RSS

Sunday, March 14, 2010

Antara 15 A dan 10 A.Kementerian rabun angka!

Keputusan SPM tahun ini secara rasminya telah di umumkan. Secara keseluruhan, keputusan tahun ini amat membanggakan. Tahniah untuk yang Berjaya. Cuma, pada tahun ini, tidak muncul “genius” baru dalam arena pendidikan sebagaimana dalam tempoh 4 tahun sebelum ini.

Penulisan kali ini didorong oleh perasaan ‘amazing’ ekoran sindrom penyakit rabun yang berlaku di kementerian. Kita tidak hairan dengan gejala rabun. Rabun jauh, dekat dan warna antara contoh gejala rabun yang berlaku. Namun tanpa di sedari, di sana ada lagi rabun. Ia di panggil rabun angka dan topic pokok tulisan ini. Perhatikan betul-betul.

Habibah Hanan Pelajar Terbaik SPM Peringkat Kebangsaan 2009

KOTA BHARU: “Saya jadikan Nik Nur Madihah sebagai idola untuk berjaya dan hasilnya terbukti sebaik mendapat keputusan cemerlang 15A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam,” kata Habibah Hanan Mat Yusoff, 18.
Habibah Hanan menjadi pelajar terbaik di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) apabila memperoleh keputusan cemerlang 15A termasuk 10A+ dalam peperiksaan diumumkan, semalam.

Harian Metro

Gladys diumum pelajar terbaik SPM 2009


2010/03/12
PUTRAJAYA: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, Gladys Tan Yee Kim (gambar) diumumkan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila memperoleh keputusan 10A+ dalam semua mata pelajaran diduduki manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan diumum sekolah terbaik.

Utusan Malaysia

Alahai. Betapa hebat silap mata ini. Ada dua perbezaan yang jelas di mata dan amat terzahir di fikiran. Logik akal manusia akan mengatakan 15A lagi banyak dari 10A. Namun bagi pihak di sana, terbalik. Adakah fikiran mereka beralih arah. Atas skema apa yang mereka gunakan mengiktiraf pelajar dari Sarawak sebagai pelajar terbaik sedangkan ada pelajar yang jauh lagi cemerlang iaitu Habibah.

Adakah pihak di sana ingat kami kurang akal dengan silap mata ini. Ntah yang mana satu benar. Tidak mengapa, mereka boleh menipu rakyat tetapi mereka tidak boleh menipu diri sendiri dan rakyat tidak akan sesekali tertipu. Tegas saya katakan, saya menulis iini bukan atas dasar prinsip pembangkang atau tidak. Tetapi atas dasar manusia normal yang tidak bersetuju dengan pengiktirafan yang tidak masuk akal. Seolah-olah mereka memperbodohkan rakyat.

Beberapa perkara harus di jelaskan di sini:

Adakah faktor Habibah bersekolah bawah naungan Yayasan Islam Negeri Kelantan(YIK) , kejayaan beliau di pandang sebelah mata?

Ok.jika benar itu alasannya. Mengapa pihak kalian mengiktiraf sdri Nik Madihah sebagai pelajar terbaik Malaysia Tahun lepas? bukankah dia dari YIK juga?

Kedua. Adakah kerana markahnya tidak tinggi sebagaimana Gladys?
Ok.Jika benar itu alasannya. Kenapa langsung tiada catatan nama habibah, 10 pelajar terbaik 10 A+ Malaysia? Tidak mungkin beliau langsung tidak layak.(result habibah;15 A termasuk 10 A+)

Ketiga. Adakah kerana dendam politik dengan kerajaan Kelantan?

Ok. Jika benar itu alasannya. Memang amat mengecewakan. Kenapa perlu melibatkan pelajar dalam sengketa politik kalian? Biar ia di bicarakan di kalangan pemimpin. Pelajar tak bersalah dalam hal ini. Kerja mereka hanya belajar. Betapa penat anak-anak dari YIK belajar bermati-matian, tetapi mereka tidak pernah di iktiraf. Memang kejayaan mereka jauh lebih hebat dari sekolah bawah kerajaan pusat. Ia secara tak langsung akan menaikkan popularit sistem pendidikan sekolah yayasan Islam Kelantan. Kita semua maklum sekolah hebat tersebut sudah melahirkan ribuan tokoh masyarakat baik dari pembangkang mahupun dalam kerajaan. Sistem pendidikan islam akan naik dan tenggelam empayar pendidikan sekular. Adakah ini yang menjadi igauan pihak kalian? Mereka jelas bersikap double standart terhadap Kerajaan Kelantan khususnya. Anak-anak YIK rakyat Malaysia juga. Mereka tetap anak Malaysia juga. Anak-anak bersama.

