Ingatan kepada Allah tidak semudah yang disangka. Apatah lagi melafazkan kalimah ketauhidan. Wahai diri…kepayahan kepada kamu jika kamu mengabdikan kepada maksiat, cinta dunia dan langsung tidak pernah bersedia untuk menemui Allah. Adakah kau fikir kamu akan hidup selamanya. Dalam desakan dan kegawatan sakaratul maut, hati kamu masih mejalar kepada harta, anak isteri, barangan dunia, dan cita-cita yang belum tercapai..Nah, nampaknya sayitan telah berjaya mengaburkan jiwa kamu dari hakikat kematian yang sebenarnya…
Firman Allah SWT:
يأيها الذين ءامنواْ لا تلهكم أموالكم و لآأولدكم عن ذكر الله و من يغعل ذلك فأوْلئك هم الخسرون
“Wahai orang-orang beriman, janganlah harta-harta kamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”.( al Munafiqun : 9 )
“Kematian adalah peringatan yang diam”
Ia tidak bersuara, ia bisa difahami di akal bahawa kita akan pergi jua…adakah kita masih tidak memahami..? daku menulis dari hati yang terguris…hati yang amat kecewa kerana aku tidak menganggap ia sebahagian hidupku..aku kesal..maka hiduplah aku bagai tulisan yang tidak bernoktah. Imanku hampa, ibadah pura-pura…aku tidak mahu sahabat tercinta menjadi seperti langkah ku..
Sufyan at Thauriy rhm berkata:
“Aku tidak takut bertemu dengan Allah walaupun membawa dosa yang banyak. Tapi aku paling takut bila Allah mencabut imanku ketika mati”
Untuk menghadapi kematian yang misteri saat dan waktunya. Seharusnya kita perlu banyak berzikir, ingat kepada Allah. Sekiranya hati sudah terbiasa dengan ingatan kepada Allah sehinggakan sebati di setiap denyutan jantung , ketika itu jika ajal kamu tiba, Insya Allah kamu mati dalam ingat kepada Allah maka Kematian kamu dalam Husnul khatimah..bukan kah itu impian kamu…?
Duhai sahabat, pandang hati kamu, pejamkan mata kamu sebentar…lontarkan di bisikan jiwa kamu..ALLAH…ALLAH…ALLAH…ALLAH….. bayangkan saat lidah kamu sudah kelu untuk berkata, bacaan surah Yasin dalam satu nada, kain kapan sudah di hadapan muka..Agak-agak apakah kesudahan lafaz kata-kata kamu?...
Ekoran hal demikian, lakukan apa sahaja yang boleh melatih kita untuk ingat kepada Allah, samada dengan berwirid, membaca Al-Quran, ibadah di kala malam, memerhati kejadian Alam dan sebagainya. Yang paling penting ingat lah kamu akan ia…siapa? Kematian..Fikirkan sejenak sahabat, aku akan mati..pasti jua..aku akan mati..aku akan tinggalkan segala-galanya.I will leave everything. Fikirkan sahabat..sebelum tidur kamu..Pasti akan datang di muara hati kamu, pertanyaan..bersediakah aku…?
Ayuh, berlatihlah mengingati Allah sekarang mulai sekarang…sekarang..demi keselamatan kita ketika menghadapi saat nyawa melayang, alam kubur dan alam
Muaz bin jabal meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat berbanding zikrullah(mengingati Allah)”
Sudah lumrah alam
Ia Sebuah peringatan
Bahkan teman yang sering di lupakan
Kematian
Tiada siapa berani menjemputmu datang
Kamu tetamu yang tak diundang
Masa tidak bisa menjadi sekatan
Bagi insan kamu adalah igauan
Ya Allah
Ibadah ku kurang
Bukan aku tidak berkeinginan
Nafsu telah mejadi pahlwan
Akal ku tewas iman terkorban
Kematian,
Mungkin lambat lagi datang
Mungkin selepas sesaat sudah terpejam
Tiada pengetahuan pada fikiran
Tapi hati seperti binatang
Tidak mahu mengambil pengajaran
Salam..
ReplyDeleteHmm.. Tiap yg bernyawa itu pasti mati.. bila sebut pasti maka ianya wajib.. Rasulullah di beri pilihan sebelum wafat.. Hidup atau mati.. Rasulullah memilih mati untuk bertemu dengan ALLAH.. Mati satu Hukum.. Bergembirala untuk mengadap ALLAH.. InsyaALLAH~ Moga2 kita diberi kekuatan untuk menjadi hamba yg taat dan patuh padaNya..~
p/s:Mohon pertanyaan.. Boleh x sy nak jalan2 kat pondok pulau manis? tp sy tak tau lokasi.. sy juga berhajat nak jumpa tuan guru ibrahim.. Guru sy ni khabarnya rakan seperguruan guru ibrahim dan sama belajar dulu.. Nama guru sy tu dirahsiakan sebab itu kehendak dia.. Ada no phone x? Kalau ada leh send no phone kat Http://halaqah.net kepada nickname assiddiq. Mohon sangat2.. Sy duk bukit payong terengganu~