Sunday, August 29, 2010
Takziah Mahasiswa
Beliau berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan pandangan terbaik daripada pelbagai pihak sebelum sebarang keputusan mengenai perkara itu diputuskan.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri sangat terbuka dengan perkara ini, maknanya ia masih lagi boleh dibincangkan antara pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju," katanya di sini, hari ini.
Saifudin berkata, banyak faedah boleh diperolehi sekiranya dibenarkan pelajar menyertai parti politik yang antaranya dapat mematangkan sistem demokrasi di samping memberikan hak berpolitik kepada pelajar.
"Kumpulan pelajar yang berminat dengan politik sangat kecil, walaupun begitu hak mereka tetap tidak boleh dinafikan untuk sertai politik, Kita harus fahami matlamat cadangan itu dan lambat laun perkara ini akan menjadi kenyataan," katanya. - Bernama
Sumber Berita Harian 29 Ogos 2010
Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan masa hadapan. Pada suatu masa dahulu, gerakan mahasisiwa terkenal menjadi tali penghubung antara rakyat dan pemerintah. Mereka di pandang tinggi dan di hormati masyarakat. Akan tetapi perkara ini tidak lagi berlaku. Jika adapun tidak ketara lantaran undang-undang menyekat langkahan kaki mereka. Pemerintah harus ingat, mereka memang boleh mengikat kaki Mahasiswa dari aktif berpolitik dengan pelbagai akta. Namun mereka tidak akan sesekali berjaya mengongkong pemikiran Mahasiswa untuk celik politik. Adakah permerintah takut golongan pelajar ini menentang mereka? tetapi adakah tindakan kenakan akta akan memulihkan sokongan mereka? sesungguhnya semakin kerajaan menekan mereka, semakin membara kemarahan mereka terhadap pemerintah.
Untuk pemerintah yang di hormati. ketepikan soal taksub kepartian. Jangan gadaikan intelektual mereka. Mahasiswa dewasa ini tidak ubah seperti singa sarkas di sangkar. Keganasan seekor singa akhirnya menjadi si kucing yang malu-malu dan sekadar di buat permainan serta menyerah kepatuhan tanpa mengundur langkah. Walhal, si singa jauh lebih berkuasa dari Tuan, sekali serang terus Tuan menjadi korban.
Sekiranya mahasiswa itu aktif berpolitik, maka secara tidak langsung mereka akan mengambil tahu perkara-perkara berkaitan sosial, ekonomi, dan berita semasa sambil berlatih ke depan berpidato. Sifat intelektual dan bergetahuan luas akan menjadi perwatakan pelajar Universiti. Pihak di atas tak seronok ke sifat demikian menjiwai pelajar.?
Sekarang sebut pelajar Universiti sahaja, masyarakat terbayang kes buang anak, pergaulan bebas dan yang paling sedih kemujudan fikiran. Kebanyakan mereka hanya mengambil tahu berkenaa kursus yang di pelajari, itu pun kerana ingin memenuhi jawapan kertas peperiksaan. Sekiranya di ajukan persoalan tentang hal lain, “eh, bukan kos saya tu”. Lumrah jawapan yang biasa kita dengar. Itu belum persoalan hal semasa lagi. Sesetengah mereka, langsung tak tahu apa yang berlaku di dalam Negara.
Lahirlah para siswa yang hanya terleka dengan hiburan dan kehidupan syok sendiri.”aku budak Universiti,kononnya”...
Untuk Mahasiswa, jangan mengalah. Teruskan ke hadapan. Perjuangan tidak semestinya secara zahir kadang-kadang pergerakan rahsia lebih berkesan. Lantaran masih terperangkap dengan perundangan, ia bukan satu alasan malah membuka ruang kreatif di minda mencari lorong tersembunyi menembusi hati rakyat.
