RSS

Thursday, January 27, 2011

Kenapa Kamu sembah Nabi Isa a.s?


Terjemahan

Diterangkan dari sebahagian ulama, mereka bercerita tentang rahsia kepada orang-orang rom. Ulamak tadi bertanya kepada mereka:” kerana apakah kalian menyembah Nabi Isa a.s?”.Maka mereka menjawab“kerana Isa tidak memiliki bapa”.

Lalu dia berkata:
“kalau begitu Nabi Adama lebih utama untuk disembah kerana Nabi Adam tidak memiliki bapa dan juga ibu.” Maka mereka menjawab:”kerana sesungguhnya Isa dapat menghidupkan orang-orang yang telah mati”.

Maka dia berkata:
”Maka Hizqil lebih baik dalam hal itu, kerana sesungguhnya Isa telah menghidupkan 4 kelompok sementara Hizqil telah menghidupkan 8000 orang.”
Maka mereka berkata:
”kerana sesungguhnya Isa dapat menyembuhkan orang yang buta dan orang justa.

Maka dia berkata:
”Maka Jirjis lebih baik dalam hal itu, kerana dia telah di masukkan ke tempat masakan dan di bakar, lalu dia keluar dari tempat rebusan dalam keadaan selamat.”

(Ruj Syarhu Sullam Al Munajat ala Risalah Safinah Al Solat:m/s 7, Darul Kutub Islamiah, Al Allamah As Syeikh Muhammad Nawawi Bin Umar Banten)

Terhad!Jadual ringkas sirah Khulafa Ar Rasyidin

MAQAM

Madinah dekat maqam Rasulullah SAW

Madinah dekat Maqam Rasulullah SAW

Baqi’ Bustan

Kufah, di masjid Ar Rohbah dekat pintu Kindah

Baqi’ Bustan

Dairu Sam’an di Damascus

HARI WAFAT

Malam Selasa, antara maghrib dan Isya’


Hari Rabu selepas Asar dan dimaqamkan hari Sabtu

Malam Jumaat atau malam minggu



BULAN WAFAT

Tanggal 23 Jamadil Akhir

Tanggal 27 Dzulhijah

Tanggal 18 Dzulhijah

Tanggal 18 Ramadhan

Pertengahan Muharam

Tanggal 21 Rejab

TAHUN WAFAT(HIJRAH)

13 H

23 H

35 H


49 H

101 H

SEBAB WAFAT

Kesedihan mendalam sebab kewafan Rasullah SAW

Dibunh oleh Abu Lu’lu Al Farisi Abdul Mughiroh

Dibunuh oleh penduduk Mesir dan Khawarij

Dipenggal oleh Abdulrahman bin Muljam dengan pedang

Sakit

Sakit

USIA

63 Tahun

63 tahun

88 Tahun

65 tahun

47 tahun

39 tahun beberapa bulan

PUSAT PEMERINTAHAN

Madinah

Madinah

Madinah

Kufah

Kufah

Damascus

MASA MEMERINTAH

2 Setengah Tahun

10 tahun 5 malam

12 tahun kurang 12 hari

5 tahun

6 bulan kurang beberapa hari sebagai penggenap 30 tahun kekhalifahan Islam

2 Tahun 5 bulan

JADUAL KHULAFA AR RASYIDIN

Abu Bakar As Siddiq ra

Umar Bin Khottab ra

Usman Bin Affan ra

Ali Bin Abi Talib ra

Hasan bin Ali ra

Umar Bin Abdul Aziz ra

(Ruj Syarhu Sullam Al Munajat al Safinatil Solat:m/s 5 Darul Kutub Islamiah, Al Allamah As Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar Banten)

Saturday, January 22, 2011

Adab seorang Muslimah

Wanita telah ditinggikan kemuliaannya dengan kedatangan agama Islam melalui wahyu yang telah diturunkan kepada para rasul. Anda tentu sudah tidak asing dengan cerita khalifah Islam yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab yang menanam hidup-hidup anak perempuannya kerana kepercayaan pada zaman tersebut bahawa anak perempuan hanya akan membawa nasib malang pada keluarga. Ini tidak lain tidak bukan, hanya meletakkan wanita sebagai serendah-rendah makhluk yang berada di muka bumi ini. Namun, kedatangan syariat Islam menenggelamkan segala kezaliman yang sekian lama wujud ini.

Menurut Profesor Dr Yusof Al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran Sunnah, beliau menyebut bahawa Islam telah menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyempurna bagi kaum lelaki, sebagaimana lelaki juga penyempurna bagi wanita. Maka bukanlah antara satu sama lain dari mereka itu sebagai musuh, bukan pula sebagai saingan, akan tetapi wanita sebagai penolong bagi kaum lelaki untuk menyempurnaan keperibadian dan jenisnya, dan sebaliknya. Oleh kerana perkaitan yang erat antara lelaki dan wanita inilah Islam memperlakukan wanita dengan baik tanpa merendahkan dan menghina mereka.

