RSS

Monday, March 8, 2010

Muslimah Oki Setiana Dewi




"Saya, dia dan Allah SWT. Diantara kami harus ada kecintaan terhadap Allah yang diutamakan, agar kehidupan kami senantiasa dalam ridho dan bimbinganNya,"


Jawapan Oki Setiana Dewi (bintang filem Ketika Cinta Bertasbih) ketika di tanyakan tentang percintaan. Gadis kacukan Jawa-Palembang, yang dilahirkan di Batam, 13 Januari 1989 ternyata mengimpikan cinta tiga segi. Iaitu Allah, suami dan dirinya.


Penulis mengharapkan Oki terus mempertahankan imejnya sebagai wanita muslimah di selari dengan akhlak mulia. Saya sesekali tidak mahu pelakon hipokrit. Alim di dalam filem tetapi munafiq di kehidupan sebenar. Sesungguhya mereka langsung tidak boleh di jadikan ikon.


Mahasiswi Sastera Belanda di Universitas Indonesia ini di harapkan menjadi ikon yang bisa memberi contoh kepada muda-mudi khususnya. Cantik, berpendidikan dan beragama.


Sesiapa melihatnya, pasti merasai kesejukan di mata. Cita-citanya untuk menyampaikan mesej Islam di filem sudah Berjaya.


Sememangnya filem KCB memberi impak yang sangat positif kepada para belia. Moga-moga Oki terus dengan imej muslimah sekaligus mempengaruhi golongan wanita menjadi sepertinya.


p/s: ade ke pelakon malaysia seperti oki??

4 comments:

  1. sekarang trend terbaru..berlaku berlakon dengan menutup aurat....tetapi diluar lakonan buka aurat...dalam lakonan tutup aurat - kelihatan cantik,menawan,ayu,lembut aje gadis2 itu....ALANGKAH SERONOKNYA JIKA MEREKA SEMUA MENGAMALKAN DILUAR LAKONAN..TENTU CANTIK DAN INDAH AKAN PAKAIAN ISLAM ITU....

    catatanhamba.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. itulah yang sukar dicari..siapa ya artis malaysia yg mcm oki tu...kalau la ada...

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..wardina boley dijadikan contoh...

    ReplyDelete
  4. hati, tiada siapa yang mampu menduga.
    suburkan ia..gemburkan ia bajai ia sirami ia..mekarlah ia..

    ReplyDelete