"Salam. Nabil sahabat yang kita cintai kerana Allah SWT telah kembali ke Rahmatullah. Minta sahabat hadiahkan al fatihah(7x) dan al-ikhlas(11x).Semoga roh allayarham ditempatkan dikalangan auliya dan solehin."
8 Julai 2009 5.47 pm
Arwah merupakan pelajar Pusat Asasi Sains Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah telah dijemput Ilahi setelah hampir sebulan berperang dengan penyakit misteri..
Daku kehilangan kata-kata sebaik menatapi pesanan ringkas dari seorang sahabat. Ya Allah, dia sudah pergi...meskipun perkenalan dengan dia amat singkat namun ia tetap meninggalkan kesan kepada jiwaku..
Bagiku, dia tetap termasuk dalam satu riwayat bahasa..'jauh di mata tapi dekat di hati'
Ya diriku, di depan kamu kematian disana sini. Ia sentiasa melintasi kamu. Namun masih belum mengenai kamu. Sekarang sahabat kamu..dia pergi tidak akan kembali lagi.
Aku ingin beritahu kamu bahawa arwah amat bahagia disana..kamu yang hidup ini bagaimana? Adakah kamu mengambil iktibar?
Kasih SayangNya telah menghadiahkan arwah episod kesakitan sebelum kematian.. penderitaan tersebut membawa arwah sentiasa dalam ingatan, rindu kepada Allah SWT. Sentiasa beliau bertasbih, berdoa, serta melazimi dalam ibadah sebagai peneman..sebagai motivasi ketika 'peperangan'…
Lalu dia pergi dengan perjalanan yang cukup indah . ya diriku, tidak semua yang bernyawa bisa mengecapi hal demikian. bagaimana agak-agak keadaan kamu jika nyawa kamu ditarik serta-merta..sudahlah penuh dengan dosa..hati pula tidak pernah mencari ruang untuk mengingatiNya.
Ketahuilah kamu, dikalangan kamu terbahagi kepada empat golongan..
Ada yang Islam ketika hidup tapi kafir ketika mati
Ada yang Kafir ketika hidup tapi Beriman ketika mati
Ada yang kafir ketika hidup dan juga kafir ketika mati
Ada yang Beriman ketika hidup dan juga beriman ketika mati
Dimana kamu? Mungkin sekarang kamu beriman tapi adakah pasti mati kamu dalam beriman jua?..
Semua sahabat dan kamu sendiri meratapi kesedihan..ingin ku tegaskan duhai sahabat.
Israil makin menghampiri kamu..Cuma kamu yang terlalai..masih panjang angan-angan..sedarlah, bagaimana kamu terlalu terleka? Adakah kamu pasti esok masih ada untuk kamu…???
Pemergian beliau suatu iktibar bagi kamu..dia bahagia sedangkan kamu masih dalam belenggu dunia. Dia mengingatkan kamu bahawa kematian tidak mengenal usia..ia tanpa di sangka-sangka.
Cuba kamu lihat di jendela, Israil sudah luar perkarangan rumah kamu..bersediakah kamu?? Tepuk dada tak usah bertanya kerana Ia amat hampir..pandanglah kamu..mungkin kata-kata ini benar semuanya…apa yang ku mampu katakan..moga-moga Allah menerima kamu sebgai hambaNya lalu dimasukkan ke dalam syurga…amin.
salam
ReplyDeletetersentuh hati ana..
moga ALLAh sentiasa tetapkan hati kita dijalanNYA..
sama2 lah kita berusaha untuk husnul khotimah..