Sesuai dengan kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam, maka wujudlah garispanduan yang perlu diikuti oleh kaum wanita itu sendiri bagi melindungi diri mereka daripada terlibat dengan fitnah bahkan menjadi sumber fitnah dalam menjalani kehidupan mereka sebagai seorang muslimah. Walaupun agama Islam telah menjaga kepentingan seorang wanita supaya dilindungi sepenuhnya sepanjang usia mereka, (bermula daripada menjadi tanggungjawab bapa, kepada menjadi tanggungjawab suami, sehinggalah menjadi tanggungjawab anak-anak lelaki mereka), kaum wanita seharusnya bijak membezakan antara perkara yang baik mahupun sebaliknya. Saya ingin katakan di sini adalah kaum wanitalah seharusnya peka dengan tuntutan-tuntutan syariat Islam sekiranya ingin menjalani kehidupan yang tenang di dunia dan di akhirat, walaupun ada insan lain yang dipertanggungjawabkan menjaga diri mereka.

Bagi membantu para muslimah sekalian, di sini saya cuba menyenaraikan apakah adab-adab atau garispanduan yang perlu diikuti oleh seorang muslimah dalam kehidupan mereka terutamanya apabila berada jauh daripada penjagaan keluarga ataupun suami berdasarkan penulisan Profesor Yusof Al-Qardhawi.

Pertama
Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya, sebagaimana firman Allah SWT

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...'" (An Nur: 31)

Kedua
Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata. Allah SWT berfirman

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain jilbabnya ke dadanya."
(An Nur: 31)

Ketiga
Hendaknya jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan kedua betis kecuali kepada suaminya atau muhrimnya. Allah SWT berfirman

“Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. . ." (An-Nur: 31)

Keempat
Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara. Allah SWT berfirman.

“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ... " (An-Nur: 31)

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32)

Kelima.
Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan (tabarruj) dengan dandanan ala jahiliyah. kerana ini bukanlah akhlaq seorang wanita yang bersih. Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian keluar dari rumahnya agar dicium baunya oleh orang maka ia berzina." (HR. Abu Dawud)

Maksudnya seakan ia berbuat zina, meskipun ia tidak berbuat demikian, maka wajib atas wanita menjauhi perilaku seperti itu

Keenam
Wanita dilarang berduaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan muhrimnya, hal itu untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita-berita bohong. Nabi SAW bersabda

“Jangan sekali-kali seseorang itu bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali dengan muhrimnya" (HR. Muttafaqun 'Alaih)

Ketujuh
Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa dan kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, berta'awun untuk kebaikan dan ketaqwaan, yang tidak terlarang bagi wanita itu untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas-batas syari'at dalam bertemu dengan lelaki.

Begitulah antara adab-adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang wanita muslimah. Islam telah mengatur kehidupan muslimah dengan sempurna agar terhindar dari sebarang tipu daya. Jadi kepada para muslimah sekalian, saya ingin berpesan kepada anda dan diri saya sendiri, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.

Thursday, January 20, 2011

Tempelak Ustaz kutuk sifat 20

Pagi tadi, sambil rehat ana menonton youtube.com, terclick plak video ustaz wahabi kutuk pelajaran sifat 20. Adus panas rase dan kesian kat dia. ada dia kate sifat 20 ni menghadkan sifat2 Allah dalam batasan 20 sifat je...nampak sangat tak pernah belajar. tegas dikatakan disini bahawa:


"[sifat-sifat Tuhan] yakni sifat-sifat Allah Taala. Pelajaran sifat 20 bukan bermakna Allah hanya ada 20 sifat sahaja. Akan tetapi 20 sifat kesempurnaanNya yang wajib diketahui secara tafsili(terperinci). Sesungguhnya sifat kesempurnaan Allah Taala amat banyak. Tiada siapa mengetahuinya melainkan Allah Taala jua. Maka wajib disabitkan kepada Allah Taala secara ijmal(umum) seperti perkatan,”Allah mempunyai banyak sifat kesempurnaan”. Dan janganlah kalian mengiktiqadkan ada turutan dalam sifat Allah Taala. Tertib susunan dalam sifat 20 hanya tertib atas kertas untuk mudah di hafal. Ia sesekali tidak membawa maksud sifat Allah ada turutan seperti dikatakan mula-mula wujud, kemudian sedia, kekal hingga seterusnya."


Jika dia pernah belajar dengan jujur akan ilmu ini, dia akan menemukan perkataan ini di mana-mana mukadimah kitab tauhid ASWJ.


si ustaz al wahabi juga menerangkan bahawa dalam pengajian sifat 20 juga, orang-orang yang belajar ilmu tersebut sibuk berdiskusi dzat Allah SWT. sebab ilmu tu akan bincang dzat Allah.


disini tegas dikatakan bahawa:


" pengajian sifat 20 hanya bincang sifat Allah bukan dzat Allah "


kenyataan begini akan beliau temui jika jujur membelek helaian kitab2 tauhid ASWJ.

dengan angkuh dia menambah lagi bahawa:


pengajian tauhid sifat 20 sekadar bincang 50 perkara, iaitu 20 wajib bagi Allah, 20 mustahil dan 1 harus bagiNya disamping empat wajib dan empat mustahil bagi para Rasul serta 1 harus bagi pihak mereka, bab ibadah takde bincang.


