusan angin dunia, serta ombak bisikan kejahatan. Lautan kamu masih terlalu jauh dan sebenarnya kita berada dalam pelayatan yang sama. Mungkin tidak layak kata-kata ini diteruskan namun pesan Baginda SAW..


بلغوا عني ولو أية
“Sampaikan oleh kalian walaupun satu ayat”

Sahabat, hari kelahiran bukanlah detik kegembiraan. Andainya dapat dirimu mentafsirkan, ia sebenarnya sebuah muhasabah Insan.
Sahabatku, daku memesan kepada dirimu sebagaimana telah berpesan Guruku kepadaku..

Berkata Guruku, Tokku Hj Ibrahim Muhammad Pulau Manis..

"Dunia bukanlah syurga. Mereka yang mencintai dunia sebenarnya mencintai penderitaaan. Penderitaan berpunca dari nafsu dan akal. Mereka yang tiada memiliki keduanya adalah bebas dari merasai apa yang berlaku. Akal menangkap peristiwa, hati menerima dan mengolahkan. Jika hati bernafsu ammarah, segala peristiwa akan diolah oleh nafsu amarah. Maka kecewa dirimu dengan gelora dengki, marah, dendam serta kesedihan, hatimu tidak akan tenang walaupun memliki segunung emas.

Nafsu ammarah adalah punca pendertiaan insan. Lihatlah dunia hari ni yang penuh penderitaan. Ia adalah lontaran nafsu ammarah yang ada dalam diri ramai manusia dan pemimpin dunia.
Nafsu tamak, angkuh dan gilakan kekuasaan, tiada belas kasihan adalah pendorong kepada kemusnahan alam.
Nafsu amarah adalah sebahagian nyalaan api neraka yang ada dalam diri insan. Ia sentiasa membakar hati dan akal, maka lahirlah tekanan dalam kehidupan.

أريت من اْتخذ إلهه هوه أفأنت تكون عليه وكيلا

“Apakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya..?”(Al-Furqan:4)


Mereka yang menyimpan neraka dalam dirinya sudah merasai kepanasannya di dunia ini lagi, kehidupan sentiasa dalam resah dan gelisah, langsung tidak tenteram seolah olah bagai pesalah yang diburu.
Allah tidak akan memberi ketenangan dalam kehidupan selagi engkau menyimpan musuh kederhakaan dalam dirimu.
Nafsu ammarah adalah tunggangan syaitan, memeliharanya menyebabkan syaitan begitu mudah menunggang dirimu, maka tiada tempat yang dituju melainkan ke lembah kekecewaan dan kesesatan.

Semakin jauh dirimu dari Allah, maka semakin musnahlah hidupmu, semakin deritalah hidupmu, bahkan engkau tidak akan menemui setitik pun cahaya kebahagiaan di dunia apatahlagi di akhirat.

Kembali kepada fitrah, sucikan dirimu dari ammarah dengan penawar dari Al Quran..

و نزل من القرءان ما هو شفآء و رحمة للمؤمنين
“Dan kami turunkan (dengan beransur-ansur) dari Al Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya…”(Al-Isra’:82)

Berzikirlah mengikut petunjuk dari para guru sufi, palukan qalbi dengan cemeti mujahadah, nescaya akan bersinarlah mentari makrifah, tenggelamlah di dalamnya dan di situlah hakikat dirimu akan menghirup kebahagiaan.






Saturday, July 25, 2009

Arwah Suatu Iktibar Bagiku



"Salam. Nabil sahabat yang kita cintai kerana Allah SWT telah kembali ke Rahmatullah. Minta sahabat hadiahkan al fatihah(7x) dan al-ikhlas(11x).Semoga roh allayarham ditempatkan dikalangan auliya dan solehin."
8 Julai 2009 5.47 pm


Arwah merupakan pelajar Pusat Asasi Sains Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah telah dijemput Ilahi setelah hampir sebulan berperang dengan penyakit misteri..

Daku kehilangan kata-kata sebaik menatapi pesanan ringkas dari seorang sahabat. Ya Allah, dia sudah pergi...meskipun perkenalan dengan dia amat singkat namun ia tetap meninggalkan kesan kepada jiwaku..Bagiku, dia tetap termasuk dalam satu riwayat bahasa..'jauh di mata tapi dekat di hati'

Ya diriku, di depan kamu kematian disana sini. Ia sentiasa melintasi kamu. Namun masih belum mengenai kamu. Sekarang sahabat kamu..dia pergi tidak akan kembali lagi. Aku ingin beritahu kamu bahawa arwah amat bahagia disana..kamu yang hidup ini bagaimana? Adakah kamu mengambil iktibar?

Kasih SayangNya telah menghadiahkan arwah episod kesakitan sebelum kematian.. penderitaan tersebut membawa arwah sentiasa dalam ingatan, rindu kepada Allah SWT. Sentiasa beliau bertasbih, berdoa, serta melazimi dalam ibadah sebagai peneman..sebagai motivasi ketika 'peperangan'…

Lalu dia pergi dengan perjalanan yang cukup indah . ya diriku, tidak semua yang bernyawa bisa mengecapi hal demikian. bagaimana agak-agak keadaan kamu jika nyawa kamu ditarik serta-merta..sudahlah penuh dengan dosa..hati pula tidak pernah mencari ruang untuk mengingatiNya.

Ketahuilah kamu, dikalangan kamu terbahagi kepada empat golongan..

Ada yang Islam ketika hidup tapi kafir ketika mati
Ada yang Kafir ketika hidup tapi Beriman ketika mati
Ada yang kafir ketika hidup dan juga kafir ketika mati
Ada yang Beriman ketika hidup dan juga beriman ketika mati

Dimana kamu? Mungkin sekarang kamu beriman
tapi adakah pasti mati kamu dalam beriman jua?..

Semua sahabat dan kamu sendiri meratapi kesedihan..ingin ku tegaskan duhai sahabat. Israil makin menghampiri kamu..Cuma kamu yang terlalai..masih panjang angan-angan..sedarlah, bagaimana kamu terlalu terleka? Adakah kamu pasti esok masih ada untuk kamu…???

Pemergian beliau suatu iktibar bagi kamu..dia bahagia sedangkan kamu masih dalam belenggu dunia. Dia mengingatkan kamu bahawa kematian tidak mengenal usia..ia tanpa di sangka-sangka. Cuba kamu lihat di jendela, Israil sudah luar perkarangan rumah kamu..bersediakah kamu?? Tepuk dada tak usah bertanya kerana Ia amat hampir..pandanglah kamu..mungkin kata-kata ini benar semuanya…apa yang ku mampu katakan..moga-moga Allah menerima kamu sebgai hambaNya lalu dimasukkan ke dalam syurga…amin.

Kisah Cemburu Si Isteri

Daku teringat satu penulisan di sebuah majalah. Tajuknya
Isteri cemburu suami pegang tangan pelakon dalam filem…
Secara ringkas, si suami seorang aktor terkenal dalam dunia lakonan. Manakala si isteri pula hanya suri rumah, insan biasa cuma. Skrip filem telah memaksa pelakon terbabit supaya memegang tangan pelakon wanita lain dalam salah satu babak cerita. Lalu sampai la berita demikian kepada si isteri. Pertikaman lidah telah berlaku antara mereka, marah si isteri kerana selain tangannya , ada juga tangan wanita lain telah digenggam oleh suami tercinta..si isteri tidak benarkan suami berlakon lagi jika berlaku hal yang sama..

Tergelak daku menatap tulisan ini..bahkan amat kelakar apabila penulis hiburan ini menyalahkan si isteri..Isteri?kenapa harus dia dipersalahkan…?