Buat saudari habibah. Kami semua mengiktiraf anda. Anda juara tahun ini. Anda wajib di nobatkan. Di samping keputusan yang cemerlang, anda juga beragama Islam dan seorang yang berimej muslimah. Tidak perlu kita mengiktiraf pelajar tidak la cemerlang mana, malah kristian pulak. Sepatutnya kita sebagai Islam menobatkan pelajar Islam. kejayaan beliau adalah kejayaan Islam. saya bangga untuk melaungkan.."pelajar terbaik SPM tahun ini adalah Islam".

P/S: Jika saya jadi Gladys, saya tak pergi amik award. Buat malu je pegang gelaran yang kita tak layak.

Monday, March 8, 2010

Muslimah Oki Setiana Dewi




"Saya, dia dan Allah SWT. Diantara kami harus ada kecintaan terhadap Allah yang diutamakan, agar kehidupan kami senantiasa dalam ridho dan bimbinganNya,"


Jawapan Oki Setiana Dewi (bintang filem Ketika Cinta Bertasbih) ketika di tanyakan tentang percintaan. Gadis kacukan Jawa-Palembang, yang dilahirkan di Batam, 13 Januari 1989 ternyata mengimpikan cinta tiga segi. Iaitu Allah, suami dan dirinya.


Penulis mengharapkan Oki terus mempertahankan imejnya sebagai wanita muslimah di selari dengan akhlak mulia. Saya sesekali tidak mahu pelakon hipokrit. Alim di dalam filem tetapi munafiq di kehidupan sebenar. Sesungguhya mereka langsung tidak boleh di jadikan ikon.


Mahasiswi Sastera Belanda di Universitas Indonesia ini di harapkan menjadi ikon yang bisa memberi contoh kepada muda-mudi khususnya. Cantik, berpendidikan dan beragama.


Sesiapa melihatnya, pasti merasai kesejukan di mata. Cita-citanya untuk menyampaikan mesej Islam di filem sudah Berjaya.


Sememangnya filem KCB memberi impak yang sangat positif kepada para belia. Moga-moga Oki terus dengan imej muslimah sekaligus mempengaruhi golongan wanita menjadi sepertinya.


p/s: ade ke pelakon malaysia seperti oki??

Anuar Mannan. Cukuplah Sekadar Menumpang Bangga

Anuar Manan dinobatkan selaku pemenang jersi hijau (Raja Pecut) selepas mempamerkan kayuhan yang memberangsangkan sepanjang perlumbaan LTdL 2010. – UTUSAN/ RASHID MAHFOF

KUALA LUMPUR – Sejarah terpahat di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 selepas pelumba tempatan Anuar Manan dinobatkan pemenang jersi hijau (Raja Pecut) sebaik tamat perlumbaan dari Kuala Kubu Bharu ke Dataran Merdeka, semalam.

Pelumba pasukan Benua, Geumsan Ginseng itu juga melakar sejarah menjadi pelumba pertama dari Malaysia dan Asia memenangi jersi hijau sejak edisi pertama 1996.

tahniah saya ucapkan untuk sdr anuar. anak kelahiran Kuala Ibai, K.Terengganu ini telah membuktikan pelumba dari asia mampu berdiri setanding dengan jagoaan Eropah yang lain. tahniah seklai lagi.

kejayaan ini memang amazing. malaysians proud of you. dukacita saya katakan,

"Kita tidak boleh berbangga, cukup sekadar menumpang bangga atas kejayaan beliau".

tak faham? atau kurang faham?. lebih elok pembaca buat-buat faham. kita bangga kerana beliau adalah anak malaysia. tapi kurang bangga kerana beliau bukan mewakili Malaysia. tidak dengar pun nama pelumba malaysia. saya tidak pasti samada Malayisa menghantar wakil atau tidak. jika tidak hantar, baguslah, ada juga alasan nak menjawab." Kenapa team Malaysia tak menang?" jawab."tak hantar team tahun ni". jika hantar, sekadar mencukupkan bilangan peserta.

