Salam kemaafan kepada para pembaca sekelian. Pertama sekali ucapan jutaan terima kasih kerana sentiasa mendoakan ana dan memberi sokongan kepada ana untuk aktif menulis kembali. Sebenarnya kehilangan ana “seketika” bukan lah kerana konspirasi atau tekanan atau sebagainya. Ia tidak lain tidak bukan kerana kesibukan menumpukan kepada pengajian talaqqi kitab dan bidang terjemahan membataskan masa ana. Ana hanya ada satu tangan untuk menulis. Penulisan untuk blog atau penyalinan kefahaman di kitab muktabar. Ana wajib memilih kepada pengajian ilmu kerana ana adalah pelajar agama. Langkahan untuk menjadi orang berilmu wajib di utamakan.
Dalam tempoh kehilangan ini juga, ana telah menerima banyak pesanan ringkas dari teman..”kenapa tak update blog”..
Sukar untuk menjawab tapi senang untuk menuturkan.” Busy”. Jawapan ini rasanya sudah cukup memecah benteng persoalan dan keraguan sahabat sekelian.
Insya Allah ana kembali ke medan ini. Dengan penyusunan jadual hidup yang bersistematik, rasanya sempat untuk mencuri sedikit masa terluang untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca yang dihormati sekelian…sekian
No comments:
Post a Comment