Kata penulis tersebut:

“Dalam masalah ini, si isteri kena open minded la. Kenapa nak cemburu lak…dah kerja suami gitu. Marah kepada suami kerana cemburu suami pegang tangan pelakon wanita lain. Yela, kalau dia marah beralasan kan perbuatan suami tu melanggar perintah agama, boleh dterima la..tapi semata-mata cemburu jer…”

Perlu kita jelas, sifat cemburu melazimi di atas setiap rusuk wanita. Agaknya bukan di namakan wanita sekiranya cemburunya hilang..berlaku kah ia…?maksud cemburu yang ingin daku bawa adalah cemburu yang tidak terlampau. cemburu ini lah menjadi perhiasan wangian kumbang dan bunga..

"Cemburu tandanya sayang"

Di dalam taman percintaan, samada kumbang atau si bunga, kedua-duanya berkongsi sifat cemburu. Kumbang cemburu andainya bunga dipetik si kumbang lain begitu juga si bunga menderita bila kumbangnya beralih arah. Semuanya berlaku bila cinta dan sayang terlalu dalam.
Berbalik kepada cerita di atas, dek sayang kepada yang di sayangi, si isteri merajuk kerana perbuatan suaminya telah menghiris sembilu hatinya. Lantas air mata menjadi saksi cinta dan sedih si wanita..tidak kah kau fahami wahai suami…?
Walaupun benar perbalahan pasangan terbabit kerana semata-mata cemburu si isteri, bukan kerana alasan ia bertentangan syariat..si isteri tetap di pihak benar. Ingin ku ulang dia berada di pihak yang benar. Sebagai isteri, dia berhak untuk cemburu, dan cemburu itu berasas. Tangan suami tercinta dalam belaian tangan wanita lain.HARAM.

Wahai wanita, adakah dirimu juga cemburu jika permata hati kamu bersikap demikian jua? ya, daku pasti air mata kamu memberi jawapannya..

Oh oh tidak abang..abang hanya milik ayang tau. Kenapa abang pegang tangan dia ar..huhuhu.
Tersentap si suami…Wahai si suami, kau masih butakah?
Memang dia cemburu…kau boleh kata apa sahaja, dia tidak open minded la, kolot la..tapi cemburu dia sekurang-kurangnya menyedarkan kau bahwa tindakan kau salah dan telah melukai hati wanita paling kau cintai. Setidak-tidaknya kau tidak jauh terlanjur..abaikan kata-kata penulis hiburan tu…memang isteri kau tidak berhujah dengan hukum hakam..tapi cemburu itu telah menyelamtkan kau dari murkaNya..hargailah ketelusan hatinya..dan ucapkan,

”sayang, terima kasih kerana cemburu”..

Moga-moga daku dikurniakan isteri yang cemburu.amin

Sunday, June 28, 2009

Aku Menemui Kematian..

Sahabat tercinta, bayangkan ketika kamu sedang nazak. Di ajarkan kamu untuk menyebut nama Allah. Disaat tiada lagi kekuatan untuk mengejarkan ibadah lain. Tiada lain melainkan ingatan dan sebutan Allah..Allah..Sesungguhya mati dalam ingat kepada Allah adalah tanda mati dalam iman. Tahukah kamu, saat kematian merupakan saat yang amat genting. Ketika itu, syaitan akan menggoncangkan iman hamba dengan pelbagai cara. Mereka sesekali tidak akan benarkan seorang hamba mati dalam iman…wahai diri..bagaimana kamu…Ingatkah kamu pada kematian..?


Ingatan kepada Allah tidak semudah yang disangka. Apatah lagi melafazkan kalimah ketauhidan. Wahai diri…kepayahan kepada kamu jika kamu mengabdikan kepada maksiat, cinta dunia dan langsung tidak pernah bersedia untuk menemui Allah. Adakah kau fikir kamu akan hidup selamanya. Dalam desakan dan kegawatan sakaratul maut, hati kamu masih mejalar kepada harta, anak isteri, barangan dunia, dan cita-cita yang belum tercapai..Nah, nampaknya sayitan telah berjaya mengaburkan jiwa kamu dari hakikat kematian yang sebenarnya…


Firman Allah SWT:


يأيها الذين ءامنواْ لا تلهكم أموالكم و لآأولدكم عن ذكر الله و من يغعل ذلك فأوْلئك هم الخسرون


“Wahai orang-orang beriman, janganlah harta-harta kamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”.( al Munafiqun : 9 )


“Kematian adalah peringatan yang diam”


Ia tidak bersuara, ia bisa difahami di akal bahawa kita akan pergi jua…adakah kita masih tidak memahami..? daku menulis dari hati yang terguris…hati yang amat kecewa kerana aku tidak menganggap ia sebahagian hidupku..aku kesal..maka hiduplah aku bagai tulisan yang tidak bernoktah. Imanku hampa, ibadah pura-pura…aku tidak mahu sahabat tercinta menjadi seperti langkah ku..


Sufyan at Thauriy rhm berkata:


“Aku tidak takut bertemu dengan Allah walaupun membawa dosa yang banyak. Tapi aku paling takut bila Allah mencabut imanku ketika mati”


Untuk menghadapi kematian yang misteri saat dan waktunya. Seharusnya kita perlu banyak berzikir, ingat kepada Allah. Sekiranya hati sudah terbiasa dengan ingatan kepada Allah sehinggakan sebati di setiap denyutan jantung , ketika itu jika ajal kamu tiba, Insya Allah kamu mati dalam ingat kepada Allah maka Kematian kamu dalam Husnul khatimah..bukan kah itu impian kamu…?


Duhai sahabat, pandang hati kamu, pejamkan mata kamu sebentar…lontarkan di bisikan jiwa kamu..ALLAHALLAHALLAHALLAH.. bayangkan saat lidah kamu sudah kelu untuk berkata, bacaan surah Yasin dalam satu nada, kain kapan sudah di hadapan muka..Agak-agak apakah kesudahan lafaz kata-kata kamu?...


Ekoran hal demikian, lakukan apa sahaja yang boleh melatih kita untuk ingat kepada Allah, samada dengan berwirid, membaca Al-Quran, ibadah di kala malam, memerhati kejadian Alam dan sebagainya. Yang paling penting ingat lah kamu akan ia…siapa? Kematian..Fikirkan sejenak sahabat, aku akan mati..pasti jua..aku akan mati..aku akan tinggalkan segala-galanya.I will leave everything. Fikirkan sahabat..sebelum tidur kamu..Pasti akan datang di muara hati kamu, pertanyaan..bersediakah aku…?

Ayuh, berlatihlah mengingati Allah sekarang mulai sekarang…sekarang..demi keselamatan kita ketika menghadapi saat nyawa melayang, alam kubur dan alam padang Masyhar yang terlalu jauh dari pandangan.