Friday, August 27, 2010
Darah Melayu adalah darah perjuangan
Meskipun mereka menyedari akan penyelewengan hari ini, mereka masih belum bersedia untuk berubah. Atau mereka takut untuk berubah? mereka seolah-olah berada di zon selesa. “Aku boleh makan cukupla” pemikiran begini lah yang menyebabkan mereka tidak ada semangat pejuang untuk menggulingkan kerajaaan. Penting diri tanpa memikirkan orang lain.
saya tidak mengajak pembaca sekelian membenci UMNO atau taksub pada mana-mana parti. saya hanya mahu kita ini sedar, sedar yang kita ada kuasa untuk memilih siapa di atas untuk memikul amanah rakyat. Jika kita lihat mereka gagal, rehatkan mereka. Kemungkinan dengan kerehatan tersebut, UMNO akan bermuhasabah dan kembali menjadi pesaing berbakti kepada rakyat. Tiada yang perlu di hairankan, dalam dunia organisai korporat atau pengurusan. Pecat-memecat perkara biasa bukan di sebabkan kebencian. Gagal melaksanakan kerja dan pemecatan perkara berbeza. Kena faham elok-elok.
Esok-esok jika pakatan rakyat memerintah, bukan bermakna kita akan taksub membabi buta menyokong segalanya. Perkara baik pada rakyat kita sokong dan jika terdapat perkara merugikan rakyat, kita bantah. Kita wajib gunakan kuasa rakyat dalam diri kita ini sebagai satu kawalan agar pemimpin sentiasa bekerja untuk rakyat ekoran takut akan kemarahan rakyat.
Perasaan takut di gulingkan rakyat menjadi mekanisme mengawal tindak tanduk ahli politik. Masalahnya sekarang, rakyat sekarang atau khususnya melayu diam seribu bahasa. Hanya RM600 duit ihsan, jadi bisu terus. Makin naik tocang la pemerintah hari ini.
Sedar lah pembaca terutama bangsa melayu. Tatkala kesedaran poltik bangsa lain sudah berubah, Kita masih selesa tinggal di rumah usang yang hampir 53 tahun usianya. Sedarlah kita adalah melayu yang lahir dari bangsa pejuang. Nenek moyang kita semuanya pejuang dalam menuntut hak. Jangan terus selesa menjadi lembik. Masyarakat melayu dulu pernah turun padang, masuk ceruk kampung, berdemonstrasi, memboikot british ketika penentangan melayu terhadap Malayan union. Mereka bangkit diluar jangkaan orang british sendiri kerana sebelum itu, orang melayu amat lembut dan mudah di perkotak katikkan. oleh itu, Dalam tulisan kali ini, saya sertakan Sinopsis perjalanan penentangan melayu terhadap Malayan union secara ringkas. dengan harapan melayu kembli sedar bahawa suatu masa dahulu mereka sebenarnya adalah pejuang.
-Suara-suara orang melayu terpampang si semua akhbar melayu. Mereka membidas Malayan Union yang dianggap merampas hak serta menghapuskan ketuanan melayu di bumi mereka sendiri.
Utusan Melayu, 12 oktober 1945 mencatatkan:
“…..dari pandangan sepintas lalau dapatlah diketahui bahawa cadangan Malayan Union itu menguntungkan orang-orang bukan melayu. Hal ini amat mencemaskan fikiran dan perasaan mengenai hari depan mereka”
Akhbar ketika itu memainkan peranan besar sebagai medium maklumat antara pemimpin melayu dan sekelian rakyat.
Wahai akhbar-akhbar sekarang? Kalian tidak rindu kah zaman sebelum kemerdekaan dahulu? Zaman kalian bebas menulis dari hati seorang rakyat kepada rakyat. Tanpa karenah birokrasi sepeti sekarang, kalian menyumbang jasa dalam perjuangan. Kalian boleh bebas dari belenggu cekaman akta penulisan. Jika dengan british kalian berani, kenapa takut dengan pemerintahan sekarang? Tepuk dada Tanya iman.
Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union menyatukan orang melayu (41 buah persatuan seluruh tanah melayu hadir) sehinggga lahir UMNO hasil kongres Melayu yang telah di adakan pada 1-4 Mac 1946.
Dalam hal ini, kita berterima kasih kepada UMNO veteran yang ikhlas berjuang. Meskipun tujuan penubuhan bertujuan memperjuangkan perpaduan serta ketuanan melayu, tanpa Islam sebagai wadah. Sekurang-kurang ada manfaat juga kepada bangsa ketika itu. Sekarang, bangsa melayu entah ke mana, agama terus hura hara.
Tidak cukup dengan kongres, Dato Onn Jaafar memainkan peranan besar menasihati Raja-Raja melayu supaya memulaukan pengisytiharan Sir Edwar Gent selaku gabenor Malayan Union pada 1 April 1946.
