أَمِنْ تَذَكُّرِ جِيرَانٍ بِذِى سَلَمِ مَزَجْتَ دَمْعًا جَرَى مِنْ مُقْلَةٍ بِدَمِ
“Adakah di sebabkan ingatan kamu akan jiran yang berada di dzi salam
Sehinggakan kamu telah mencampurkan air mata yang mengalir dari kelopak mata dengan darah”
Berkata Guru:
“Duhai anakku, Mukadimah tersebut mempaparkan dialog antara diri dengan jiwanya. Kedua-duanya merupakan watak dalam penceritaan. Tidak lah orang bertanya dan yang ditanya itu melainkan orang yang sama iaitu Al Imam Al Bushiri r.a. Beliau telah menggambarkan kemuncak kerinduan dan kecintaannya berteraskan kaedah soalan dan jawapan seakan-akan dua sahabat sedang rancak berbicara. Lantas penantian membelenggu jiwa pendengar, adakah syair seterusnya menjawab persoalan atau berterusan melemparkan kemusykilan.” Keluh si anak murid:
“Guruku, apakah maksud disebaliknya, anakmu pohon keterangan.
Lalu guru membalas:
“Duhai permata hatiku, seolah-olah sukar dibendung lagi, air mata mengalir deras membasahi halaman wajah, sehinggakan terzahir darah lantaran kekeringan. Ini bukan lagi kesedihan bahkan rintihan. Ketahuilah jiran disini membawa pengertian kekasih manakala Dzi salam merujuk suatu tempat di Madinah Al Munawarah. Melihat keadaan ‘sahabat’ yang di rundung kesedihan, maka dia bertanya untuk mendapatkan kepastian. “apakah benar sangkaanku bahawa temanku ini mengingati seseorang?.
Anakku, ayuh perhatikan bait seterusnya…”
أَمْ هَبَّتِ الرِيحُ مِنْ تِلْقَاءِ كاَظِمَةٍ وَ أَوْ مَضَ البَرْقُ فيِ الظُلْمَاءِ مِنْ إِضَمِ
Atau kerana tiupan angin dari arah Kazimah, ataupun kilauan kilat pada kegelapan dari Idom.
Guru: “Duhai anakku, adakah kalian menyangka di
Lalu jawab si murid, ” Tidak guruku bahkan terus di hujani pertanyaan”.
Dengan lembut guru memandang sambil menyambung:
“Benar, dek kerana keengganan dia menjawab soalan, apalagi pilihan sahabat yang ada melainkan terus bertanya dengan harapan kegusaran terlerai. Anakku, apa yang kalian faham dari tiupan angin dan kilauan kilat?”
Si murid, ” Tidak lah kami melainkan berhajat cahaya petunjuk guru”
Guru menjawab: “Apakah perasaan kalian sekiranya tiupan angin muncul dari arah rumah kekasih kalian? Sudah pasti Gementar jiwa kalian terhambat ingatan kepada insan tercinta. Ketahuilah kalian, Kazimah ialah sebuah kawasan di Madinah al Munawarah. Hembusan angin seperti berbahasa menyeru kalian, kemari cintaku..kemari mata airku. Lonjakan kerinduan menghambat keresahan.
Bak kata si pujangga
“ aku merentasi rumah kekasih sambil ku lihat angin membelai kediamanya. Kerinduan menyelubungiku. Bukan kerana kesejukan angina bahkan kerana keindahan kekasih”
Penyair menggunakan angin sebagai fatamorgana dalam menyampaikan kerinduannya. Maksud yang jelas, betapa hebat kerinduan sehingga hembusan angin dari kediaman kekasih sudah memadai membakar keasyikan dan kecintaan kepadanya, apa pendapat kalian jika kekasih hadir di hadapan, seolah-olah dia akan menggantikan sinaran bulan dalam kegelapan”.
Jawab si murid, “amat sukar bagi diriku menyelami seni cinta dan rindu kerana ia melibatkan antara kekasih dari kekasih.
Benar.jawab guru, ” selanjutnya kita beralih kepada kilauan kilat. Sebagaimana semarak rindu mengalir deras ketika buaian angin, begitu jua perasaan demikian berkecamuk dalam jiwa sebaik sahaja kilat berkilauan Ia bagaikan banjir yang tak dapat di halang lagi. Daku pasti dalam kerisauan andainya ku lihat kilat dari rumah kekasihku.
Lalu si muri bertanya, ”apakah yang tersirat dari kerisauan tersebut guruku?”
“Anakku, sambaran kilat mengundang satu persoalan? Bagaimakah keselamatan kekasihku, setiap detik di hantui kebimbangan adakah kilat menyambar dirinya? Dari jauh hanya ku pohon kilat demikian tidak membunuh. Ini kerana bila dirinya sudah tiada, baki cinta yang ditinggalkan akan membunuhku.
Si murid berkata, “Sangat cantik suasana rindu bila di terjemahkan dalam angin dan kilat. Rindu membakar tatkala hembusan angin dan kerisauan terbit bila kilat berkilau. Ia berlaku dari arah yang sama iaitu idom? seingat kami, guru belum menyentuh perihal idom.
Sungguh sekali anakku. Seperti kazimah, Idom juga merupakan sebuah kawasan di Madinah Al Munawarah. kenapa di
Siapa gerangan si dia duhai guruku? Si murid bertanya.
Sambil tersenyum guru menjawab, “kalian akan memahami jua nanti.”