RSS

Friday, March 6, 2009

ٍSyurga dibawah tapak kaki ibu

Lebat hujan di perkarangan. Alangkah seronok jika waktu petang begini diisi dengan senaman, sedikit sebanyak fikiran kembali tenang. Namun apakan daya sudah tertulis dalam suratan, hujan datang sebagai keindahan alam, rahmat untuk insan.

Bukan senang bernafas dalam dunia hamba, kita harus berdepan pelbagai tipu daya. Adakalanya ia datang tanpa kita menduga.ya, lumrah alam semesta.kata orang tua.

Sabda Nabi SAW:

“Syurga itu dibawah tapak kaki ibu

Ibu, Sejak kebelangan ini, angah sering pening kepala, Ia datang kembali, singgah untuk menguji. Angah pohon doa ibu- ibu sekalian mendoakan diri ini. Moga-moga Allah SWT menetapkan hati supaya terus istaqamah dalam perjuangan mencari bunga disebalik ketajaman duri. Duri ? ya..penuh berduri.

Ibu, disaat ini, teringat daku akan sesuatu. Perlukah angah mentafsir ‘sesuatu’ itu? Memang perlu kerana ia terlalu umum untuk dikecapi. Ia sebuah kenangan ketika zaman kanak-kanak. Angah banyak berdosa, terlalu banyak dosa angah pada ibu. Seringkali air mata ibu mengalir, alirannya deras, cukup menjadi saksi penderhakaan diri angah. Pernah ibu tidak menegur angah, tidak mendodoi angah. Apa dosa angah?

“ angah, bakpe mu wak gini ke mok, cakap ckit jawab…cakap dengan mak maroh-maroh okmo..huhuhu ”.

(angah, kenapa buat ibu macam ni, cakap sikit, menjawab…cakap dengan ibu selalu marah-marah)

Tanpa disangka air mata ku mengiringi penulisan ini, ya…bahkan lebuh teruk lagi diriku ini.Ya sahabat, hargai ibu anda sahabat sekalian. Sesungguhyna mereka tiada pengganti..

Ibu, itu diri angah yang lampau, angah berjanji tidak akan mengulangi sejarah hitam itu lagi. Angah amat kagum, sikap ibu, dari kecil menjaga angah.hanya ibu sahaja mampu jaga angah. Kenapa ibu je? Telinga ini banyak sekali terdengar lambaian kisah lama.

.”angah, mung mase kecik buas ge nape, gi umah orang, abis rosak barang orang, dokleh duk diam langsung. takdok orang snggup jaga mung angah.katok orang tak yoh kabo ar…jatuh longkang. haha. kuat nangis “(angah, awak ketika kecil amat nakal, pergi rumah oranag, rosak barangan orang, tak boleh duduk diam langsung . Tiada orang sanggup menjaga angah. Pukul orang tidak perlu cakap la…jatuh longkang.haha.kuat menangis).

Tiba-tiba menerjah di fikiranku, wajarkah diriku membuka kisah ini? Hati naluri lantas menjawab, wajar.ia sebagai pengajaran.antara kedua-dua akal dan hati naluri, daku senang memilih hatiku. Secara ringkasnya, tiada orang dapat menahan karenahku, hanya ibuku sahaja. Insan yang selalu ku kurang ajar inilah yang memberiku makan dikala ku jiwa meminta, memujuk dikala ku terasa, menghiburkanku dikala bosan menjalar jiwa, memanjakan angah dikala perasaan ingin dimanja. Ibu, Teserlah sifat keibuan .Sayang sungguh ibu pada angah. Ibu sanggup berkorban apa sahaja. Takkan ku lupa jasa ibu melahirkan angah ke dunia. Ia sebuah kesakitan yang sukar dinyanyikan dengan kata-kata.

Tahukah sahabat, ibu kalian amat mulia. Ketika saat ibu mengandung. Kata doktor,Ya puan, kami ada berita buruk untuk puan. Apa dia doktor ?balas ibu.Mm..dengan serba salah doktor menjawab.“ hasil pemeriksaan kami, puan menghadapi kanser berbahya. Dalam kes ini, nyawa salah seorang akan terkorban. Samada kandungan atau puan sendiri. Kami mengsyorkan, puan pilih nyawa puan. Agak-agak apa jawapan ibu, pasti ibu akan menjawab “ tidak doktor, biarlah nyawa saya ditukar dengan gelak tangisan bayi ini. Saya dah lama hidup, biarlah dia hidup..” sahabat, naluri keibuan yang normal pasti membisik jawapan demikian. Bagi mereka hanya kandungan semata-mata hatta nyawa mereka…..