Muaz bin jabal meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:


“Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat berbanding zikrullah(mengingati Allah)”


Sudah lumrah alam

Ada kehidupan ada kematian

Ia Sebuah peringatan

Bahkan teman yang sering di lupakan

Kematian

Tiada siapa berani menjemputmu datang

Kamu tetamu yang tak diundang

Masa tidak bisa menjadi sekatan

Bagi insan kamu adalah igauan

Ya Allah

Ibadah ku kurang

Bukan aku tidak berkeinginan

Nafsu telah mejadi pahlwan

Akal ku tewas iman terkorban

Kematian,

Mungkin lambat lagi datang

Mungkin selepas sesaat sudah terpejam

Tiada pengetahuan pada fikiran

Tapi hati seperti binatang

Tidak mahu mengambil pengajaran

Sunday, June 21, 2009

Ingatan kematian

Tulisan ini khas ku hadiahkan kepada teman baik daku di Perak sebagai tanda penghargaan atas usaha penyebaran bisikan sirr dan semangat dakwahnya. Moga-moga temanku ini sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Kematian suatu kegelisahan untuk dibincangkan. Ketakutan bersama keresahan bermain dalam benak perasaan sekiranya diperkatakan…ia suatu hakikat yang pasti berlaku terhadap setiap yang makhluk Tuhan. Baik kita ataupun sekufur-kufur manusia mengakui suatu hari mereka akan merasai kematian…..Akan meninggalkan segalanya lantas di tinggalkan, tiada lagi sebarang harapan, kenangan terus hilang, jadilah ia suatu kebencian di jiwa tidak beriman. Bagi mereka..Kematian merupakan penamat kehidupan. Namun bagi jiwa kekasih, kematian suatu bisikan kerinduan..

Ketahuilah diri, kamu sekarang terpedaya dengan dunia, benar-benar hidup kamu berkiblatkan keseronokan berhalakan kesyahwatan. Kamu mencintai nafsu seolah-olah mengikutinya satu kemuliaan, menderhakainya satu kekolotan. Diri..diri..ekoran ini, sudah pasti kamu terlalai dari ingatan kematian. Maka kamu tidak mengingatinya, apabila datang seorang mengingatkan.."Hei, kamu akan mati jua” nescaya kamu benci dan melarikan diri. Keadaan kamu ni tak ubah sebagaimana Firman Allah SWT..


قُلْ إِنَّ المَوْتَ الَّذِيْ تَفِرُّوْنَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَقِيْكُمْ ثُمَّ تُرَدُّوْنَ إِلَى عَالَمِ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ


“Katakanlah, bahawa kematian yang kamu larikan diri darinya sesungguhya akan menemui kamu, kemudian kamu dibawa kembali kepada(Tuhan) Yang Tahu hal yang tersembunyi dan yang terang, lalu di nyatakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”. Surah Al-Jumaah, ayat 8.

Wahai diri, jangan kamu menjadi manusia yang gilakan dunia, sesungguhnya mereka tidak mengingati mati. Manusia kelompok ini benar-benar mewarisi tabiat haiwan. Fikiran hanya tertumpu memuaskan fitrah insani sahaja iaitu makan, minum dan syahwat. Langsung tiada bisikan di hati mereka berfikir tentang Tuhan, ibadah dan pengisian kerohanian.
Namun adakalanya manusia terdiri dari kelompok orang yang bertaubat. Maka mereka memperbanyakkan mengingati mati supaya terbangkit dari hatinya takut dan gementar. Kadang-kadang mereka tidak suka mati kerana bimbang disambar kematian sebelum sempurna taubat. Kebencian ahli taubat tersebut dimaafkan dan tidak tergolong golongan seperti sabdaan Baginda SAW.


مَنْ كَرِهِ لِقََاء اللهِ كَرِهَ اللهُ لِقَاءَهُ

“Barangsiapa tidak menyukai menemui Allah, nescaya Allah tidak menyukai menemuinya”

Hakikat sebenarnya, mereka bukanlah benci kepada kematian dan menemui Allah, tetapi takut... takut menemuiNya kerana terlalu banyak dosa dan noda. Baru bermula untuk mengenaliNya, baru merangkak menyembahNya. Tiada langsung kebaikan untuk dihadapkan..seolah-olah mereka bagai orang yang terlambat dalam perjalanan menuju pertemuan dengan kekasih disebabkan kesibukan dengan persiapan untuk menemuinya. Dengan harapan pertemuan demikian menerbitkan seribu kenangan kepada kekasih bahkan kebahagiaan terhadap kekasih. Justeru itu, kelompok ini bukan golongan manusia yang tidak suka menemui Allah SWT. Bagaimana mengenali mereka? Ada beberapa tanda terhadap diri mereka iaitu, mereka berterusan mengadakan persediaan. Lidah mereka basah dengan zikir, hati mereka tenggelam dalam ketauhidan, fikiran mereka kepada tuntutan ilmu dan kebesaran Maha pencipta Alam. Tiada lagi kesibukan kepada yang lain. Tanpa persediaan ini, nescaya mereka termasuk golongan cintakan dunia.
Yang terakhir golongan ahli makrifah. Maka mati tidak lagi satu ingatan tapi kerinduan yang mencengkam. Mereka terseksa dengan penantian ke arahnya. Mereka bagai dari kekasih ke kekasih. Ini kerana itulah detik waktu pengzahiran janji pertemuan dengan kekasihnya iaitu Allah Azza Wajalla. Sesungguhya pecinta itu tidak sekali-kali akan lupa kepada janji menghadap kecintaan. Lalu zahir cinta dan yang di cinta, الحب و المحبوب terlepaslah dendam kerinduan.

Kesimpulan dari bicara tadi, orang yang asyik kelekaan dunia dapat mengambil manfaat dengan mengingati mati. Dengan demikian, hati menjadi tawar kepada dunia. Dulu melihat dunia sebagai taman kelazatan, sekarang tak ubah seperti bangkai yang berbaur kebusukan.Wahai diri, ingatilah ia kerana ia sebenarnya ingatan…

"Mati suatu kegelisahan tapi ia sebenarnya kerinduan.."

Friday, May 15, 2009

Kamu dan Cinta

Kebanyakan manusia pada hari ini tidak menghalakan emosi cintanya kepada Allah. Kesannya mereka akan menderita. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah kezaliman. Kamu menzalimi diri sendiri apabila kamu menghalakannya kepada makhluk lebih dari Allah. Setiap kezaliman adalah penderitaan. Ini adalah punca utama kenapa hari ini ramai manusia menderita jiwanya.

Cinta kepada makhluk dan dunia bagaikan barah yang sentiasa berdenyut dengan penuh kesakitan, ia akan terus membengkak dan si pesakitnya tidak lagi menikmati keindahan hidup. Ia akan terus menjadi pemburu cinta sedangkan kesan buruan itu hanyalah perasaan sedih, marah dan luka kerana segala bentuk kasih sayang di alam ini adalah bayang-bayang sahaja. Hakikat bayang-bayang ialah ia tidak boleh memberi kepuasan, hanya perasaan asyik memandang sahaja seperti melihat perkara yang cantik dalam bentuk gambar.

Cinta bukannya boleh dipaksa, tetapi ia merupakan suatu hal yang perlu difahami dan didalami. Hati yang baik akan melahirkan perasaan cinta setelah ia kenal dan faham kebaikan serta mengenal sifat-sifat mulia yang dimiliki seseorang terhadapnya. Begitu juga, manusia akan mencintai alam setelah mengenal dengan sebenar akan keindahannya.

"Tidak kenal maka tidak cinta," itulah pepatah yang perlu diselami.

“Jika hati kamu tiada kecintaan yang mendalam kepada Allah, jawapannya kamu belum mengenal Allah”.

Lantaran kejahilan kamu terhadap Allah, segala ibadah yang kamu lakukan adalah bagaikan debu ditiup angin. Hati kamu kosong dengan penawar racun dalam hatimu, kamu terus bersifat angkuh, riya', tamak, dengki, dendam, mencintai manusia dan makhluk secara berlebihan. Kamu akan utamakan kehidupan dunia dari kerinduan untuk bertemu dengan-Nya.

