Apakah makna undang-undang ahli keluarga? Ia ialah satu manifestasi undang-undang agar keperluan ahli keluarga terpelihara. Dalam aplikasi kepada sebuah Negara, ekonomi merupakan satu pengurusan kewangan agar semua lapisan masyarakat mendapat manfaat.
Sedih kita melihat gelagat pimpinan sekarang. Mereka beraksi bagai lakonan mereka untuk di filemkan walhal segala perbuatan pancaindera mereka akan di soal di akhirat kelak. “bagaimana rakyat kamu”. Tulisan ini tidak di pengaruhi sentiment kepartian. Sekadar melepaskan keringat di helaian kertas. Peluh sudah letih mengungkap keluhan. Air mata hampir kehabisan. Rakyat semua merintih tetapi segan untuk bertindak, malu-malu kucing untuk menyuarakan pandangan.
Mereka di atas bukan mengamalkan oikosnomos akan tetapi ecoboros. Dasar ekonomi ekonomi berasaskan keborosan. Boros berbelanja tanpa menoleh ke belakang. Bagai hujan deras mengalir, begitulah deras keluarnya khazanah kekayaan Negara ke poket-poket diri dan kroni. Rakyat menjadi mangsa rasuah. Mereka terus boros sambil menipu minda rakyat dengan berita kenaikan KNDK, penyelarasan subsidi, bermain dengan angka-angka tanpa rakyat di dedahkan bagaimana mekanisme pengiraan di buat.
Namun demikian, di kala nestapa, sesetengah minda tetap takut untuk merubah. Sentiment “hanya kerajaan memberikan pembangunan” terus teresap jauh di urat saraf. Keteguhan keyakinan kepada kerajaan tidak bergoncang meskipun air mata katakan “tidak”..”tidak”. walau teruk tindakan kerajaan yang di ambil, hati masih bersangka baik. Entahla…
Kita tidak bersetuju dengan sesetengah tindakan permerintah bukan bermakna kita bermusuh. Kita tidak mahu melawan api dengan api. Kita hanya sediakan air. Akan tetapi kita tetap berbalah. Ia bukan kerana kita menjadi api, tetapi media-media secara halus melancarkan propanganda pecah belah. Istilah pembangkang terus di canang walhal dalam demokrasi pihak di sana sebenarnya penasihat. Sama-sama berganding bahu menuju Malaysia maju dunia dan akhirat.
Penulis tidak di nafikan pihak di sana juga punyai kelemahan. Nama pun manusia. Kita pun memang tak boleh calonkan malaikat. Kelemahan yang ada juga banyak namun tidak sesesesebanyak pihak di pemerintah. Para pembaca mesti tertanya-tanya kenapa penulis menulis secara berkias tanpa menyatakan siapakah “pihak”. Biarkan fikiran pembaca sendiri menjawab. Sebenarnya jawapannya sudah terang lagi bersuluh. Betul tak?
Penulis tidak mahu medan penulisan alam maya menjadi tempat makin hamun. Penulis mengidamkan perpaduan tetapi bukan atas dasar kebangsaan tetapi atas akidah islamiah. Sesungguhnya ia lebih universal. Jika akidah menjadi tunjang, kita mempunyai gerakan seramai 1.3 bilion. Sekiranya atas nama melayu, kita hanya ada 21 juta. Terlalu sedikit memadang musuh kita tak terkira ramainya. Allahu akbar.
Angin pada malam ini seolah-olah mengisyaratkan sesuatu. Kencang bagai memendam kemarahan. Siapa tahu, angin ini akan menusup sanubari rakyat menerajui perubahan. Pokok sekitar putrajaya pula hangat menghijau. Kemenangan makin hampir. Aku mula berfikir mahu jadi pembekal cat warna hijau. Siapa tahu, warna bangunan putrajaya bertukar?
Akhir kata, bagi pihak disana mantapkan tarbiyah agar kita bersedia menerima jawatan nanti. Tambahkan ilmu supaya pentadbiran lebih efiksyen. jangan sekadar mengira kuantiti tanpa mewujudkan landasan ke arah kualiti. Untuk pihak pemerintah, anda sudah terlalu lama. Terima kasih untuk segalanya. Anda banyak berjasa, tetapi umur sudah menghampiri usia pencen. Kubur kata mai umah kata pi. Moga-moga kedua-dua pihak dapat bekerjasama akhirnya dengan syarat dasar Islam menjadi pengangan. kita tidak mahu lagi rakyat merujuk berita harian sehingga mereka terus hairan…