Tahukah kalian lagi, seorang anak telah mengherdik ibunya.”mak masak apa hari ni…la lauk ikan lagi. Asyik-asyik ikan je…tak nak ar makan”..tersentak hati ibunya. Airmata kian berkata-kata di muara. Terlalu deras. Namun…

”yeke anak mak, nanti mak masak lain ek..” balas ibu seolah tiada apa yang berlaku sambil menyembunyikan air matanya.”

Renungkan ya sahabat, ibunya menjaga hati anaknya, tapi pernah kah kita cuba memahaminya.

“Seringkali anak ingin ibu memahami kehendaknya, pernahkah anak cuba memahami perasaan ibunya ?“

Betapa mulia jasad bernama ibu, sanggup mendiamkan tangisan. Kerana apa? Tidak mahu anaknya tahu hatinya terluka. Itulah bisikan nurani ibu..amat mulai bukan ?

و عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جا ء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم فقال يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمكز قال ثم من قال : أمك, قال ثم من قال : أمك قال ثم من قال أبوك.متفق عليه, و فى رواية : يا رسول الله, من أحق بحسن الصحبة ؟ قال : أمكو ثم أمك, ثم أدناك أدناك.

Riwayat dari Abu Hurairah ra. Ia berkata : adalah seorang lelaki datang menghadap Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak ku berbuat baik?

Baginda SAW menjawab : Ibu kamu

Lelaki itu bertanya lagi : kemudian siapa lagi?

Baginda SAW menjawab : Ibu kamu

Lelaki itu bertanya lagi : kemudian siapa lagi ?

Baginda SAW menjawab : Ayah kamu

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam sebuah riwayat dinyatakan, lelaki itu bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak diperlakukan baik? Baginda SAW menjawab: “Ibu kamu, kemudian Ibu kamu, kemudian ayah kamu, kemudian orang yang dekat dengan kamu, kemudian orang yang dekat dengan kamu.”

Anakmu, angah.

Special for mymoms :

Rohana bt Abdullah

Rohani bt Muhamad

Masni Bt Muhamad

Karya : Angah AlManisiy, 26 February 2009, 6.34 pm.

2 comments:

  1. sahabatku,
    seperti yang pernah ana beritahu kasih seorang ibu pada anaknya memang begitu...ana beritahu seperti itu kerana pengalaman ana yang berhadapan dengan kasih seorang ibu pada anak...di depan mata ana sendiri,mungkin semua orang di sekelilingnya tidak merasai tapi ana sebagai seorang wanita amat merasai penderitaan sang ibu itu....
    sungguh menyakitkan jiwa ana,mahu sahaja ana melakukan yang tidak sepatutnya pada durjana itu tetapi ana sedar...apalah qudrat ana...biarlah dan terpulanglah,semoga Allah membalas segala perbuatannya pada sang ibu itu...semoga dia sedar dan bertaubat..itulah doa ana walaupun orang disekelilingnya amat membencinya...buat apa membenci sedangkan diri ini lebih hina,ya mungkin...
    sahabatku,
    mungkin enta tahu tentang sepupu ana yang ana jaga mereka...merekalah anak2 sang ibu tersebut...keluarga ana menjaga mereka...kerana sang ibu mempercayai kasih sang kakak padanya,dia meletakkan tanggungjawab jagaan itu pada kakaknya...
    kakaknya itulah ibu ana...

    ReplyDelete
  2. ibu,
    mudah sahaja mengejanya. hanya 3 abjad. emak, 4 abjad..mudah juga.namun,menjadi anak yang soleh, hatta memenuhi kehendak mereka yg paling mudah dirasakan sukar sekali. acap kalinya begitulah terjadi.
    e.m.a.k redhakanlah setiap pengorbananmu, setiap titis susumu, padaku. atas asbab itu, dapat ku bertatih mengenal dunia,kenal akhirat.
    salam rindu,
    sang anak.

    ReplyDelete