Raja-raja melayu juga mengambil tindakan tegas membantah Malayan Union. Raja-raja sebulat suara tidak menghadiri mesyuarat pertama majlis melayu yang di adakan pada 2 April 1946 sebaliknya raja-raja melayu telah menyokong usaha Dato Onn dan UMNO dalam memperjuangkan ketuanan melayu dan mendesak british menghapuskan melayan union.
Demonstrasi besar-besaran telah di adakan di Bandar-bandar seluruh tanah melayu. Di Kota Bharu, kehadiran Mac Michael pada 15 disember 1945 telah mencetuskan satu demonstrasi yang melibatkan 10,000 orang.
Dato Onn telah memimpin 15,000 orang melayu mengadakan bantahan secara besar besaran pada 10 Februari 1946 menyatakan pendiran mereka terhadap Malayan Union.
Orang melayu memakai kain lilit putih di songkok sebagai tanda berkabung menentang Malayan Union.
Akhirnya Malayan Union gagal dilaksanakan. Ia membawa kepada pembentukan persekutuan tanah melayu pada 1 februari 1948 hasil dari rundingan British, Raja-raja melayu dan UMNO.
Kesimpulan, hasil kesedaran kuasa rakyat, Malayan Union akhirnya gagal di laksanakan. Sikap mereka takut untuk berubah lantaran banyak termakan budi britsih sehinggakan masyhur perkataan orang dahulu kala “tanpa bristish bagaimana kita mahu hidup”. Rakyat melayu sebenarnya pejuang, sebenarnya kita dari benih pejuang. Darah yang mengalir adalah darah pejuang. Tidak mahu kah kita mengulangi sejarah tersebut?
Saya membuat kesimpulan ringkas kejayaan rakyat melayu membantah Malayan union lantaran ledakan persaan rakyat “berubah dan merubah” dan serta semangat para pimpinan melayu serta Raja melayu memperjuangkan “dari rakyat untuk rakyat” serta peranan Media Massa yang menyampaikan berita sebenar kepada rakyat.
Mendidik 'HATI NEGARA' dengan Tazkirah, Zikir dan Mujahadah
Dalam konteks sistem demokrasi, HATI yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah rakyat dan anggota badan adalah pemerintah. Ini kerana kuasa rakyat boleh menentukan kebaikan dan keburukkan sesebuah pemerintahan. Justeru itu, ‘Hati Negara’ ini perlu dibangunkan juga dengan tiga aspek tersebut iaitu tazkirah, zikir dan mujahadah.
Tazkirah ialah rakyat wajib diberi faham politik, zikir ialah mendidik rakyat memahami tanggungjawab mereka dengan Allah dalam amal ma’ruf dan nahi mungkar, mujahadah ialah mengajak rakyat berani melakukan perubahan serta sanggup berkorban demi kebaikan ummah.
Sunday, August 22, 2010
Perubahan Landskap Politik
Ia menjadikan rakyat melayu atas pagar serba salah, UMNO telah banyak melukakan perasaan orang Melayu walaupun banyak jasanya pada Negara, namun keyakinan mereka juga pada PAS boleh mengambil alih kepimpinan UMNO masih goyah. Hujah yang dikemukan oleh pihak yang mengambil pendirian menyokong UMNO juga ada asasnya. Mereka melihat bahawa PAS bukannya parti yang mengetuai Pakatan Rakyat sedangkan UMNO adalah parti yamg memimpin BN. Rata-rata orang Melayu masih kurang keyakinan pada PKR sebagai parti yang boleh memimpin pakatan Rakyat serta dapat menguatkan Melayu dan Islam. Pas dibimbangi hanya menjadi parti melukut dalam pakatan Rakyat apabila memerintah bukannya sebagai pemimpin. Peribadi Anwar , sikap pemimpin-pemimpin dalam kalangan PKR dan kelemahan parti masih menjadi keraguan ramai golongan melayu atas pagar untuk mereka menyokong Pakatan Rakyat.
