Hendaklah kalian menjaga lisan dari perkara-perkara berikut:
1-Menipu
Agak sukar untuk hindari ia melainkan kurangkan bicara, kerana jika terlalu banyak berkata-kata, sering terlajak dari fakta yang sebenar. Tanpa sedar, kita menipu manusia. Kata-kata kita juga sering dicemari pembohongan lantaran mahu menarik perhatian telinga pendengar. Sampai bila kita mahu demikian? Allah SWT berfirman:
فَنَجۡعَل لَّعۡنَتَ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡڪَـٰذِبِينَ
“supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Al Imran:61)
2-Menyalahi janji
Jika sekali kita menyalahi janji sebuah pertemuan atau sebarang perkara yang dijanjikan, orang akan hilang kepercayaan kepada kita. Betapa ramai manusia tidak kotakan janji tanpa sebarang alasan munasabah. Ia mencederakan hati sahabat sehingga membawa sumpah seranah. Sekiranya benar kita mengalami masalah, mesti di maklumkan agar tidak membuang masa jiwa yang berharap. Mahukah kita digelar munafiq? Nabi Muhammad SAW bersabda:
ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ فَهُوَ مُنَاِفقٌ وَإِنْ صَامَ وَ صَلَّى: مَنْ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ, وَ إِنْ وَعَدَ أَخْلَفَ, وَإِذَا اؤتُمِنَ خَانَ[1]
“Tiga ciri barangsiapa mempunyai ciri-ciri tersebut maka dia adalah munafiq meskipun dia berselawat dan bersolat. Jika mereka berkata-kata, mereka berdusta, jika berjanji mereka mungkiri, jika diberi amanah, mereka khianati”
3-Mengumpat
Mengumpat[2] ialah kalian mengatakan apa sahaja perkara yang sabit dengan seseorang, jikalau dia mendengar pasti dia akan marah. Sememangya perkara itu mesti teruk di mata pendengar kan? Ya, kerana itu dia pasti marah. Sukar untuk mengelak lisan dari tidak bicara hal orang lain jika berkumpuldengan teman-teman. Kerana itu kita disarankan kurang berjumpa orang melainkan ada urusan penting. Firman Allah SWT:
وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬
“Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al Hujurat:12)
4-Berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain
Jika kita ada sifat-sifat demikian, kita pasti di benci orang sekeliling. Punca penyakitnya, rasa diri bagus. Tidak mahu terima padangan orang lain. Asyik mahu menang sahaja bila berbicara. Biasanya, hujah kita akan penuh emosional. Kemarahan menyertai perkataan menyebabkan kita di lihat manusia yang bodoh. Cakap semberono tanpa fakta dan hiraukan perasaan orang lain.Sabda Baginda SAW:
مَنْ تَرَكَ المِرَاءَ وَهُوَ مُبْطِلٌ بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي رَبَضِ الجَنَّةِ, وَ مَنْ تَرَكَ المِرَاءَ وَهُوَ مُحِقٌّ بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي أَعْلَى الجَنَّةِ[3]
“Barangsiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan dia di pihak yang salah, Allah Taala akan membina untuknya sebuah rumah di tepi syurga. Dan barangsiapa sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia di pihak yang benar, Allah Taala akan membina untuknya sebuah rumah di tempat yang tinggi di dalam syurga.”