Ubatilah penyakit ini dengan ilmu agar dengan ilmu makrifat yang hakiki, kamu akan melihat alangkah kosongnya kehidupan manusia, walaupun ia dikelilingi dengan segala kemewahan dan kasih sayang manusia, kerana segala kasih sayang tersebut akan hancur apabila mereka memejamkan mata meninggalkan alam ini. Di bawah sana, sudah tidak bernilai segala bentuk kasih cinta melainkan Cinta Allah SWT.

Manusia mengecapi nikmat kasih dan cinta lebih kurang 60 tahun sahaja di dunia ini, sedang kehidupan yang dilaluinya diteruskan dengan penderitaan jiwa akibat kehilangan kasih sayang. Api kemarahan dan kebencian sedang menanti untuk menjilat kehidupannya yang panjang di akhirat sana.

Penyair bermadah:

“Batas penglihatan begitu sempit

Kadang-kadang bunga di taman begitu banyak

Dia yang memetik bunga pada musim bunga

Mengadu tentang ketidakcukupan tangan

Begitu banyak gerak-gerimu untuk dipuja, daya penarikan

Tiada terbilang dan hatiku yang meronta-ronta kerinduan yang satu”

Justeru, cintailah dirimu dengan mencari ilmu tentang Allah dari mereka yang dikatakan orang Arifbillah. Mereka adalah pencinta-pencinta Allah. Mereka membawa ruh kamu terbang ke hadrat Allah menyaksikan kasih sayang dengan matahati yang tajam. Ilmu yang hanya membawa kamu mengenal hukum tidak akan melahirkan jiwa asyik dengan Allah, malah mengeraskan hati. Lisan menyebut kalimah Allah, tetapi hati menyintai hawa nafsu, kehidupan duniawi dan manusia. Semuanya kosong dengan kasih sayang Allah, dan kamu akan terus teraba di alam ini dalam mencari penawar kehidupan. Cintailah diri sendiri dengan memahami hakikat kehidupan ini.


Tuesday, May 12, 2009

Lelaki sekarang Tak Sayang Isteri..




Siapa tak sayang isteri ooi…”.Ungkap Ali baba dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk..dapat di fahami dari skrip tersebut, menyayangi isteri satu fenomena yang mesti. Benarkah demikian? Bagi penulis, kata-kata “abang sayang ayang” suatu penipuan dari lidah seorang lelaki. Maklumlah lidah kan tak bertulang. Bukan bercakap kosong, tidak juga menghukum semua lelaki begitu. Maksud penulis setengah suami ler…


Wahai lelaki, benarkah sayang kamu terhadap isteri? Benar…yeke…? Ana masih teringat sindiran ana pada kenalan ana ketika majlis perkahwinan beliau…kira-kira tahun lepas.


Hanif: Salleh, kau sayang tak isteri kau?


Salleh: Soalan tak patut ditanya..(muka hairan)


Hanif: Jawapannya samada kau sayang atau tidak sahaja..


Salleh: Kau ni buat aku malu jer..mesti la sayang


Hanif: Kawe tak rasa itu jawapannya..ringkas cerita kau tak sayang isteri kau..


Salleh: Hei nik, kau cakap elok-elok (dengan nada marah)


Hanif: Kawe ada hujah kenapa aku berkata kau tak sayang isteri kau..


Salleh: Aku cabar kau cakap..


Hanif: Ok. Dengar betul-betul…


1- Kau biarkan isteri tidak menutup aurat dengan alasan untuk kelihatan cantik. Bukankah kecantikan isteri hanya untuk si suami? Mengapa kau biarkan mata orang lain menikmati pandangan rambut, susuk badan isteri kau…ia sepatutnya milik kau salleh. Apakah dikatakan istimewa pada insan tercinta walhal di tatapi juga oleh orang lain…


2- Bukan kah kau sudah tau, sehelai rambut wanita jika terdedah akan diazab kelak…isteri kau bukan sehelai..entah berapa ribu helai rambut dah ni..macam inikah dikatakan sayang ? melihat insan tersayang menderita di azab kelak..?


Salleh: …..Kau benar nik..bukan dia sahaja yang menerima padah, bahkan aku sekali..suami dayus…(penuh sebak)


Hanif: Salleh, hakikat sayang suami kepada insan bernama isteri…suami mentarbiyah dan mendidik isteri menjadi wanita solehah. Sehingga cinta dan kasih mereka semata-mata untuk Allah dan Rasul. Insya Allah lahir keluarga bahagia..amin.hehe


Salleh: Nik..nik..kau bila dah cakap mengalahkan orang kahwin….kau tu bila lagi…


Hanif: Kawe…? Buat masa sekarang ni kau doakan kawe istiqamah dalam jalan dakwah dan mewarisi ilmu warisan Rasululullah SAW….selain dari perkara ini, kawe belum fakir lagi..hehe


Kami pun bersurai selepas itu…


Dan Alhamdulillah selepas peristiwa itu, tidak aku lihat melainkan isterinya menutup aurat, jauh berubah berbanding dahulu….hati kecilku berdoa, “ Ya Allah kurniakan daku isteri yang menutup aurat”…amin.hehe.


Kalian bagaimana..Sayang isteri tak…? Tepuk dada Tanya iman ek..

Sunday, May 10, 2009

Cinta dia atau Dia ?


Salam pembuka bicara. Bicara kata dari jiwa, jiwa dari Yang Maha Esa. Tidak tertulis melainkan kurnianNya. Hakikatnya tidak berhuruf dan tidak bersuara. Pengzahiran demikian dinamakan bahasa. Seperti biasa, tarian jari-jemari mengikut rentak apa yang dirasa. Kadang-kadang ia berselang air mata. Lucu kedengaran? Ya, bagi hati yang tiada perasaan..jawapannya terus anggukan. Duhai diri, ku tahu dirimu dalam kecaman buaian kerinduan. Datang syahdu malam menyentap sebuah memori yang hampir hilang. Ia tidak hilang sekadar sembunyi di sebalik penantian.

“Pulanglah oh kekasihku..kumerayu padamu” . jelas kedengaran lagu bukan dari bibir tapi terbit dari helaiaan rindu tidak berbilang…

Kenangan semalam datang menyinggah, Bukankah aku sudah menghalau kamu, kenapa kamu datang meresahkan kembali kecintaan”.

“Bukan senang melupakan cinta pertama

Ia hilang tapi mungkin kembali bertakhta”

Dikala ku keseorangan, bayangan mu datang, ku sangkakan sayang tapi bukan dirimu bahkan hanya mainan khayalan. Perpisahan dalam episod cinta amat mengerikan. Ketahuilah wahai diri, ku sanggup mati kelemasan dari menangung derita di tinggalkan. Aku tahu diri cukup setia bersama kekasih, segalanya bersama.

“Kediaman kekasih hanya berasaskan cinta dan kesetiaan”

Tahukah kah kalian, sebuah kediaman yang dulu terbina penuh gelak ketawa. Tidaklah di sana melainkan cinta rindu menjadi penghuni, tidaklah disana melainkan hiasannya bersulam kebahagiaan. Tidaklah disana jua melainkan di kunci dengan janji kesetiaan.

Seperti mimpi perkenalan itu

Cuma seketika

Namun di dalam hati

Dirimu terkenang jua

Engkaulah permata di dalam genggaman

Tidak ku sedari

Kaca yang bersadur keemasan terus ku cari

Pujangga Urdu :

“Didapati begitu aneh keadaan sekolah cinta,

Seseorang yang memasuki sekolah ini, tidak lagi akan mendapat cuti”.

Maafkan segala dosaku. Kita hanya merancang Dia jua menentukan. Ku sangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis mengundang, dalam tak sedar ku kebasahan..

Suatu malam ketika sujud padaNya..