Pas adalah parti Melayu Islam yang paling terbesar selepas UMNO dimana kini seruan untuk penyatuan bagi kedua pihak sentiasa berkumandang demi kekuatan orang Islam dan melayu. Namun bagi mereka yang mengenali Pas atau UMNO, amat mustahil pada akal pada masa kini mereka akan bergabung disebabkan beberapa faktor. Penyatuan kurang memberi kebaikan dalam penyuburan demokrasi dimana kuasa tetap akan dipegang oleh ahli politik, rakyat tiada diberi kuasa membuat penilaian dan pemilihan sepenuhnya. Penyatuan juga menyebabkan amat sukar antara kedua parti untuk menegur secara lantang kesalahan –kesalahan yang dilakukan antara kedua pihak kerana menjaga perhubungan. UMNO akan sukar untuk mengikut segala kehendak PAS dan PAS pula tidak akan berganjak dengan segala tuntutannya. Akhirnya akan membawa ketidak selesaan dua pihak yang jalan penyelesaiannya ialah membawa kepada keluar parti semula. Pengalaman wajib menjadi pedoman dan kerana itulah saya melihat Tuan Guru Nik Abd Aziz tetap tegas dengan pendiriannya tidak akan bersatu disebabkan pengalamannya bahawa PAS dan UMNO tidak memiliki keserasian sikap dan budaya untuk duduk bersama dalam pentadbiran.
Demi penyuburan proses demokrasi dan kematangan politik di Malaysia, Malaysia perlu menuju kepada dua Gagasan Parti agar rakyat dapat membuat pilihan untuk diserahkan pentadbiran Negara ini demi kebaikan mereka. Hasil kajian yang dilakukan oleh pihak kami, untuk mencapai tujuan tersebut beberapa perkara yang dilakukan.
1. UMNO dan BN perlu direhatkan setelah 53 tahun memerintah demi membaiki kerosakkan yang sudah parah dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat pula memerintah agar rakyat diberi peluang membuat penilaian prestasi pentadbiran mereka setelah begitu lama memberi peluang kepada BN memerintah.
2. Pas perlu menganti UMNO dalam kepimpinan Melayu Islam dengan mengetui Pakatan Rakyat dan dari kalangan pemimpinnya dilantik menjadi PM apabila memerintah. Parti Pas dan kepimpinannya dilihat lebih berwibawa dan menyakinkan daripada Parti PKR dan kepimpinannya dalam menerajui kepimpinan Melayu Islam.
3. Hak kepimpinan Melayu Islam, Keistimewaan Bumiputera, Raja berpelembagaan dan perkara yang baik termaktub dalam perlembagaan wajib dikekalkan dan dipertahankan.
4. UMNO perlu menjadi pembangkang yang baik dalam mengawal dan memberi nasehat kepada PAS dalam mengetui Pakatan Rakyat dan pemerintahan.
5. Ngo Melayu dan Islam perlu memainkan peranan yang aktif dalam mengawal liberalisma PKR serta tindak tanduk DAP jika dilihat boleh membawa permasalahan kepada perpaduan kaum dan keharmonian negara.
6. Raja-Raja Melayu perlu memainkan peranan dengan kuasa serta pengaruh yang dimiliki dalam menjamin kestabilan Negara dan perpaduan rakyat semua kaum.
7. Para ulama wajib memainkan peranan dalam pembinaan akhlak rakyat agar perbezaan politik tiada membawa kepada perpecahan ummah malah sebagai kerahmatan.
8. Rakyat perlu menjauhi sifat taksub melampau pada mana-mana parti. Mereka perlu bersifat rasional dan sentiasa menilai prestasi parti yang memerintah agar dapat membuat penilaian lima tahun sekali. Jika dilihat berkemampuan serta banyak memberi kebaikan pada agama,rakyat dan Negara, parti tersebut perlu dikekalkan lagi tanpa ada tempoh tertentu begitu jugalah sebaliknya. Hak kekuasaan politik perlu berada pada tangan rakyat bukannya pada Parti atau kalangan orang politik.
9. Dua Gagasan Parti perlu mendukung penyuburan demokrasi dengan menunjukkan sifat hormat pada pemilihan Rakyat dalam pilihanraya bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa apabila dilihat menolak mereka.
10. Kebebasan media massa perlu diberi sebagai sumber maklumat serta dihidupkan majlis diolag, debat antara dua pihak agar rakyat dapat membuat pilihan yang tepat berdasarkan maklumat yang tepat.
11. Pergiliran dua gagasan parti wajib memastikan kekuasaan kepimpinan politik Melayu Islam, hak bumiputera dan Raja berperlembagaan tetap terjamin tanpa meminggirkan keadilan kepada kaum lain.