Anuar berjaya dengan disipilin dan latihan yang beliau terima dari pasukan Geumsang Gimseng. satu pasukan dari Korea selatan. sebelum ini pasukan Azad University dan LeTua. Yang pasti..yang sahih BUKAN DARI MALAYSIA. Kerana demekian, saya hanya menumpang bangga, tidak berbangga. Persoalannya..

1-Adakah anak melayu boleh berjaya dengan asuhan pasukan asing? mereka terkenal dengan disiplin dan latihan yang ketat. jika jawapannya ya, maknanya bukan silap pemain atau pelumba sebelum ini, tetapi pengurusan sukan kerajaan. anak melayu boleh berjaya sebenarnya. kata setengah orang, terlalu manjakan atlit..birokrasi dan lain-lain. benar ke?

Cukup sekadar ini untuk tatapan pembaca. saya hanya mahu ulangi

"cukuplah sekadar menumpang bangga".

Sunday, March 7, 2010

Relevan ke bakal guru berkhidmat di pedalaman?

Penulis kurang bersetuju dengan cadangan kerajaan ini. Pena kali ini benar-benar memohon cadangan ini di mansuhkan. “kurang bersetuju kerana ia melibatkan wanita”. Jika cadangan ini hanya untuk bakal guru lelaki, penulis fikir, ia mungkin tiada masalah. Fizikal dan mental mereka lebih kuat dalam berdepan situasi pedalaman. Hujah-hujah penulis:

Kerana mereka wanita.

Penulis tidak berniat merendahkan wanita. Percayalah, kerana sayangkan wanita tulisan ini hadir. Bayangkan kaum wanita yang terkenal dengan kelembutan terpaksa meredah sungai, berdepan suasana yang jauh dari kemudahan. Paling pasti, lemah dalam berdepan serangan kaum adam. Kebiasaannya kawasan pedalaman terkenal dengan pelbagai ilmu-ilmu hitam khususnya beberapa kawsan di sabah dan Sarawak. Pengalaman buatan orang sering di ceritakan pada saya. Jika tidak percaya Tanya pada masyarakat mereka, pasti mereka berkata “ya”. Bakal-bakal guru sudah semestinya muda lagi. Yela baru habis belajar. Muda, comel dan lembut. MEREKA pasti buruan lelaki di sana.

Yang kedua, lambat la kahwin

Penulis yakin, 80% daripada bakal guru wanita mempunyai teman istimewa. Jalinan cinta yang terbina ketika menuntut di Universiti. “awk, bagaimana ni..jarak akan memisahkan kita”. Skrip ini menjadi hangat di tuturkan di kalangan mereka. Oleh kerana tiada pilihan, akhirnya mereka berjanji untuk terus setia. Setelah 3 tahun di pedalaman, mereka berjanji bertemu kembali memaut cinta. Agak-agak berapa tahun dah umur? 27 tahun..lebih kurang la. Sedihnya…tua sangat la. Hal demikian kerap berlaku, peratus untuk pasangan kekasih di tempatkan di sekolah yang sama 0.01% Cuma. Orang dah berkahwin pun payah apatahlagi setakat kekasih? Sekiranya penantian sukar di laksanakan, akhirnya mereka berkahwin dengan rakan sekerja. Tamat begitu sahaja cinta bertahun lamanya. Penulis tidak bercakap kosong, kawan-kawan saya ada yang menangis bila saya berkomentar begini. Ya sahabat..”apa gunanya naik pangkat, bergaji mahal tapi kamu kehilangan si dia”

Kecurangan pasangan

Kita sedia maklum, sebaik habis belajar, kebanyakan bakal-bakal guru akan mendirikan rumah tangga. Ia impian setiap orang yang bercinta. Oleh kerana terpaksa bertugas jauh di pedalaman, mereka terpaksa berulang alik. Nak tak nak mereka hanya menjadi suami isteri di hari minggu atau sebulan sekali sahaja. Cerita ini benar-benar terjadi. Alahai, bila dah berjauhan, masing-masing kerinduan, kerja tak focus. Tak kurang juga bila dah berjauhan, pasangan menjalinkan hubungan dengan lelaki atau wanita lain. Atas nama kawan dan menghilangkan kesunyian, hubungan yang di murkai Allah berlaku. Siapa mahu perkara ini berlaku? Penulis setiap hari berdoa, moga-moga mendapat isteri solehah.