“duhai anak, jauh ku suluh dalam jiwamu. Ia penuh cinta dan rindu. Tapi kenapa kepada dia bukan Dia yang Maha Berkuasa…”

“Cinta pada makhluk akan binasa, cinta padaNya kekal abadi”

Malam berikutnya,

“Tuhan ciptakan cinta di hatimu untuk mengenali Dia”

Kamu mudah menangis bila rindu, sedih sekiranya resah. Hati kamu cukup lembut, tapi kenapa hati kamu tidak merasai apa-apa apabila namaNya di sebut? Di mana penyaksian Ketuhanan kamu, penyaksian kamu hanya hamba. Anak, kamu lebihkan cinta makhluk melebihi cinta Allah dan Rasul. Tahukah ia syirik yang tersembunyi.. kamu sanggup melakukan segala-galanya untuk si dia, tapi untuk Dia, kamu malas, hanya berkiblatkan hawa nafsu kamu. Mata kamu menghukum elok setiap zahirnya, tapi denganNya penuh sangka buruk”

Sabda Baginda SAW:

حبك الشئ يعم و يصم

“Cinta kamu pada sesuatu membuta dan memekakkan kamu”

Berkata penyair:

حسن في كل عين من تود

“Di anggap elok bagi setiap mata orang berkasih”

…bertaubatlah lah anakku..kamu memanggil dia bila gembira, bila berduka terhegeh-hegeh menyeruNya. Pada dia kau ungkapkan cinta padaNya jua cinta di suarakan..apa hasrat jiwa kamu? Ku tahu, kamu sanggup tinggalkan cinta Dia demi kasih pada dia…betapa dalam cinta kamu pada dia. Tahukah kamu, cintaNya pada lamu melebihi cinta kamu pada dia.

Anakku’

“Dia dan dia tidak berhimpun dalam jiwa sebenar-benar pencinta:

Cintailah Dia, hanya Dia. Biarlah cinta Dia menyelubungi jasadmu dahulu, si dia akan hadir jua.

Tersedar daku akhirnya..

Lantas hatiku bersuara,

“Cinta sejati adalah kekasihnya Kekal, kerana ia berkekalan di puja”

Wednesday, April 8, 2009

Siri Cinta Atas Cinta

Siri Cinta 1

Terlalu lama pena ini tidak berjalan. Lambaian ombak di hati terus berdendang. Tiada ku tahu di mana permulaan. Irama ayat dalam desakan. Lagu penulisan dalam ingatan, di dalam titisan hujan ku zahirkan untuk tatapan si pemandang. Duhai diri. Tahukah kamu tentang suatu perasaan, namanya cinta, terbit dari perasaan. Kelahirannya di syurga awal kejadiaan adam. Ianya sukar diungkap dengan perkataan. Hanya jiwa yang cinta dicintai menyeru, hanya yang sayang disayangi mengetahui, menerjah jiwa rindu yang dirindui. Zahirnya bermadah, hakikatnya indah.
Duhai diri..


“Tidak semestinya dengan memandang(wajah) sahaja cinta terbentuk, kadangkala khazanah cinta ini terbentuk dengan sebab perkataan”

Wajah tidak bermaksud apajua pengertian. Ia hanya bayang-bayang yang bijak bersama gurauan. Keindahan wajah hanya cahaya bulan. Ia hilang dikala siang . Pentafsirannya berjurang perbezaan. Mata si pencinta sudah terkena pukauan cinta . Apa jua dari dia, tidak jengkel melainkan semata-mata bulan dan bintang. Mencukupi dengan perkataan jiwa terus hilang dalam awangan. Betapa hebat kuasa cinta. Ia bisa jua mengalir dalam aliran dakwat disebalik tulisan. Duhai diri, bukanlah perkataan Al Quran itu penuh keindahan, berserikan helaian iman, laginya ia Qadim bukan sebuah pembaharuan. Tersirat penuh tersurat kisah dan pengajaran. Mencakupi ilmu seluruh alam. Bahasanya lantas bersujud si penentang. Terpesona jiwa jika menyelam. Selaman seceruk huruf dan perkataan. Kiasannya berkias sehingga tidak leka memandang. Al Quran, aku dengan jazam beriman . Ia mukjizat Nabi Kekasih Alam. Duhai diri, kenapa kasih dan cinta kamu bukan pada Al Quran? Malah jiwa kamu tidak menangis apabila ayat-ayatnya berkumandang? Itulah tanda hati mati dek kerakusan.


“Betapa ramai mencintai hanya kerana perkataan meskipun tidak bersuara lagi tidak berwajah”


Duhai diri, tiada seindah kata-kata melainkan Al Quran, tidak membaca Al Quran melainkan merasai kemuncak pemujaan, tidak menangis melihatnya melainkan hati yang beriman, tidak asyik menghafalnya melainkan di kurniakan faham. Adakah diriku demikian, lantas hati mengakui amat jauh perbezaan. Tidak aku membacanya melainkan hanya bosan, tidak aku memahami melainkan tersandar kebodohan, sehina-hina insan tiadalah melainkan daku seorang. Tahukah, kesombongan telah menutup hati kuffar berada dalam kenikmatan Al Quran .Bukannya mereka tidak faham, bahkan faham tetapi hati mereka tercalar untuk menerima kebenaran. Mereka pernah bersujud ketika tergoda dengan As Sajdah, lantas tersujud mereka di hamparan. Namun tiba-tiba bangkit oleh mereka lalu bersuara, ini sihir Muhammad!, moga-moga Allah meninggikan akan Baginda dengan sejuta kemuliaan. Diriku…diriku, mereka kuffar tapi mereka jua pernah tersujud dek tergamam tapi bagaimana diriku, bagaimana wahai diri. Kau bernama Islam namun melazimi kelalaian setiap arus pernafasan, tiada pernah bersujud dek kelazatan bahkan tertidur sekiranya ia di dendang. Nah, celakalah kamu duhai diri.adakah wujud kecintaan Al Quran di perasaan? Adakah tidak pernah kamu tergoda dengan ajakannya menuju kenikmatan?. Duhai diri, pohonlah taubat kepada Ar Rahman, nescaya kepada kamu rahmat serta kemaafan. Duhai diri hulurkan tangan sambutlah seruan.


Adanya akal hanya perhiasan bukan untuk menyelam segenap bumi renungan. Kejadiaan akal untuk tenggelam di dalam ketetapan keilmuan. Duhai diri, kenapa tidak kamu berenang?
Sekiranya kita membacanya nescaya faham akan syariat Tuhan. Jika memahami, nescaya terbuka akan hakikat ketuhanan. Seandainya menghayati nescaya tersyuhud lah diri terfana’ lah insan. Namun ketahuilah oleh kamu, neraka disediakan jika mentafsir ia sebarangan.

