RSS

Monday, October 25, 2010

Siapakah Mursyid?

Di dalam buku liku-liku jalan ketuhanan, karangan Abu hubaib As Syathariy. Pengarang menggariskan lapan ciri ringkas mursyid. Ia merangkumi:

1- Mempunyai ilmu yang melepaskan diri dan muridnya iaitu fardhu ain bagi mengesahkan ibadah

2-Menunaikan kewajipan yang difardhukan ke atasnya dan meninggalkan perkara yang diharamkan

3- Kurang cenderung kepada dunia, kerana guru yang masih kuat kecintaan kepada dunia seperti suka di sanjung, dikenali, cinta kepada kemewahan boleh membahayakan hati murid. Pendidikannya juga di ragui kerana dibimbangi peningkatan maqam pada muridnya dalam perjalanan tariqah di buat kerana guru mempunyai kepentingan tertentu. Ini amat bahaya kepada murid kerana boleh menyebabkan mereka angkuh, ilmu secara istidraj dari Tuhan dan boleh membahayakan dirinya pada ilmu ini. Hal ini banyak berlaku pada ahli tarekah sehingga di lihat kedudukan dan maqam mereka dalam ilmu tarekah tinggi akan tetapi akhlak, ilmu dan ubudiyyah mereka amat rendah malah nafsu mereka pun mereka tidak kenal, ini disebabkan mereka tidak di didik oleh guru yang ikhlas.

4- Benar salasilahnya kerana salasilah[1] adalah perkara yang penting. Tanpa salasilah yang benar, ziir yang di amalkan tidak mempunyai kekuatan untuk membuka hijab atau mencapai kasyaf dengan Allah SWT. Salasilah adalah sumber barakah untu mendapat warid atau jazbah.

5- Masyhur di kalangan mereka atau rakan seperjuangan. Ini penting kerana ramai guru yang mempunyai kepentingan dunia melakukan pelbagai dakwaan apabila syeikh mereka meninggal dunia. Mereka memberitahu murid-murid lain bahawa dia adalah murid kesayangan guru, orang kanan, pengganti guru dan dia paling tinggi maqam kerohanian. Malahan bukui ijazah yang hanya boleh disahkan guru, boleh direka-reka.

6- Tariqah yang di amalkannya adalah tarekah muktabar dengan kafiat yang betul. Jika ada bersalahan, ia bukan masalah dasar tetapi masalah rating sahaja.

7- Tiada pendakwaan ke atas diri sendiri dan tidak memperlihatkan kehebatan dirinya seperti mengaku wali, wakil al mahdi dan sebagainya

8- Ramai di kalangan muridnya merasai kemanisan jwa dengan zikir dan makrifah.

Tanda-tanda Mursyid

Al Allamah Syeikh Abd Qadir Bin Isa berkata, tanda-tanda mursyid ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya:

1- "Apabila kamu bersamanya atau dalam majlisnya, terasa degupan jantung keimanan dan haruman rohani.

2- Kamu dapat melihat bahawa terdapat gambaran keimanan, keikhlasan, ketaqwaan serta tawadhu’ pada kehidupan ikhwan dan anak muridnya."

(Haqaiq An Tasauf: Syeikh Abd Qadir Isa, m/s 71)

Ketahuilah sahabat, sesungguhnya mursyid yang terbaik ialah dia menjadi seorang ayah dalam mentarbiyah, berwatak guru ketika menghukum dan bagaikan sahabat karib ketika murid memerlukan.


[1] Salasilah ialah sanad yang bersambung secara berterusan dari guru dan gurunya menerima dari gurunya. Demikianlah seterusnya hingga kepada Nabi Muhamad SAW. Kaedah ini sama sebagaimana method ulama hadis memindahkan hadis-hadis Rasulullah SAW menggunakan sanad, daripada seorang perawi kepada perawi lan sehingga sampai kepada Rasulullah SAW. Disiplin ilmu berasaskan sanad sebagai satu asas menjaga sunnah nabawi dari penyelewengan. Oleh itu, benar perkataan ibn Mubarak: “sanad itu sebahagian dari agama, tanpa sanad nescaya manusia bebas berkata apa sahaja yang di ingini.

2 comments:

  1. Jika demikianlah, orang itu Mursyid, siapakah pula Mursyid kepada Muhammad Rasulullah?

    Tiadalah muhammad berkata melainkan wahyu yang di wahyukan belaka?!

    jika manusia lah Mursyid, kenpa Khadijah bertanyakan kepada pendita yahudi?

    Siapakah pula Mursyid Khidir? Mursyid Musa a.s?

    sesiapa yang menolong Allah, Allah akan meneguhkan kedudukannya di bumi, subhanallah

    ReplyDelete
  2. Sebenar2 mursyid adalah Allah jua adanya....La sautin walla harfun... Tidak berhuruf dan tidak bersuara...
    Allah jualah yg memimpin tiap diri manusia dan seluruh kejadian dan ciptaan...hakikatnya perhalusi lah Kalimah Syahadah...Tiada lain yg wujud selain Allah..hal ini perlu di perhalusi dan dibimbing...maaf andai silap kata, sila abaikan...dan hati- hati dlm perjalanan kehidupan.sekian wassalam.

    ReplyDelete