RSS

Sunday, July 11, 2010

Tukar nama 'Mohd'

Mentor musim-4 sudah melabuhkan tirai. Mohd, 21 dari Johor di nobatkan sebagai juara. Tulisan kami tidak beniat berbicara tentang kejayaan atau program tersebut. Apa yang kami ingin sentuh ialah berkenaan nama samaran beliau iaitu ‘Mohd’ tidak sesuai sama sekali untuk di pahat di persada hiburan.

Kami menyeru kepada beliau supaya menukar nama samaran baru yang lebih sesuai sebagai kerjaya anak seni. Pena ini tidak menghina kerjaya anda. Namun sudah terang lagi bersuluh di dalam syarak tentang keharaman majlis membuka aurat, percampuran lelaki dan wanita dan hiburan melalaikan. Oleh itu, kami memohon agar majlis atau program seumpama itu tiada sandaran nama ‘Mohd’.

Semua maklum bahawa mohd atau dengan ejaan Muhammad merupakan Nama junjungan mulia SAW. Nabi Muhammad SAW menyuruh umatnya menutup aurat dan menjaga tingkah laku antara lelaki dan wanita. Dek kerana kemasyhuran setelah menjuarai mentor, nama Mohd mula meletup dan di kenali. ’Mohd’ sekarang adalah penyanyi. Satu tugas menyemarakkan industri hiburan melampau tanah air.

Timbul kekeliruan sekaligus menjatuhkan martabat kepujian nama ‘muhammad’. Sekali lagi saya memohon nama anda di tukar. Sebagai pencinta rasul dan umat Islam. Kami amat berdukacita nama ‘muhammad’ terus di persada hiburan tanah air. Anda boleh gunakan nama ‘one’ sesuai dengan nama anda sendiri iaitu, Mohd Izwan Mohd Nor. Sebelum nama anda terus terpahat di kemuncak, tukar sebelum terlambat. Perlu di ketahui fenomena artis tukar nama kumpulan atau nama samaran bukan perkara baru. Sebagai contoh, Nisdawati. Suatu masa dahulu, beliau menggunakan nama Lisdawati.

Akhir kalam, kami tidak berniat memperkecilkan anda, atau kerjaya anda. Sebagai juara, anda sepatutnya lebih bijak memberikan rasa hormat kepada nama junjugan. Siapa tahu nama samaran baru anda nanti lebih melonjakkan kerjaya anda. Kesudian menerima kritikan terbuka ini amat kami hargai.sekian.

No comments:

Post a Comment