"disini juga tegas dikatakan bahawa, jika dia benar-benar belajar dia akan menemui banyak perkara yang akan di bincangkan dalam kitab tauhid ASWJ. hal syurga neraka, taubat, firqah2 sesat yang lain, tentang perbuatan hamba, arasy, kursi, nasab nabi dan banyak lagi untuk di tulis di sini. mungkin naskah yang ada disisi beliau, naskah kitab tauhid yang kecil. kalau kitab yang kecil memang bincang 50 perkara tu sahaja, sebab memang disusun untuk pengajian kanak-kanak. tentang perkataan beliau xde bab ibadah bincang, kecian..sebenarnya ada ya ustaz. sebab tu la makna tauhid sendiri dari segi syarak ialah:


Ertinya: “Dengan mentunggalkan yang disembah(Allah) dengan ibadah bersama iktiqad keesaanNya dan membenarkan keesaanNya pada Dzat, Sifat dan Af’aal”
(ruj Hasyiah Al Bajuri Ala Matni Sanusiah Fil Aqaid:m/s 5)

dalam kitab yang besar-besar, dibincang sedikit bagaim
ana tauhid memberi kesan dalam ibadah. dan untuk lebih lanjut mengenai perbincangan hal ibadah, silakan buka kitab fikih.

Janganlah mudah menyesatkan orang lain. ribuan ulamak mengarang dan mengajarkan ilmu sifat 20 sejak 1000 tahun lagi. Jutaan manusia sudah pelajari ilmu ini dari abad ke abad. Kesian mereka jika dikatan sesat semuanya. ni la masalah sesetengah ustaz, baru balik belajar dari luar negara, habis ulamak-ulamak dia tolak, kata sesat lagi. 4 tahun degree yang nta ada tu takde nilai langsung jika dibanding dengan ulamak-ulamak dahulu belajar, 15-20 tahun tempoh biasa tempoh pengajian mereka tanpa mengharap apa jua sijil. Baru 4 tahun, dah sesatkan orang lain. huh, berani tul...nta tau tak, Syeikhul Azhar Mesir pun mengarang dan mengajar ilmu sifat 20, yang nta main sidap lidah je kutuk..guano ga mok?..


Ini Gambar kitab Tahqiqul Maqam ala Kifayatil Awam karangan Al Alim Al'alamah As Syeikh Ibrahim Al Bajuri As Syafie, Syeikhul Azhar 1263 H. Kitab ini amat masyhur digunakan di pondok-pondok di Nusantara termasuk di Malaysia dalam pengajian tauhid sifat 20.

nak kate Syeikh Ibrahim Al Bajuri sesat jugak ke? adalah lebih baik nte membaca bioadatanya, terlebih dahulu sebelum lidah nte bertindak lebih pantas.(klik ini untuk baca biodata Syeikh)

ok la, setakat ni dulu ye..angah harus berkejar hal yang lain. Salam





Tuesday, January 18, 2011

Santai jer


Ana dua dari kanan...yang kopiah sengek ckit...xsedar...hihi...yang paling kecik tu, adik ana, hazmin. yang lain tu rakan2 seperjuangan...di Kawasan rumah Hayyu Asyir, Kaherah...

Perkara Mencarik adat!

Diterangkan di dalam kitab Aqidatul Najin Fi Ilmu Usul Ad Din bahawa perkara luar biasa(mencarik adat) merangkumi 8 perkara:


[1] Mukjizat: berlaku kepada rasul selepas kerasulan

[2] Irhas إرهاس: Berlaku kepada rasul sebelum kerasulan

[3] Karamah: Berlaku pada wali allah

[4] Mau’nah: Berlaku di kalangan orang awam untuk terlepas dari kesusahan. Maunah beerti pertolongan Allah kepada seseorang supaya menjadi kuat beribadah dan taat kepada TuhanNya


[Peringatan] Empat perkara luar biasa di atas adalah yang benar.


[5] Sihir: berlaku dikalangan mereka yang mengamalkan sihir

[6] Istidraj إستدرج : Terdapat dikalangan orang kafir dan orang muslim yang fasiq melalui tipu daya. Erti istidraj ialah kerja yang disangka baik tetapi membawa tuannya ke neraka.

[7] Sya’wadzah شعوذة : Permainan silap mata yang merupakan satu sihir

[8] Ihanah إهانة : Lahir dari orang dusta

(ruj Aqidatul Najin Fi Ilmi Usul Addin:m/s 76)


[Peringatan] Empat perkara luar biasa terakhir adalah yang batil. Lapan perkara luar biasa ini mesti diterangkan kerana rata-rata masyarakat melayu amat gemar kepada perkara-perkara kelebihan atau luar biasa. Apa jua perkara kelihatan luar biasa di agungkan meskipun perkara tersebut dikutuk oleh syarak. Maka berhati-hati lah dalam memadang perkara luar biasa, selidik adakah ianya dari kebenaran atau kebatilan.