5-Memuji diri sendiri
Adalah amat jelek memuji diri sendiri. Apakah tiada orang sudi memuji kalian lagi sehingga terpaksa memuji diri. Kata manusia” angkat bakul sendiri”. Sepatutnya kita harus malu untuk berbuat demikian. Biarlah manusia semuanya menghina kita asalkan Allah Taala memandang mulia kepada kita. Hentikan puji memuji diri kerana sesungguhnya pujian hanya layak kepada Allah Taala. Allah SWT berfirman:
إِنَّ رَبَّكَ وَٲسِعُ ٱلۡمَغۡفِرَةِۚ هُوَ أَعۡلَمُ بِكُمۡ إِذۡ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَإِذۡ أَنتُمۡ أَجِنَّةٌ۬ فِى بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمۡۖ فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ
“Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.” (An Najm:32)
6- Mengadu domba
Mengadu domba[4] dinisbahkan kepada orang yang mengambil perkataan seseorang
mengenai orang lain yang aib, lalu kemudian menyampaikannya kembali kepada orang yang sedang dibicarakan. Mereka mengambil cerita lalu di jaja ke sana kemari. Ia bagai duri dalam daging persaudaraan Islam. Firman Allah Taala:
هَمَّازٍ۬ مَّشَّآءِۭ بِنَمِيمٍ۬
“Yang banyak mencela, yang kian ke mari
menghambur fitnah,” (Al-Qalam: 11)
7-Mendoakan kecelakaan terhadap orang lain
Sedih kita melihat lantaran perselisihan, sesama umat Islam sanggup mendoakan kecelakaan terhadap lawannya. Lebih baik di doakan agar lawannya mendapat hidayah sahaja. berhati-hatilah, mungkin sahaja doa kecelakaan itu menimpa kita kembali.
إِنَّ المَظْلُوْمَ لَيَدْعُو عَلَى ظَالِمِهِ حَتَّى يُكَافِئَهُ,ثُمَّ يَكُوْنُ لِلْظَالِمِ فَضْلٌ عِنْدَهُ يُطَالِبُهُ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ[5]
“Sesungguhnya orang yang dizalimi itu mendoakan kecelakaan ke atas orang yang menzaliminya sehingga suatu kecelakaan yang dibalakan ke atas orang zalim itu melebihi dari balasan yang patut di terimanya. Maka orang yang pada mulanya zalim tadi(telah menjadi zalim pula) lalu ia menuntut haknya pada hari kiamat nanti ke atas orang yang kena zalim yang mendoakan kecelakaan ke atasnya”
8-Mengejek orang lain
Sekarang ejekan adalah satu gurauan, kerana hati tidak sensitif, tiada di sedar ada hati yang terluka. Pelbagai ejekan direka untuk semarakkan suasana. Tanya diri kita,adakah kita gemar untuk diejek, adakah kita tersenyum tatkala kita di panggil dengan nama yang teruk? Pasti tidak jika kalian berakal lagi punya perasaan. Apa yang dirasai juga dirasai oleh orang lain. Oleh itu jangan kita sesekali melakukannya, kerana pasti kita akan di balas hal yang sama juga. Firman Allah Taala:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”. (Al Hujurat:11)
9-Bercakap benda tidak bermanfaat
Mulut kita memang sering terlajak mengujarkan perkara sia-sia. Hendaklah kita tahu, kita sebenarnya dalam kerugian. Betapa ramai manusia mengabaikan nikmat lisan untuk berzikir, bertasbih lagi bertahmid kepadaNya. Adakah kalian ingat selembut lidah ini tidak di soal meskipun satu huruf cuma?
Abu hurairah meriwayatkan bahawa Baginda SAW bersabda:
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليصمت[6]
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaknya mengucapkan perkataan yang baik atau diam”
10- Membuka keaiban orang
Bercakap perihal orang biasanya sudah menjadi mukadimah perbualan. Telingan asyik sahaja menadah, lisan gemar menambah. Akibatnya cerita yang jujur menjadi dusta, khabar yang benar dicampuri ejekan. Adakah kita suka, hal keaiban kita di war-warkan? Kita tidak mahu ia sesekali kerana mungkin peribadi kita jauh lebih teruk dari mereka.