Sepatutnya guru yang sudah berpengalaman

Saya menyarankan, jika benar idea ini benar mahu di teruskan, kenapa tidak di pilih guru yanag sudah ada pengalaman. Dengan demikian, mereka sudah bersedia dengan karenah pekajar dan menyelesaikannya. Ia seterusnya membantu produktif minda dan insaniah pelajar di pedalaman. Adakah kerajaan sangka, kawasan pedalam merupakan tempat ujian bagi guru-guru baru? Jika begitu fikirannya, bagaimana mungkin kita berjaya melahirkan pelajar hebat dari pedalaman? Pelajar-pelajar di sana perlukan guru-guru berpengalaman untuk mendidik mereka. Tegas saya ujar, mereka bukan medan ujian pendidikan, bukan tempat menilai prestasi guru-guru.

Tiada ke guru di daerah pedalaman ?

Adakah ada jawapan tepat bagi persoalan ini. Perlu ke bakal guru dari Bandar jauh berhijrah ke pedalaman? kenapa tidak mencadangkan satu usaha melahirkan para guru dari kalangan orang di pedalaman sendiri? Mereka lebih memahami budaya dan adat masyarakat mereka. “understanding environment” akan wujud dari usaha tersebut. Para pelajar tiada menghadapi masalah loghat bahasa, mahupun percanggahan adat dengan gguru dari Bandar. Begitu juga sebaliknya.

Kesimpulan

Sekali lagi penulis memohon kepada pihak berwajib supaya memikirkan kembali keputusan ini. Adakah benar ia relevan atau tidak kepada para guru atau pendidikan Malaysia khususnya. Sesungguhya penulis amat mengahrapkan demikian. Sekian

Sunday, February 28, 2010

Cintai kanak-kanak

Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.

Adakah layak kita memanggil penyeksa kanak-kanak ini sebagai manusia? Memang tidak layak. Oleh itu gelaran syaitan mungkin paling setimpal. Entah apa yang merasuk fikiran syaitan ini sehingga memperlakukan kanak-kanak tersebut bagai kotak untuk di hempas-hempas dan di terajang. Sukar untuk di terima akal namun itu situasinya sekarang.

Di mana jiwa sentimental kemelayuan? Bukan kah Orang melayu terkenal dengan kelembutan? Sebenarnya tidak, zahirnya lembut tapi kasar..kejam..ini bukan kes pertama yang menghiasi dada akhbar. Entah kali yang ke berapa ntah…

Penulis ingin melancarkan kempen mencintai kanak-kanak. Dengan harapan sahabat sekelian tidak memandang golongan mereka sebagai menyusahkan. Tidak di nafikan, karenah mereka kadang-kadang mengundang marah. Sememangnya tabiat kanak-kanak begitu. Kita pernah melalui zaman demekian dan memang selalu ‘’menyusahkan orang” pun…
Mereka adalah penyeri hidup, telatah mereka hiburan jiwa..tiada lagi perasaan melainkan semata-mata gembira sekiranya melihat mereka gembira.

Ya sahabat, mereka ahli syurga yang berjalan di ats muka bumi ini. Mereka tiada dosa. Oleh itu, doa mereka makbul. Bergaul dan layani telatah mereka ini juga satu sunnah Baginda SAW. Baginda SAW jika kita susuri sirahnya,menyanyangi dan melayani kanak-kanak dengan penuh senyuman dan kesabaran. Ok la..saya ada kerja yang harus di selesaikan..sekian.

Saturday, February 27, 2010

Hujah-Hujah Sambutan Maulid

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Sayyidina Muhammad, Keluarga dan Sahabatnya sekalian.


Maulid Nabi Muhammad SAW (bahasa arab: مولد، مولد النبي), adalah peringatan hari lahir Nabi Muhammad SAW, yang dalam tahun Hijriyah jatuh pada tanggal 12 Rabiul Awal. Kata maulid atau milad adalah dalam bahasa Arab berarti hari lahir. Perayaan Maulid Nabi merupakan tradisi yang berkembang pesat di kalangan masyarakat Islam setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Secara mudah, peringatan ini adalah ekspresi kegembiraan dan penghormatan kepada Rasulullah Muhammad SAW.

