Suatu masa ku tercari apakah makna disebalik ungkapan hakikat rindu dan cinta. Semakin jauh ku menyelami semakin ku jauh dari ketenangan. Ternyata cinta yang berlabuh bukan cinta hakiki, tapi penantian yang belum pasti. Ku terus menuju puncak, dari bawah ke atas segala panorama singgah di mata. tiada ku llihat melainkan palsu semuanya. Ia indah tapi ilusi. Ia satu dunia yang penuh silap mata. orang yang benar sering di seksa malah di kurung di celahan pagar besi. Anak isteri meraung, akan tetapi pihak di atas menganggap teriakan itu hanya nyanyian. Sebodoh-bodoh dan sekejam manusia berada di puncak pemerintahan. Bukan kah itu silap mata.
Mereka tidak perlu menaiki tangga untuk bermegah di takhta, cukup dengan sihir kronisme dan rasuah. Jeritan kemisikinan, kesusahan bagaikan sebuah filkem. Sedih di mata tetapi kepuasan di dalam. “Hebat filem ini”. Tidakkah pihak di atas tahu penderitaan rakyat. Keborosan ekonomi menyebabkan sosial mengundang nestapa. Dek terpaksa menampung sejumlah yang tidak mencukupi, ibu ayah bermandi peluh siang dan malam mencari rezeki. Anak-anak terabai. Akhirnya, syaitan menjadi tetamu khas di ceruk jiwa mereka. Bagi mereka syurga ialah kebebsan hidup. Slogan tersebut di bentang lalu tersebar setiap fikran anak muda. Segalanya bebas hatta menyentuh taman larangan. Bermula gurauan, tiada disangka, bercambah benih. “ah, gugurkan, aku tak bersedia’.
Tak sangka taman-taman hangat dengan pelbagai buah. Namun kita pelik, ade buah menjadi mangsa. Ia mekar tetapi tidak tinggal di dahan. tergantung di udara sekadar harapkan ihsan ranting yang layu. Mereka mangsa kerakusan taman larangan. Semakin hari bilangan mereka meningkat. Jeritan air mata ku makin deras. Tidak ku tahu kenapa.
Situasi masyarakat makin hanyut. Jenayah rogol dan bunuh mewarnai muka depan akhbar. Secara kejam gadis di bunuh. Mereka di bakar hangus, di gantung di pokok dan lain-lain. Cukup kejam watak lelaki sekarang. Tindakan kerajaan lagi merumitkan keadaan. Bila di cadangkan hukuman islam, setengah dari mereka mengatakan melanggar hak asasi manusia. Lalu dengan kurang akal, mereka cadangkan hukuman kasi. Adakah itu tidak melanggar hak asasi? Bagi aku, lebih baik bunuh terus jika hukuman kasi di laksana. Apa gunanya hidup tanpa mahkota. Betapa cintanya hati mereka kepada undang-undang penjajah. Tidak mahu langsung beralih alah. Jika tidak boleh buat semua jangan tinggal kesemua. Setiap lapisan masyarkat pula, sibuk dengan hal masing-masing. Hidup untuk kerja bukan kerja untuk hidup. Hidup untuk harta. Pengabdian hidup kepada kehancuran, maka terkial-kial si lidah menucap kalimah syahadah. Aku sekadar merintih, menonton sketsa ini semua. Moga-moga ada sinar di penghujung cerita…
Sila berkunjung ke Laman Baru
13 years ago
No comments:
Post a Comment