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (An Nur:19)
[1] (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi)
[2] Ketahuilah bahawa Para ulama menyebut perbuatan mengumpat itu hanya di haruskan dalam enam keadaan:
1- Apabila di aniayai iaitu orang yang di aniyai itu mengadu kepada hakim supaya di adili dengan mengatakan si polan itu telah menganiayaiku
2- Meminta pertolongan atau bantuan untuk menghapuskan kemungkaran seperti berkata kepada orang yang berkuasa menghapuskan kemungkaran itu bahawa si polan melakukan begini dan tolonglah menegahnya dari berbuat demikian, dengan syarat tujuannya ialah untuk menghapuskan kemungkaran itu. Jika tidak bertujuan demikian, maka perbuatannya haram
3- Meminta fatwa daripada mufti seperti mengatakan kepadanya bahwa si polan itu melakukan kezaliamn ke atasku begini, apakah hukumnya? Dan apakah jalan untuk mengelak daripadanya?
4- Menakut-nakutkan orang yang mahu bersahabat dengan orang fasiq atau orang zalim dengan berkata kepadanya: jangan berkawan dengan si polan kerana ia seorang fasiq atau zalim atau kelakuannya maat jahat
5- Kerana mahu memberitahu ornag yang tidak kenal melainkan menyebut tandanya atau aibnya seperti mengatakan si polan yang buta itu atau yang sopak atau yang tempang atau yang dekol atau yang rumahnya sangat buruk atau sebagainya dengan syarat berniat untuk memberitahu bukan berniat menghina atau merendah-rendahkannya yang mana ia adalah haram
6- Orang yang secara terang-terangan melakukan perkara fasiq seperti memperlihatkan dirinya minum arak, mencuri, berzina, mengambil cukai haram, dan sebagainya, maka haruslah di sebutkan perkara fasiq itu kepadanya tanpa lain-lain perkara yang mengaibkan
Diantara yang meriwayatkan seperti apa yang telah kami sebutkan adalah Abu Hamid Al-Gazali dalam bukunya Al-Ihya, demikian juga para ulama lainnya. Dalil diperbolehkannya ghibah dapat ditemukan dalam hadits shahih yang masyhur. Lebih lanjut, terpadat ijma para ulama mengenai bolehnya ghibah dalam enam kategori tersebut. Diriwayatkan dalam shahih Al-Bukhari dan Muslim bahwa Aisyah radhiallahu anha berkata: “Seorang lelaki memohon izin Nabi untuk masuk, maka Baginda SAW bersabda:
أئذنوا له بئس أخو العشيرة
“Izinkan dia! Dia adalah sejelek-jelek saudara dari kabilah itu(riwayat Bukhari dan Muslim)”
Imam Bukhari menggunakan hadits ini sebagai dalil untuk bolehnya mengghibahii orang-orang yang suka berbuat kerusakan dan menimbulkan kegelisahan.
[3] Dikeluarkan oleh Imam Tirmidzi(1994) dari Anas r.a dengan lafaz:
من ترك الكذب وهو باطل بني له في ربض الجنة, ومن ترك المراء وهو محق, بني له في وسطها, ومن حسب خلقه, بني له في أعلاها
Dikeluarkan oleh Imam Abu Daud(4800) dengan sanad hasan dari Abi Umamah dengan lafaz
أنا زعيم ببيت في ربض الجنة لمن ترك المراء, وإن كان محقا, وببيت في وسط الجنة لمن ترك الكذب, وإن كان مازحا, و ببيت في أعلى الجنة لمن حسن خلقه
[4] Selanjutnya, Baginda SAW pernah bersabda:
لا يدخل الجنة نمام
“Tidak masuk surga orang yang suka mengadu domba.”(riwayat Bukhari dan Muslim)
[6] Shahih, HR Bukhari (11/308 dalam Al-Fath), dan Muslim (47), Hadits ini, yang telah disepakati keshahihannya, adalah sebuah dalil yang jelas bahwa seseorang tidak boleh berbicara, kecuali pembicaraannya baik, dan bahwa pembicaraan tersebut mengandung hal yang bermanfaat. Maka jika seseorang ragu-ragu apakah suatu pembicaraan mengandung manfaat atau tidak, maka janganlah berbicara.