لو كن نسمع او نعقل ما كن في أصحاب السعير
“Sekiranya kami mendengar dan berfikir nescaya kami bukanlah dari penghuni neraka”.Surah Al Mulk:10

Bersabda Baginda SAW:

العقل نور في القلب يفرق بين الحق و البا طل
"Akal merupakan nur di dalam hati yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan”



"Al Quran
Kalamullah, qadim ia
Diri tergoda lalu terpesona
Baginda SAW pengzahiran keagungannya
Angin Hembusan bahsa tidak terkata
Bemesra sifat pinjaman dariNya kepadaNya

Jiwa yang gersang menjadi lembah
Keras sanubari serta merta bagai kapas terserlah
Itulah Umar tersingkap akannya khazanah hidayah
Tergamam jiwa, air mata keinsafan insaf lah

Tersurat dan tersirat
Disebalik zahir terungkai makrifat
Menyusuri kiasan dan bersyair hakikat
Seolah-olah Berkata-kata terjawab syariat

Alangkah indah ciptaan Al Quran
Muaranya ilmu berlautankan pengetahuan
Kedalamanya adalah ketenangan
Air seolah-berenang penghilang kehausan
Sebuah pegangan umat sepanjang zaman
Mukjizatnya merentas zaman menaungi ciptaan


Ayuh, kita berenang bermula ini hari
Masa terus berlari maut kian mengahmpiri
Pesan ini dari hati ke hati
Buat kalian dan diri sendiri "







Angah Al Manisiy, 8 April 2009, 11.48 pm

Tuesday, April 7, 2009

Asyik

Asyik
Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
Cintamu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadamu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu

Band:Damasutra
lagu:Awang BPR
Lirik:S.Amin Syahab

Saturday, March 14, 2009

Keagungan Nama Nabi Muhammad SAW



Menurut Syeikh Malawy, sebahagian ulama’ menyimpulkan bilangan para rasul yang 314 itu dari lafaz محمد .

Huraiannya adalah bahawa pada lafaz محمد terdapat tiga mim ميم . Jika satu huruf mim dikembangkan maka muncul lah huruf-huruf م ى م (Kerana dari bunyi ميم).Kemudian sesuai dengan nilai huruf-huruf yang bersangkutan dimana م nilainya 40 dan ى .Nilainya 10 maka satu satu mim menghasilkan jumlah 90. Kerana dalam lafaz محمد ada tiga mim maka jumlah semuanya adalah 270. Dalam lafaz محمد ada juga huruf Ha’. Apabila huruf Ha’ ini dikembangkan maka muncul lah huruf-huruf ح ا . Nilai huruf ح adalah 8 dan huruf ا (alif) 1(satu) maka Ha’ itu menghasilkan jumlah 9. Kemudian dalam lafaz محمد juga ada huruf dal yang apabila dikembangkan bisa memunculkan huruf-huruf دال . Nilai د adalah 4, nilai ( ا ) adalah 1(satu) dan nilai ل adalah 30 maka jumlah yng dihasilkan oleh huruf dal adalah 35.

Dengan demikian setelah huruf-huruf yang membentuk lafaz محمد itu dikembangkan dan di jumlah nilai-nilai perhuruf yang muncul maka dapatlah disimpulkan bahawa ;

Tiga mim = 270

Satu Ha’ = 9

Satu dal = 35

314

Maka pada nama Baginda SAW yang mulia merangkumi isyarat bahawa senua kesempurnaan yang ada pada sekalian rasul, ada juga pada Baginda SAW. Kerana itu sebahagian ulama telah bersyair:

إن شئت عدة رسل كلها جمعا

محمد سيد الكونين من فضلا

خذ لفظ ميم ثلاثا ثم حاوكذا

دال تجد عددا المرسلين علا

“Jika engkau menghendaki jumlah sekalian rasul, maka mereka telah dikumpulkan oleh lafaz محمد yang merupakan pemimpin di dunia dan akhirat yakni Nabi yang mempunyai keutamaan. Ambillah lafaz ميم tiga kali, kemudian lafaz حا dan begitu juga lafaz دال nescaya engkau dapatkan jumlah para Rasul itu”

Penamaan Nama Nabi

Allah SWT telah mengilhamkan kepada datuk Baginda SAW, Abdul Mutalib supaya menamakan cucunya “Muhammad”. Ketika ditanya mengapa beliau menamakannya Muhammad beliau menjawab, “Saya berharap ia terpuji di syurga mahupun di bumi.”

Lalu Hasan bin Tsabit berkata, “Sang Khaliq mengambil nama Rasul-Nya dari nama-Nya sendiri. Dengan demikian, sementara Allah adalah Mahmud (terpuji), Nabi-Nya adalah Muhammad (patut dipuji). Kedua-dua kata ini diambil dari akar kata yang sama dan mengandungi makna yang sama pula”.

Nama “Muhammad” amat asing dikalangan masyarakat arab jahiliah ketika itu. Bardasarkan kajian Ulama’ Sirah, hanya enam belas orang sahaja yang mempunyai nama Muhammad sebelum Nabi. Sebilangan besar dari mereka ibu bapa mereka terdiri dari ahli kitab dan mereka mengetahui akan lahir Nabi akhir zaman yang bernama Muhamad. Mereka berangan-angan, kemungkinan dengan memberikan nama tersebut, anak mereka akan diangkat oleh Allah menjadi Nabi.

Nabi SAW bersabda “Aku adalah Ahmad tanpa mim (m)”. Ahmad tanpa mim (m) bererti ahad (Esa), yang merupakan sifat Allah yang sangat unik. Mim yang merupakan simbol personafikasi dan manifestasi Allah dalam diri Muhammad pada hakekatnya adalah bayangan Ahad yang ada di alam semesta. Mim adalah wasilah antara makhluk dengan Khaliqnya. Mim adalah jambatan yang menghubungkan para kekasih Allah dengan Sang Kekasihnya yang mutlak. Dengan kata lain Muhammad adalah perantara antara makhluk dengan Allah Swt. Dialah mazhar al-Haq atau tempat kebenaran. Dialah “Zahir”nya Allah di tengah makhluk-makhluk-Nya. Dialah perbuatan Allah yang dapat dilihat manusia dengan matanya, karena Allah Swt sendiri tak dapat dilihat.

Iqbal, seorang penyair terkenal berkata :

“Duhai Rasul Allah

Dengan Allah aku berbicara melalui tabirmu

Denganmu tidak

Dialah Batinku

Dikaulah Zahirku”

Menurut Iqbal, Muhammad benar-benar berfungsi “mim” yang “membumikan” Allah dalam kehidupan manusia. Dialah “Zahir”nya Allah; dialah Syâfi’ (yang memberikan syafaat, pertolongan dan pencadang) antara makhluk dengan Tuhannya. Ketika Anda ingin merasakan kehadiran Allah dalam diri Anda, hadirkan Muhammad. Ketika Anda ingin disapa oleh Allah, sapalah Muhammad. Ketika Anda ingin dicintai Allah, cintailah Muhammad.

قُلْ إِِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ اللهُ.....

“Katakan ( hai Muhamad ) Jika engkau mencintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mencintai kalian…”.( Surah Al Imran :31 )

Rujukan:

1) Al-Quran dan Hadis

2)Nurul Yakin Fi Sirah Sayyidil Mursalin

3)Syarah Kifayatul Awam Fi Ilmi Kalam, Syeikh Ibrahim Al Baijuri

4)Petikan nota pengajian kitab Nurul Yakin oleh Ust Nazmi di Maahad Tahzib Wa Taalim, Shah Alam

5)Syarahan hakikat Muhammad, Ust Dasuki Kajang, salah seorang murid Tokku Ibrahim Muhamad

Susunan : Angah AlManisiy, 10 March 2009, 10.32 pm

Friday, March 6, 2009

Diriku penuh dosa

Diriku penuh dosa. Tiadalah insan paling berdosa selain daku. Kata-kata ku nista, perjalananku noda, fikiranku ternoda jauh lagi teruk dari kalian. Setiap hari diriku disebulungi rasa bersalah. Ya, daku tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Seandainya..Ah tidak mungkin. Tidak sesekali. Ya Allah sampai bilakah keresahan ini pulih. Ia seperti ribut yang menyerang, berkali-kali ku memintanya lerai, ia tetap menyerang sehingga musnah segala titik kebahagiaan. Kesedihan bagai ibu kehilangan anak, begitulah gambaran derita setelah kegembiraan ku diragut, bagai anak rasa bersalah menikam ibunya bahkan kiasan itu masih belum dapat mengambarkan perasaan bersalah ini.