Sesungguhnya Malayasia perlu menuju kepada kematangan politik yang berasaskan kepada kasih sayang sesama islam dan kaum, keadilan hak, kebebasan, keberanian dan keterbukaan. Politik monopoli perlu dihentikan dimana dalam sistem politik monopoli, ahli-ahli politik boleh melakukan apa jua tanpa rakyat mempunyai kekuasaan untuk menghentikan kerana tiada pilihan. Rakyat tidak dibentuk dengan kebebasan serta keberanian dalam melakukan perubahan walaupun banyak dasar membebankan dan merugikan mereka. Demokrasi tidak wujud sepenuhnya dimana pelbagai sekatan, ugutan dan pengawalan sumber maklumat sehingga rakyat menjadi kaku dan lemah daya fikir dalam politik. Akhirnya politik banyak ditunjang oleh perasaan marah, dendam, benci kerana ketidakadilan serta merasai dizalimi. Ia tidak sesuai dengan perubahan Negara yang menuju kepada era kemajuan sedangkan budaya pemikiran politik masih mundur tanpa perubahan. Inilah pandangan serta hasil kajian yang dilakukan, pihak kami tidak mengharap semuanya diterima namun ia perlu menjadi perbincangan dalam menuju dimensi politik baru. Marilah kita bersama berubah dan merubah, kepada Allah kita bertawakkal.
al Faqir Walid
Wednesday, August 18, 2010
Ramadhan : Puasa Martabat Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat
Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam bersabda:"Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tiada bertemunya, ia sangat rugi.” (Imam Ahmad dan An-Nasai)Ramadhan kini datang kembali. Ada sahabat kita yang telah kembali kepada Allah tanpa sempat bersama dengan Ramadhan kali ini. Kita yang dapat bersama Ramadhan lagi ini pun belum tentu dapat menemuinya lagi di tahun akan datang. Mungkin Ramadhan ini adalah yang terakhir dalam kehidupan kita di alam yang fana ini.Ramadhan begitu istimewa di sisi Allah dalam kurniaan kepada hamba-hambaNya. Kita bukan kekasih Allah yang dapat melihat dengan kasyaf terhadap perubahan alam dan langit pada bulan Ramadhan, namun kita mengetahui ia amat istimewa melalui sabda-sabda Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam dan tulisan para ulama.Persiapan diri dalam mengharungi Ramadhan amatlah penting agar kemuliaannya tidak berlalu begitu sahaja. Kita tidak mahu menjadi golongan yang sekadar mendapat lapar dan dahaga, tetapi kita perlu mencapai hakikat yang dikehendaki Allah.Mari kita mengharungi puasa dengan mencapai maqam Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat.Pada maqam Syariat, kita menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkannya. Pada maqam Tarekat, kita berpuasa pada qalbi dengan menghilangkan ingatan yang lain, hanya kepada Allah semata-mata serta memelihara gerak nafsu, pandangan, pendengaran, perkataan, perbuatan dari perkara-perkara yang diharamkan.Puasa pada martabat Hakikat, menenggelamkan diri dalam kecintaan dengan berpuasa cinta yang lain melainkan hanya pada Allah dan Rasul. Manakala puasa pada maqam Makrifat ialah dengan membuka cahaya Syuhudiah pada mata hati sehingga berpuasa dari memandang yang lain melainkan Allah.Puasa pada perut adalah amalan syariat, diamalkan pada bulan ramadhan. Puasa pada qalbi, ruh dan sirr adalah amalan para Salik, Ahli Khawwas, Ahli Khawwas al-Khawwas yang tiada baginya bulan tertentu, diamalkan sepanjang kehidupan mereka demi menyempurnakan maqam kehambaan.Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan mendalamkan perasaan Kehambaan, Syukur dan Cinta!Cukuplah wahai sahabat menghitung-hitung amal dan bergembira dengannya. Allah tiada memandang pada bilangan amal yang zahir semata-mata, melainkan memandang kepada hakikat yang dicapai pada qalbinya.Apa maknanya amal tanpa mencapai hakikat kerana ia tiada akan membawa apa-apa perubahan jiwa dalam mencapai kehambaan. Jangan jadikan puasa sebagai ritual ibadah semata-mata, namun hendaklah masuk ke pintu Ramadhan bagaikan masuk ke pintu madrasah pembinaan rohani untuk menghasilkan iman yang bergetar hatinya apabila menyebut nama Allah.Firman Allah SWT :“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (al-Baqarah : 183)Madrasah Ramadhan, masuknya melalui pintu kerahmatan dan keluar melalui pintu keampunan sehingga menemui mutiara ketakwaan. Mutiara takwa disematkan ke dalam qalbu dalam setiap detik nafas kehidupan sehingga memancar kilauannya yang membawa kepada lautan dzauk, asrar, hal, fana dan maqam.Titiskan air mata bersama dengan taubat penyesalan kerana tiada menghargai Ramadhan yang menjelma dalam kehidupan yang lalu. Sematkan azam, kuatkan hemah agar kali ini kita dapat mencapai mutiara-mutiara yang indah dalam rahsia lautan Ramadhan kurnia Dzat Yang Maha Agung.Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam bersabda:“Semua amalan anak Adam adalah untuk mereka sendiri kecuali puasa, ia adalah untukku dan Akulah yang memberikan ganjarannya…” (Bukhari dan Muslim)
al faqir Walid
Monday, August 9, 2010
Malaysia Perlu Menuju kepada dua Gagasan Parti Politik
Justeru Islam mengajar kita hanya wajib taat pada Allah dan Rasul sahaja tanpa ada bantahan, namun pada pemimpin dikalangan manusia, kepatuhan tiada mutlak yang melibatkan syarat-syarat yang ditetapkan. Kebijaksanaan politik perlu dipupuk pada rakyat ketika remaja lagi agar mereka menyedari kepentingan diri mereka terhadap masa depan Negara.
Kelantan boleh dianggap universiti politik kerana rakyatnya pandai mengajar orang politik bagaimana untuk berpolitik secara jujur. Mereka tiada terikat sepenuhnya dengan mana-mana parti tetapi mendukung prinsip "apa kebaikan parti itu pada mereka". Baik Pas atau Umno perlu berhati-hati dengan kesedaran politk rakyat kelantan yang mana mereka boleh berubah dengan sekelip mata jika dilihat dasar atau perangai pemimpin yang menyusahkan mereka. Ramai ahli politik yang tertipu dengan rakyat kelantan, mereka tidak menunjukkan zahir sikap mereka pada mana-mana parti, mereka boleh bersama dengan apa aktiviti mana-mana parti , kadangkala sikap zahir mereka terhadap parti tertentu tidak mengambarkan pegangan mereka yang sebenar. Mereka yang berada dalam UMNO boleh memangkah PAS begitu juga mereka dalam PAS boleh memangkah UMNO jika tidak bersetuju dengan sesuatu isu. Kaum Cina juga adalah golongan yang bijak politik, mereka bukan golongan fanatik pada parti MCA, GERAKAN atau DAP, mereka adalah golongan yang bijak dalam menuntut kemahuan mereka dengan orang-orang politik. Mana-mana parti yang dilihat dapat memberi apa yang mereka mahu, mereka akan bersatu menyokongnya walaupun baju tubuh mereka MCA, GERAKAN atau DAP. Maka parti-parti kaum cina amat takut pada kaumnya dan berlumba-lumba memberi yang terbaik pada kaum mereka.
Kesedaran politik kaum India juga sudah mula kelihatan sehingga mereka sudah berani mengajar Presiden MIC sendiri dan pengikutnya apabila melihat sudah tidak mampu membela mereka. Kebijaksanaan rakyat kelantan kini telah menular pada Selangor, Kedah, Perak, Terengganu dan Pulau pinang, Negeri Sembilan, Serawak dan Negeri-negeri yang lain. Sikap ini amat memberi kebaikan pada rakyat dan mengerunkan parti-parti politik yang memerintah sehingga ramai pemimpin UMNO kini tidak tidur malam disebabkan takut dosa-dosa mereka akan dihukum oleh rakyat nanti.
Rakyat sudah mula memahami bahawa dalam sistem demokrasi, kuasa rakyat adalah raja yang patut digeruni dan parti politik adalah khadam yang perlu mematuhi. Kesedaran kuasa politik ini sudah lama dimiliki oleh negara-negara Eropah, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, Indonesia dan lainnya. Para pemimpin Negara-negara tersebut akan meletak jawatan jika adanya penyelewengan atau skandal kerana tidak sanggup berdepan dengan persoalan rakyat.