Saban tahunan, apabila tiba bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, umat Islam serata dunia menyambutnya dengan besar-besaran. Majlis Marhaban dan Qasidah menghiasi hari-hari sepanjang bulan tersebut. Betapa sejuk mata memandang melihat masyarakat dari kecil hingga warga tua mengujarkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Moga-moga laungan selawat mereka menjadi saksi ketika saat syafaat kekasih kita, Nabi Muhammad SAW. Namun demikian,disana ada mulut-mulut gatal yang mempertikaikan amalan ini. Bahkan mereka berani menuduh sambutan maulid sebagai bidaah yang sesat. Bulan maulid tiada fadhilat. Kehairanan kita dengan gelagat mereka. Adakah mata kalian panas melihat kami berselawat beramai-ramai? saya bersumpah dengan Nama Allah, saya tidak akan sesekali membiarkan bicara kalian terus menyesatkan sambutan hari kelahiran kekasih saya. Hati saya bahkan umat Islam terluka dengan kata-kata yang berbaur demikian. Saya teringat pesanan Sayyidina Ali KWJ.


“Lihat apa yang dikatakan bukan siapa yang berkata”

Sitausi sekarang makin rumit kerana perkataan “sambutan maulid bidaah yang sesat”..”bulan Maulud tiada fadhilat”...”ia amalan rekaan” keluar dari mulut orang yang di segani dan ada nama dalam masyarakat.



Mereka yang kononnya ulamak, cendiakawan mempengaruhi sebahagian besar kelompok masyarakat. Ya sahabat, lihat apa yang mereka katakan, jangan lihat pada kemegahan namanya.

Mereka sepatutnya mengambil pendekatan menyatukan masyarakat. Kenapa perlu menuturkan ‘fatwa’ yang lantas mengucar kacirkan kesatuan umat, bahkan menjauhkan orang dari berselawat. Bersama-sama kita berdoa kepada Allah SWT moga-moga Allah mengampuni mereka sekaligus mendapat syafaat Baginda SAW.


Saya tidak mahu bercakap kosong tanpa sebarang dalil. Tarian pena ini disertai dalil-dalil yang sebahagian besar saya rujuk tulisan salah seorang guru saya, Ust Nik Muhammad Nazimudin B. Nik Ibrahim. Ia dengan harapan para sahabat mendapat manfaat dan terpadam segala syak terhadap amalan ini.


DALIL SUNAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL DI SISI ULAMA’ AHLI SUNNAH.



Merayakan hari kelahiran Nabi s.a.w. termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya.

Firman Allah Ta’ala:



فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ


“Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya, mereka itulah yang mendapat kejayaan.” (Surah Al-A’araf : ayat 157).



Firman Allah Ta’ala:


ذَٲلِكَ وَمَن يُعَظِّمۡ شَعَـٰٓٮِٕرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقۡوَى ٱلۡقُلُوبِ 

“Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya.”

(Al-Haj : 32).



Dimaksudkan dengan “tanda-tanda Allah” (شعائر الله جمع شعيرة أو شِعارة) pada umum ayat ini, iaitu setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad s.a.w dan menyambut Maulidurrasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintahNya.


Meriwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak bahawa diringankan azab ke atas Abi Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan ‘Suwaibah’ iaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.
Hadis ini menunjukkan bahawa:


Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah, diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir, seteru kepada Nabi s.a.w diringankan azabnya, apatah lagi orang yang muslim. Seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasiruddin Ibnu Syamsuddin Ad-Dimasyqi dan Imam Al-Qurra Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Al-Jazri.

Dianjurkan memulia dan membesarkan Nabi s.a.w dengan mengambil sempena hari kelahirannya. Hari kelahiran Baginda merupakan ‘Hari Kebesaran Islam’ dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah Al-Ansari:


“Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari Isnin, berkata Nabi s.a.w: “Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku.”(Riwayat Muslim dan lainnya.)



Membuat perkara-perkara kebaikan (difahami daripada memerdekakan Suwaibah, hadis berpuasa hari Isnin dan hadis berpuasa hari A’syura yang akan datang) sempena memuliakan hari kelahiran Nabi s.a.w seperti berhimpun dengan membaca Al-Qur’an, berselawat, memuji Nabi, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir miskin dan lain-lain.


Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, bahawa Nabi datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa hari A’syura lalu baginda bertanya, mereka menjawab: “Ianya hari yang Allah menenggelamkan Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah Ta’ala. ”Lalu Nabi berkata: “Kami terlebih utama dengan Musa…”.


Mafhum dari hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat pemberian Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari yang dilepaskan daripada musibah. Menyambut Maulidurrasul adalah menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam ini. Ini kerana, sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya Nabi kita s.a.w sebagaimana berkata Ibnu Hajar Al-Haitami, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani, Suyuti dan lain-lain.

Bagi As-Suyuti, keharusan maulid Nabi Muhammad SAW bisa dianalogikan dengan diamnya Rasulullah ketika mendapatkan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura sebagai ungkapan syukur kepada Allah atas keselamatan Nabi Musa dari kejahatan Fir’aun. Maulid Nabi, menurut As-Suyuti, adalah ungkapan syukur atas diutusnya Nabi Muhammad SAW ke muka bumi. (Al-Ni’mah Al-Kubra Ala Al-Alam fi Maulid Sayyid Wuld Adam)

Firman Allah Ta’ala:


قُلۡ بِفَضۡلِ ٱللَّهِ وَبِرَحۡمَتِهِۦ فَبِذَٲلِكَ فَلۡيَفۡرَحُواْ هُوَ خَيۡرٌ۬ مِّمَّا يَجۡمَعُون

“Katakanlah kepada kaummu, dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, maka dengan demikian itu (kurniaan dan rahmat), hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya.” (Yunus:58)



FirmanNya:


وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ


“Tidaklah kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan kerana rahmat bagi sekalian alam.” (Al-Anbiyaa’:107)



Memperingati dan membesarkan Maulidurrasul dengan selawat, membaca kisahnya, merupakan perantaraan kepada mencintai Nabi dan mencintai Allah.

“Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekalian manusia.”(Al-Hadis).

Firman Allah Ta’ala:



قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬


“Katakanlah kepada kaummu, jika sekiranya kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu.” (Ali-Imran:31).



KESIMPULAN

  • Menyambut hari kelahiran Rasulullah disabitkan dengan dalil-dalil syara’.


  • Disunatkan memperingati Maulidurrasul pada bila-bila masa, terlebih utama lagi sempena hari kelahirannya.


  • Membesarkan Nabi bersempena hari kelahirannya yang merupakan salah satu hari kebesaran Islam.


  • Menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran atas sebesar-besar nikmat dan rahmat Allah iaitu kelahiran baginda dengan mengerjakan amalan-amalan kebaikan.


  • Menyambut hari kebesaran ini membawa kepada mencintai Nabi dan mencintai Allah.


  • Mendapat ganjaran yang besar di dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya.



Orang yang pertama merayakan Maulid ialah Sultan Ibnu Malik Al-Muzzaffar, seorang wali Allah, raja yang adil, warak , zuhud dan alim. Menghadiri majlis Maulidnya ulama’-ulama’ muktabar dan orang-orang soleh dengan ketiadaan mengingkarinya, sehinggakan ulama’ besar yang bernama As-Syeikh Abu Khatab Ibnu Dihyah telah mengarang bagi sultan itu, kitab At-Tanwir membicarakan tentang amalan Maulid. (Lihat Al-Hawi Lil Fatawi bagi Suyuti.)

Dikhabarkan juga Perayaan Maulid Nabi diperkirakan pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gabenor Irbil, di Irak pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Ada juga yang berpendapat bahawa ideanya dari Sultan Salahuddin sendiri. . Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristen Eropa dalam upaya memperebutkan kota Yerusalem

Berkata As-Sakhawi: “Sesungguhnya amalan Maulid berlaku kemudian daripada kurun ketiga iaitu tiga ratus tahun daripada Hijrah, selepas itu sentiasalah umat Islam pada setiap negeri mengamalkannya…….”



Oleh itu, amalan Maulidurrasul ini adalah ijma’ muslimin yang tidak diingkari bahkan disokongi oleh ulama’ Ahli Sunnah sejak pertama kali diadakan hingga sekarang. Tidak berhimpun ulama’ dan seluruh muslimin yang sempurna imannya, pada kesesatan.

