RSS

Friday, July 9, 2010

Nasib Baik Argentina Kalah



Argentina yang dipimpin oleh lagenda bola sepak dunia, Diego Marodona mengalami kekalahan mengejut di tangan Jerman. Bukan sedikit, empat gol bolos tanpa balas. Kekalahan di suku akhir tersebut lantas menghantar pasukan tersebut lebih awal. Nasib baik argentina kalah. Kenapa ek..

Sebelum saingan piala dunia, Marodona pernah berjanji, jika Argentina menjuarai piala dunia edisi kali ini, dia akan berbogel sambil berlari di jalan kota Buenos Aries . Ibu Negara Argentina.

Dek fantastic melampau pada bola, Marodona dianggap oleh sesetengah rakyatnya sebagai Tuhan setelah Marodona membawa argentina memenangi piala dunia 1986. Dengan aksi menggelecek yang memukau, tidak salah menyebut kemenangan Argentina pada tahun tersebut kerana Marodona. Tanpa marodona, siapalah argentina ketika itu. Baru-baru ini, kementerian argentina akan mengeluarkan bajet untuk pembinaan tugu Marodona. Biarpun pasukan bimbingannya kalah, namun Marodona kekal ikon di dalam seluruh jiwa rakyat. Kalau menang tak tau la macamana. Silap-silap, jadi presiden.

Jika menang, semua rakyat akan jadi menyambutnya dengan gila-gila. Seperti biasa, seks bebas, arak dan parti mewarnai jalan-jalan di kota argentina. Di samping itu, pasti marodona akan mengotakan janjinya untuk berbogel. Alamak seksa bagi mata melihat. Apa yang akan berlaku, semua orang berpusu-pusu lari berbogel mengikkut ikon mereka. Semuanya live di pandangan. Bila dah semua berbogel, alamak kemuncaknya parti seks ramai-ramai. Itu yang akan terjadi. Oleh hal demikian, saya tegaskan, nasib baik argentina kalah….hehe.

No comments:

Post a Comment