Sesetengah golongan Melayu dan India di malaysia kini masih berada dalam lingkaran ketaksuban kepada parti walaupun persekitarannya sudah berubah kepada pemikiran baru. Jiwa mereka mahu perubahan tetapi penuh keraguan kerana tiada kemerdekaan. Ini disebabkan mentaliti pemikiran mereka sudah lama diperbodohkan oleh Umno dan BN. Umno melakukan pelbagai penyelewengan dan kejahatan pada orang melayu dan rakyat, namun kerana tiada kesedaran, dan homework yang dilakukan oleh rakyat secara serius, mereka terus senang ditipu dan diperbodohkan dengan pelbagai slogan dan program. Kejahatan yang paling besar dilakukan oleh umno pada bangsa melayu ialah menjadikan mereka tiada daya fikir dan tiada jiwa yang berani. Mereka mahu rakyat ini terus berada antara bodoh dan cerdik, jika terlalu cerdik atau bodoh akan menyusahkan mereka, justeru itu merangka sistem pendidikan yang menjadikan rakyat yang cerdik-cerdik bodoh, mereka cerdik dalam bidang mereka tapi bodoh dalam bidang lain malah langsung tiada kepekaan dengan politik. Segala pintu maklumat yang lain daripada mereka akan dikawal dengan pelbagai akta, mereka mahu rakyat terus menerima maklumat daripada Berita yang dikawalnya seperti saluran TV RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan lainnya. Dengan cerdik bodoh ini, rakyat terus menyembah para pemimpin mereka tanpa mengetahui penyelewengan mereka atau buat tak tahu walaupun tahu.
Rakyat perlu keluar dari pemikiran ini dengan mendukung kewujudan dua gagasan parti politik. Penyatuan UMNO dengan PAS yang sedang diusahakan oleh golongan tertentu hanya membawa kembali kepada kemunduran dan pemandulan pemikiran politik rakyat Malaysia. Iklim politik Malaysia mengkehendaki dua gagasan parti tetap meletakkan orang melayu Islam mengetuainya dan kaum lain tiada dipinggirkan. Mana-mana gagasan politik yang tiada meletakan orang Melayu Islam sebagai kuasa utama, gabungan tersebut akan ditolak oleh rakyat Melayu Islam , begitu juga jika gagasan itu tidak menghimpun bersama parti kaum lain juga akan ditolak oleh kaum lain. Orang Melayu tiada kerugian apa-apa apabila berlakunya penukaran kepada Pakatan Rakyat, yang rugi hanya Melayu dalam UMNO. Jika PAS dan UMNO disatukan, kuasa melayu yang memimpin dua gagasan parti di Negara ini tidak akan wujud, ia hanya memberi kebaikan pada pemerintah tetapi bukan pada rakyat untuk diberi kuasa membuat pilihan. Perpecahan orang melayu dalam politik tidak boleh dianggap merugikan malah amat menguntungkan orang melayu apabila dua golongan ini bersaing dalam memberi kebaikan pada orang Melayu Islam dan kaum lain. Apa yang penting perpecahan politik tidak dibawa dalam bentuk emosi kemarahan sehingga membawa perpecahan dan kelemahan bangsa seperti memulau makan kenduri, tidak bertegur sapa, kafir mengkafir, menghentikan bantuan, menyekat peluang kerja, menahan projek, menahan royalti dan lainnya . Sikap politik sempit dan tidak matang ini yang perlu diperbetulkan antara pendukung kedua pihak bukannya perlu pergabungan Parti . Perbezaan pendapat boleh menjadi rahmat jika pandai menanganinya secara positif dan ianya akan membawa kemajuan kepada bangsa Melayu Islam di Negara ini.
Kita perlu bangunkan budaya fikir dan berani membuat perubahan dikalangan rakyat dengan mengerakkan seluruh rakyat supaya prihatin pada politik demi masa depan mereka. Jika hanya ada satu parti yang perlu dipilih tanpa ada persaingan untuk rakyat membuat pilihan, ia akan merugikan rakyat kerana terpaksa memilih mereka walaupun setuju atau tidak setuju. Sistem demokrasi hanya wujud pada nama tetapi tak wujd dalam perlaksanaan yang sebenarnya. Ia akan menyebabkan budaya fikir rakyat akan lemah sehingga akan menjadi golongan yang tiada minat dengan politik. Pemimpin akan terus dapat melakukan penyelewengan tanpa takut kerana rakyat tiada pilihan yang diberi seperti TNB yang rakyat terpaksa menerima apa jua kenaikan bacaan meter. Pengabungan PAS dan UMNO hanya menyemarakan lagi api perkauman dan dibimbangi akan merebak menjadi barah yang tiada mampu dikawal lagi sehingga membawa bahaya pada Negara. Saingan Gagasan dua parti politik yang mempunyai dasar dan corak pentadbiran yang berlainan menjadikan rakyat mempunyai pilihan dan akan menjadi kuasa yang digeruni oleh kedua Gagasan Politik. Rakyat perlu memiliki nilai agama , akhlak yang tinggi serta memperbanyakkan diolag terbuka antara dua gagasan parti ini agar dapat memberi peluang kepada rakyat menilai siapakah yang sepatutnya diserahkan pentadbiran Negara ini?