Sabda Nabi SAW:

“Tidak berhimpun umatku di atas kesesatan.”

Sabdanya lag
i:

“Sesuatu perkara yang dipandang baik oleh muslimin maka ianya di sisi Allah adalah kebaikan.”


Jika kalian mahu berpegang bahawa sambutan maulid bidaah yang sesat, pegang seorang diri tanpa perlu memaksa kami mengikut kalian. Kami berpegang dengan fahaman kami. Wahai hati yang gelap, ini perkara khilaf, tidak perlu ada komplot paksaan dan tuduhan sesat jika kami enggan menuruti kalian. Keamanan akan di kecapi sekiranya kalian bersikap bertolak ansur.


Kadang-kadang saya pelik, bila kita bercakap tentang soal ini, berdiskusi dan berhujah tentang sambutan maulid, mereka dengan tidak bersalah berkata..” ini soal remeh remeh, kenapa tidak dibicarakan tentang sosial remaja yang rosak, berleluasa anak luar nikah”



Mereka memang pandai berkata tapi bodoh bila berbicara. Siapa yang mulakan penentangan tentang isu jika bukan dari mereka? Kalian yang mulakan menyesatkan orang sana sini, bila kami mahu membetulkan dan menjawab kembali, jawapan kanak-kanak kalian berikan.



DALIL SATU PERSATU AMALAN YANG DILAKUKAN DI DALAM MAULID.



  • BERHIMPUN DENGAN BERTILAWAH AL-QUR’AN,BERZIKIR,BERSELAWAT,MEMBACA KISAH NABI DAN MENGADAKAN JAMUAN


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah: “Bersabda Rasulullah SAW: Tidak berhimpun suatu perhimpunan pada satu majlis di dalam masjid daripada masjid-masjid Allah, lalu mereka membaca Al-Qur’an dan bertadarus sesama mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselubungi rahmat Allah serta dilingkungi para malaikat dan Allah menyebut tentang mereka di kalangan nabi dan malaikat di sisiNya”. (Sahih Muslim).



Bersabda Nabi s.a.w: “Tidaklah berhimpun suatu perhimpunan di dalam satu majlis lalu mereka tidak berzikir mengingati Allah dan tidak berselawat ke atasku, melainkan kekurangan dan penyesalan ke atas mereka di hari Qiamat.”



Firman Allah Ta’ala:


وَكُلاًّ۬ نَّقُصُّ عَلَيۡكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَ‌ۚ وَجَآءَكَ فِى هَـٰذِهِ ٱلۡحَقُّ وَمَوۡعِظَةٌ۬ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِينَ


“Kami ceritakan kepadamu setiap perkhabaran daripada kisah-kisah nabi yang menguatkan hati engkau dengannya dan datang kepada engkau di dalam perkhabaran ini, kebenaran, pengajaran dan peringatan bagi orang yang beriman.” (Hud:120).



Meriwayat Imam Ahmad dan Hakim daripada Syuaib, Nabi SAW bersabda: “Seseorang yang terlebih baik di antara kamu ialah mereka yang menjamu makanan dan menjawab salam.” Hadis ini sahih sanadnya.

Meriwayat Turmizi, bahawa sahabat-sahabat Nabi tidak bersurai mereka daripada majlis tilawah Al-Qur’an dan berzikir, melainkan selepas menikmati jamuan.


Mata kita boleh menilai sendiri bagaimana sambutan maulid di hadapan kita. Kita berselawat, menyambung silarturahim, mengeratkan ukhuwah, dan menjamu tetamu dengan hidangan-hidangan. Bukannya kita menyanyi atau berjoget atau melakukan perkara yang jelek disisi sayarak. Kesemuanya ada dalil. sebenarnya terlalu banyak dalil mengenai sunat menyambut maulid Nabi SAW. kitab karangan ulamak membahaskan tentangnya mencapai ratusan judul. Dengan kekangan masa yang sentiasa mencemburui saya sepanjang tulisan ini, hanya setakat ini susunan hamba yang dhaif. Moga-moga dengan berkat tulisan membela kelahiran Nabi SAW ini, saya mendapat syafaat Baginda SAW kelak.amin.Wallahua'lam.

Hanif Hj Ibrahim Al Manisiy

Kg Pulau Manis, Terengganu Darul Iman.