Biar diriku begini. Diriku merupakan zat pinjaman yang kosong dengan kegembiraan. Daku hilang nikmat itu meskipun daku dahulunya……. Hanya yang merasai bisa memahami. Daku terlalu lemah. Jiwaku lembah yang sentiasa menangis. Sejauh mana daku meneruskan langkah, jauh meninggalkan masa lampau, sehebat manapun ilmu ku nanti pun, degup nafasku tidak akan terpisah dari perasaan ini. Tahukah kalian zat tidak akan menerima penceraiaan dari sifat. Ya, mungkin itu perumpaan yang tepat. Tetapi kenapa hanya mungkin ?…nuraniku berbolak balik. Hanya ‘mungkin’ jawapan terpilih.

Duhai sahabatku, pasti kalian berfikir daku ni orang yang lemah, tidak layak di medan perjuangan, jiwang. Seluruh fatomargana menyerang daku. Sahabat, cacilah..kutuklah..malah lebih elok diselari dengan herdikan. Daku memang layak..terlalu layak menerima semua itu. Luka yang tak terzahir, darahnya juga tidak bewarna..

Pasti kalian tertanya-tanya, kenapa dengan anta ni. Apa masalah disebalik huruf-huruf ini. Kami tidak mengerti kerana ayat yang dibentuk tidak berlafaz. Sahabatku, tidak perlu kalian tahu, andaikan ia sekadar umpama mimpi dalam mimpi. Sekadar ada tapi tiada. Seperti wujud garam tidak bersifat masin. Pening bukan?
Ku mendengar dambaan jiwa2 kalian…what’s your problem actually? we want to know…this anwer is definetly a problem absolutely is not. It’s complicated to say. Baiklah daku akur jua…

Angah.(1988-2008)
20 tahun hidupku berdosa. Layaran kapalku sentiasa melawan arus. Arus kebenaran sentiasa ku buat tidak endah. Tiada langsung barang dagangan dalam ruang kapal . Yang ada hanya kegembiraan dan dosa anak-anak kapal. Berdagang pun tidak jauh sekali menuutut ilmu. Hanya membiarkan kapal dibawa angin atas falsafah kebebasan. Wanita, pangkat, harta merosakkan seluruh anak-anak kapal . Anak-anak kapal tiada ilmu, maka lantas tersungkur dengan semua itu . Terlalu hina perjalanan mereka..

Angah.(2008-)
Bermula titik kesedaran anak-anak kapal. Perlahan-lahan membetulkan haluan ke pangkuan, sedarlah mereka, kesetiaan, cinta , harta tiada erti sekiranya tiada iman sebagi wasilahnya…doakan kami dalam pelayaran menuntut ilmu ni..terimalah taubat kami.

Tangisan dalam ketawa. Itulah jiwaku. Hati melazimi dengan tangisan, hanya gelak ketawa menutup rahsia terpendam. Zikir penyuci hati yang hitam menuju bak rembulan.
Kata-kata penuh kerakusan kemaafan kuhulurkan.

Warkah yang lantas mengubah diriku….

“Duhai angah, layari hidup angah dengan iman dan taqwa. Jangan tertipu dengan kebebasan, slogan “kita masih remaja, enjoy lu’’. Angah tahukah bila saat kematiaan, tahukah angah neraka itu terlalu kejam, tahukah angah kematian tidak mengenal usia dan kedudukan. Angah bayangkan ajal datang dikala angah sedang menikmati nafsu kehinaaan…apa bekalan?cukup kuatkah jasad angah menanggung sebatan merasai seksa kepedihan? usah angah menipu diri perasaan, di hati angah memang ingin bertuhan, ingin kembali ke arah kebenaran, namun sombong dan keegoaan menjadi penghalang. Angah pekakkan telinga untuk ruang keagamaan, butakan mata menghargai nikmat Tuhan.
Sedarlah, hidup ini sebentar cuma. Penuh tipu daya, tidak lama akan musnah jua.

اعْلََمُوا أَنّمَا الحَيَوةُ الدُنيَا لَعِبٌ وَ لَهوٌ وِزينَةٌ

“Ketahuilah, bahawa sesungguhya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, dan perhiasan…”(Al Hadid: 20)

Bertaubatlah, Allah Maha Pengampun. Sebesar mana dosa angah, takkan dapat menandingi rahmatNya. Allah amat mencintai orang yang bertaubat. Kerana sememangnya kita takkan dapat lari dari dosa. Disana ada satu falsafah sesat dikalangan muda mudi iaitu, “taubat-taubat, nanti buat dosa semula, baik tak payah taubat..”
Janganlah angah hiraukan seperti itu, katakan pada mereka bahawa
“TuhanKu bersifat dengan Maha Pengampun . Jika aku terjatuh kembali dalam kejahatan, aku akan kembali bertaubat, dan jika kembali melakukannya, aku akan kembali bertaubat. Demi sesungguhnya Tuhanku bersifat dengan sifat keTuhananNya, Dialah yang Maha Sabar, Maha Lemah Lembut, Maha Pengampun, Maha Penyayang pada hambaNya dan Maha Mengetahui akan kelemahan hambaNya. Dia juga Maha Mengetahui keikhlasan hambaNya malah Allah amat kasih pada hambaNya yang banyak bertaubat. Dia tidak boleh dibandingkan dengan makhluk, yang mana jika melakukan kesalahan yang sama berulang kali nescaya dimarahi mereka dan mempersendakan taubat kita sedang Allah Laisa Kamisliahi Syaiuun. Ia tidak menyerupai apapun dengan sesuatu malah pintu taubatNya sentiasa terbuka sehinggalah rohnya di hujung halqum.

Sebagaimana FirmanNya:

إنَّ الله يُحِبُّ التَّوَّبِيْنَ وَيُحِبُّ المُتَطَهِّرِيْنَ

“….sesungguhya Aku(Allah) amat kasih pada hambaKu yang banyak bertaubat dan sentiasa menyucikan diri” (Surah Al Baqarah :222)

Segerakan langkah mencari rahsia hamba, dengan ilmu angah bermula, beramal dengan ilmu langkah kedua, seterusnya terbukalah rahsia-rahsia hamba, keinsafan diri menjelma, akhirnya menjadi hamba faqir disisiNya dan ingatlah..

Dari Wabishah bin Ma’bad ra. berkata: Aku datang kepada Rasulullah S.A.W. beliau bersabda,
“ Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku bertanya, “Ya.” Beliau bersabda, “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, dan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus menganiyakan dirimu.”

Karya : Angah AlManisiy, 21 February 2009, 3.30 pagi, Shah Alam.
I've seen a vision of my life
In the world was a sinner
I've done a lot of things wrong

ٍSyurga dibawah tapak kaki ibu

Lebat hujan di perkarangan. Alangkah seronok jika waktu petang begini diisi dengan senaman, sedikit sebanyak fikiran kembali tenang. Namun apakan daya sudah tertulis dalam suratan, hujan datang sebagai keindahan alam, rahmat untuk insan.

Bukan senang bernafas dalam dunia hamba, kita harus berdepan pelbagai tipu daya. Adakalanya ia datang tanpa kita menduga.ya, lumrah alam semesta.kata orang tua.