Politik yang meletakkan parti sebagai raja yang wajib dipatuhi rakyat dengan taktik menakutkan dengan pelbagai ugutan dan ancaman perlu dibuang pada era dunia penuh maklumat ini. Iklim politik yang meletakkan orang Melayu Islam sebagai kuasa politik utama perlu dipertahankan namun gagasan parti politk serta dasar-dasar dan pengurusan negara perlu ada penilaian. Kewujudan persimbangan dua kuasa gagasan rakyat amat memberi kebaikan jika rakyat bijak menggunakannya, mereka bagaikan puteri yang menjadi rebutan dua jejaka. Marilah kita berganding bahu mendukung pembinaan kuasa rakyat diatas landasasan prinsip ajaran Allah dan Rasul demi Masa depan Agama, Negara dan Rakyat.
Rakyat Malaysia perlu berterima kasih pada kebijaksanaan Anwar Ibrahim, keterbukaan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketegasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan dukungan pimpinan DAP yang telah berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat sehingga membawa kesimbangan kepada senario politik Negara dalam memberi cabaran kepada Barisan Nasional. Dengan kewujudan Pakatan rakyat, Rakyat kini sudah mula mempunyai pilihan sehingga pihak pemerintah hari ini sudah mula pandai dengan ayat muhasabah, berubah jika kita tidak mahu diubah, Dato Seri Perdana Menteri mula turun padang. Maka lahir slogan
"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"
"satu Malaysia"
Pihak permerintah mula menyedari perlu kepada penyatuan Melayu Islam dengan Pas. mereka mula gerun dengan suara rakyat dan mula membaiki kelemahan pemimpin dan pengurusan.
Kepada generasi baru, marilah kita mengenang jasa UMNO dan BN sebagai gagasan parti yang ada jasa dalam permodenan Malaysia, namun UMNO sudah sampai masanya mereka berehat dengan memberi peluang kepada Gagasan Parti Politik alaf baru mentadbir Negara ke arah yang lebih baik. Kereta BN hanya mampu dibawa 100 kilometer sejam, jika dipecut lagi akan menyebabkan pecah enjinnya bahkan mungkin tercabut tayar dan pintunya kerana sudah uzur. Kita perlu menukar kepada kereta baru yang mampu membawa 200 kilometer sejam kerana keadaan lebuh raya dan had laju telah berubah. Kereta UMNO tak mampu lagi untuk meneruskannya. Jika diteruskan juga, akan membawa lebih banyak kerosakan kepada kereta tersebut dan lebuhraya boleh tercemar dengan asap-asap hitam busuk yang keluar melalui ekzosnya. Ia perlu dimasukkan dalam bengkel dalam tempoh tertentu untuk baik pulih sebelum kerosakannya terus bertambah.
Marilah kita Berubah dan Merubah, kepada Allah jua kita bertawakkal.
Firman Allah :
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri". Surah Ar-Ra'd (ayat 11).
"Membina Kesedaran Kuasa Rakyat"
Al Faqir Walid
Thursday, August 5, 2010
Isu Penyatuan UMNO - PAS (bahagian 2/2)
Pulau Manis, K. Terengganu
Isu Penyatuan UMNO - PAS (Bahagian 1)
Saya rasa ada baiknya ianya dikongsi bersama dengan teman-teman dan para muhibbin sekelian kerana perkara ini berkait dengan manhaj perjuangan Walid dan penting juga untuk kita memahami isu ini dengan sebaik-baiknya.
Kandungan penuh surat ini disiarkan dalam dua bahagian. :. Ibadur Rahman
****************************************
Assalamualaikum kepada para sahabat yang dikasihi,
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda di depan sahabat yang bermaksud :