“Minta tolong anta bawa kan kitab syarah burdah al bushiri boleh?”.Itulah rangkap terakhir dari insan yang kini sudah tiada di alam kasar kita, iaitu Ustaz Amirul Aqiqi b Abdullah. Beliau yang berasal dari sarawak telah menemui ajal di kala subuh hari hari Ahad, 4 hb Oktober 2009 di Ribath Pulau Manis. Dilahirkan sebagai penganut kristian, melalui kesukaran hidup yang penuh ranjau akhirnya membawa beliau merantau ke Selangor mencari sesuap rezeki. Tanpa siapa menduga beliau tertarik dengan keindahan Islam sehingga memeluk Islam kemudian menukar namanya dari Mili kepada Amirul. Dari detik ini, bermula lah segala-galanya…..
Bagaikan senipis kulit bawang, begitulah perasaan amirul tatkala memikirkan ilmu agamanya yang sedikit. Kemuncak dari fiikirranya,
beliau membulat kan hati bermusafir ke Madrasah Dinyyah al Bakriah atau lebih di kenali Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan Darul Naim. Dalam tempoh demikian, kakinya tidak pernah menjejakkan kaki ke halamannya, Sarawak. Usah bicara tentang kerinduan, kerana ia semestinya membara…akan tetapi ia harus di lawan demi tuntutan ilmu. Mampukah kita?
Daku mengenalinya seorang yang amat pendiam, tidak berbicara melainkan hal yang penting. Selain itu, beliau amat menyangi mursyid beliau, Tokku Ibrahim Muhammad. Tidak hairanlah cita-citanya, ingin berkhidmat kepada mursyid beliau semata-mata. Dengan berkat kesungguhan beliau, akhirnya beliau menjadi kepala telaah dan sudah mengajar di kelompok kecil di pondok. Bagi sesetengah pelajar, tempoh 6 tahun belum memadai untuk menguasai keilmuan islam..apatahlagi beliau bermula dengan kosong di tambah lagi kedhaifan dalam memahami loghat kelantan.
Dalam proses pencarian ilmu zahir, beliau terasa sesuatu yang kosong di hatinya. Keluhan tersebut membawa beliau mencari guru sufi untuk mentarbiyah jiwanya dengan pancaran kerohanian dan zikir.
Ribath pulau manis menjadi saksi perhubungan kasih antara guru dan murid. Ikatan kerohanian beliau dengan mursyid beliau, Tokku seaakan ayah dan anak. Di bawah asuhan tokku, beliau di didik dan di suluk kan dengan adab kesufian baik dai segi zahir dan batin, di samping tenggelam dalam kecintaan Allah dan Rasul. Beliau merupakan harapan menjadi pejuang kesufian.
Jika kalian mahu tahu, tokku berhasrat menghantar amirul menyambung pengajian nya di Yaman. Perbincangan selesai kata sepakat sudah ternoktah. Amirul di jangka akan pergi ke K.Lumpur pada 5hb, untuk menghadiri temuduga. Dalam kealpaan kita merancang, Allah sudah menyusun jalan terbaik untuk hambaNya. Tiada siapa menduga, di pagi subuh nyawa beliau diambil oleh Allah SWT tatkala tidur… sehari sebelum tarikh beliau berangkat…
Amirul yang tidak mengalami apa jua penyakit pergi dengan tenang. Punca kematian hanya diklasifikasikan sebagai ajal.
Jasad yang kosong tanpa jiwanya lagi tetap kelihatan seperti manusia bahkan tenang bercahaya. Cemburu daku kenangkan, masakan tidak, jika kalian tahu, pasti kalian rasakan demikian juga. Dia baru sahaja kembali dari suluk pada Ramadhan baru-baru ini. Suluk merupakan latihan zikir berterusan di bawah bimbingan mursyidnya. Kesan suluk masih tampak pada dirinya dan perjalanan barzakh beliau dengan hati yang sudah asyik dengan Allah. Bagi beliau, kematian saat di nantikan, kerana kerinduan kepada kekasih sudah kian memuncak. Tidak mampu di bendung lagi.
Jika daku di tarik nyawa, nescaya daku akan cuba melawan, mana tahu tangan daku bisa mengalahkan takdir. Ya Allah, daku tahu itu mustahil…mustahil sama sekali. Daku di cemari ribuan dosa, mana sanggup mata maksiat ini berdepan dengan Mu Ya Allah, tangan noda ini untuk menggapai rahmatMu Ya Ar Rahman..Moga-moga dosaku di ampunkan dengan berkah doa pembaca sekalian.amin..
Secara ringkas dapat ku coretkan buat tatapan pembaca sekalian. Dengan linangan air mata daku berpesan..untuk diri sendiri terutamanya bahawasanya kematian sentiasa mengejar kita, pantas sangat kah langkahan kita untuk larikan diri darinya…ketahuilah kita tidak dapat mengelak. Oleh hal demikian,
hanya ada satu pilihan, iaitu bersedia sentiasa berdepan dengannya. Meskipun ia tetamu tidak di undang, namun tetamu sebegini lah akan meniggalkan kesan mendalam.Daku berdoa moga-moga rohnya di tempatkan bersama orang beriman.amin. Al Fatihah.
al-fatihah..
ReplyDeletemoga roh Allahyarham amirul dicucuri rahmat...
Al-Fatihah..Moga2 Almarhum ditempatkan di kalangan orang2 yg mulia...mendengar kisah hidupnya..Satu perjalanan hidup yang bermula dgn kepahitan namun berakhir dgn keindahan...terasa hina pula diri ini bila mendengar keindahan kisah hidupnya..
ReplyDeleteal-fatihah..moga2 beliau di tempatkan diklangan org2 yg beriman..aminnn..
ReplyDeleteterkedu. hanya mampu membaca, terfikir diri sendiri yg akn juga kesana. bekalannya?
ReplyDelete