Sabda Nabi SAW:

“Syurga itu dibawah tapak kaki ibu

Ibu, Sejak kebelangan ini, angah sering pening kepala, Ia datang kembali, singgah untuk menguji. Angah pohon doa ibu- ibu sekalian mendoakan diri ini. Moga-moga Allah SWT menetapkan hati supaya terus istaqamah dalam perjuangan mencari bunga disebalik ketajaman duri. Duri ? ya..penuh berduri.

Ibu, disaat ini, teringat daku akan sesuatu. Perlukah angah mentafsir ‘sesuatu’ itu? Memang perlu kerana ia terlalu umum untuk dikecapi. Ia sebuah kenangan ketika zaman kanak-kanak. Angah banyak berdosa, terlalu banyak dosa angah pada ibu. Seringkali air mata ibu mengalir, alirannya deras, cukup menjadi saksi penderhakaan diri angah. Pernah ibu tidak menegur angah, tidak mendodoi angah. Apa dosa angah?

“ angah, bakpe mu wak gini ke mok, cakap ckit jawab…cakap dengan mak maroh-maroh okmo..huhuhu ”.

(angah, kenapa buat ibu macam ni, cakap sikit, menjawab…cakap dengan ibu selalu marah-marah)

Tanpa disangka air mata ku mengiringi penulisan ini, ya…bahkan lebuh teruk lagi diriku ini.Ya sahabat, hargai ibu anda sahabat sekalian. Sesungguhyna mereka tiada pengganti..

Ibu, itu diri angah yang lampau, angah berjanji tidak akan mengulangi sejarah hitam itu lagi. Angah amat kagum, sikap ibu, dari kecil menjaga angah.hanya ibu sahaja mampu jaga angah. Kenapa ibu je? Telinga ini banyak sekali terdengar lambaian kisah lama.

.”angah, mung mase kecik buas ge nape, gi umah orang, abis rosak barang orang, dokleh duk diam langsung. takdok orang snggup jaga mung angah.katok orang tak yoh kabo ar…jatuh longkang. haha. kuat nangis “(angah, awak ketika kecil amat nakal, pergi rumah oranag, rosak barangan orang, tak boleh duduk diam langsung . Tiada orang sanggup menjaga angah. Pukul orang tidak perlu cakap la…jatuh longkang.haha.kuat menangis).

Tiba-tiba menerjah di fikiranku, wajarkah diriku membuka kisah ini? Hati naluri lantas menjawab, wajar.ia sebagai pengajaran.antara kedua-dua akal dan hati naluri, daku senang memilih hatiku. Secara ringkasnya, tiada orang dapat menahan karenahku, hanya ibuku sahaja. Insan yang selalu ku kurang ajar inilah yang memberiku makan dikala ku jiwa meminta, memujuk dikala ku terasa, menghiburkanku dikala bosan menjalar jiwa, memanjakan angah dikala perasaan ingin dimanja. Ibu, Teserlah sifat keibuan .Sayang sungguh ibu pada angah. Ibu sanggup berkorban apa sahaja. Takkan ku lupa jasa ibu melahirkan angah ke dunia. Ia sebuah kesakitan yang sukar dinyanyikan dengan kata-kata.

Tahukah sahabat, ibu kalian amat mulia. Ketika saat ibu mengandung. Kata doktor,Ya puan, kami ada berita buruk untuk puan. Apa dia doktor ?balas ibu.Mm..dengan serba salah doktor menjawab.“ hasil pemeriksaan kami, puan menghadapi kanser berbahya. Dalam kes ini, nyawa salah seorang akan terkorban. Samada kandungan atau puan sendiri. Kami mengsyorkan, puan pilih nyawa puan. Agak-agak apa jawapan ibu, pasti ibu akan menjawab “ tidak doktor, biarlah nyawa saya ditukar dengan gelak tangisan bayi ini. Saya dah lama hidup, biarlah dia hidup..” sahabat, naluri keibuan yang normal pasti membisik jawapan demikian. Bagi mereka hanya kandungan semata-mata hatta nyawa mereka…..

Tahukah kalian lagi, seorang anak telah mengherdik ibunya.”mak masak apa hari ni…la lauk ikan lagi. Asyik-asyik ikan je…tak nak ar makan”..tersentak hati ibunya. Airmata kian berkata-kata di muara. Terlalu deras. Namun…

”yeke anak mak, nanti mak masak lain ek..” balas ibu seolah tiada apa yang berlaku sambil menyembunyikan air matanya.”

Renungkan ya sahabat, ibunya menjaga hati anaknya, tapi pernah kah kita cuba memahaminya.

“Seringkali anak ingin ibu memahami kehendaknya, pernahkah anak cuba memahami perasaan ibunya ?“

Betapa mulia jasad bernama ibu, sanggup mendiamkan tangisan. Kerana apa? Tidak mahu anaknya tahu hatinya terluka. Itulah bisikan nurani ibu..amat mulai bukan ?

و عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جا ء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم فقال يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمكز قال ثم من قال : أمك, قال ثم من قال : أمك قال ثم من قال أبوك.متفق عليه, و فى رواية : يا رسول الله, من أحق بحسن الصحبة ؟ قال : أمكو ثم أمك, ثم أدناك أدناك.

Riwayat dari Abu Hurairah ra. Ia berkata : adalah seorang lelaki datang menghadap Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak ku berbuat baik?

Baginda SAW menjawab : Ibu kamu

Lelaki itu bertanya lagi : kemudian siapa lagi?

Baginda SAW menjawab : Ibu kamu

Lelaki itu bertanya lagi : kemudian siapa lagi ?

Baginda SAW menjawab : Ayah kamu

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam sebuah riwayat dinyatakan, lelaki itu bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak diperlakukan baik? Baginda SAW menjawab: “Ibu kamu, kemudian Ibu kamu, kemudian ayah kamu, kemudian orang yang dekat dengan kamu, kemudian orang yang dekat dengan kamu.”

Anakmu, angah.

Special for mymoms :

Rohana bt Abdullah

Rohani bt Muhamad

Masni Bt Muhamad

Karya : Angah AlManisiy, 26 February 2009, 6.34 pm.

Antara ketulusan dan kegembiraan( Honesty and Happiness)

Antara ketulusan dan kegembiraan( Honesty and Happiness)

"Terpisah jua kegembiraan dengan ketulusan
Dari ketulusan lahir kegembiraan
Kegembiraan pengzahiran ketulusan
Keduanya dari jiwa berzat insan

Bayangkan..
Jauh kegembiraan meninggalkan ketulusan
Jiwa dilanda ketandusan
Aduhai ketulusan berperang dengan terkilan
Jiwa diselami hamparan kerinduan
Sampai sekarang bagai menunggu bulan

Dahulukan Ketulusan dari kegembiraan
Kegembiraan mendahului jua bertepatan
Kerana duanya bersamaan hal keadaaan
Kezahirannya tidak, syuhudnya berenang

Bayangkan…
Sekarang hanya ketulusan
Kemana perginya kegembiraan
Cuma sejarah silam bisa memandang
Bersaksikan airmata sedu dan sedan

Tidak tergambar, keduanya dilanda perpisahan
Tidak mungkin, kerana keduanya seribu kenangan
Air mata ketelusan kekal dalam lipatan
Rajuk kegembiraan abadi dalam perasaaan
Kebahagiaan kenang-mengenang

Bayangkan..
Ketulusan terus dalam keresahan
Kegembiraan kian lama menghilang
Dahulunya kecintaan sebagai pautan
Bagai ranting memohon dahan

Hakikat kiasan…
Ketulusan dan kegembiraan
Hanya satu lafaz impian ikatan€
Kembali bersatu sifat dan harapan
Secebis harapan lafaz yang tersimpan"


Karya : Angah AlManisiy, 23 Februari 2009, 12.08 am