RSS

Friday, August 27, 2010

Darah Melayu adalah darah perjuangan

Agak penat hari ini sebenarnya tapi aku cuba gagahkan diri dengan harapan mesej dari fikiran ini sampai kepada pembaca meskipun tidak bersuara. Sebenarnya tulisan dalam medan perjuangan lebih bahaya dari pidato berjam lamanya. Pembaca boleh rujuk dalam sejarah kebangkitan tamadun terdahulu. Kali ini saya ingin membawa pembaca kepada sebuah persoalan. Adakah orang melayu memang bukan pejuang? Bukan apa saya ketengahkan topik ini. Rata-rata melayu sekarang, bila di tanya tentang pemerintahan kerajaan sekarang, nescaya mereka menjawab dah tak relevan akibat terlalu lama. Jawapan tersebut menggambarkan bahawa orang melayu sebenarnya masih waras dalam menilai tindak tanduk pemimpin.

Meskipun mereka menyedari akan penyelewengan hari ini, mereka masih belum bersedia untuk berubah. Atau mereka takut untuk berubah? mereka seolah-olah berada di zon selesa. “Aku boleh makan cukupla” pemikiran begini lah yang menyebabkan mereka tidak ada semangat pejuang untuk menggulingkan kerajaaan. Penting diri tanpa memikirkan orang lain.

saya tidak mengajak pembaca sekelian membenci UMNO atau taksub pada mana-mana parti. saya hanya mahu kita ini sedar, sedar yang kita ada kuasa untuk memilih siapa di atas untuk memikul amanah rakyat. Jika kita lihat mereka gagal, rehatkan mereka. Kemungkinan dengan kerehatan tersebut, UMNO akan bermuhasabah dan kembali menjadi pesaing berbakti kepada rakyat. Tiada yang perlu di hairankan, dalam dunia organisai korporat atau pengurusan. Pecat-memecat perkara biasa bukan di sebabkan kebencian. Gagal melaksanakan kerja dan pemecatan perkara berbeza. Kena faham elok-elok.

Esok-esok jika pakatan rakyat memerintah, bukan bermakna kita akan taksub membabi buta menyokong segalanya. Perkara baik pada rakyat kita sokong dan jika terdapat perkara merugikan rakyat, kita bantah. Kita wajib gunakan kuasa rakyat dalam diri kita ini sebagai satu kawalan agar pemimpin sentiasa bekerja untuk rakyat ekoran takut akan kemarahan rakyat.

Perasaan takut di gulingkan rakyat menjadi mekanisme mengawal tindak tanduk ahli politik. Masalahnya sekarang, rakyat sekarang atau khususnya melayu diam seribu bahasa. Hanya RM600 duit ihsan, jadi bisu terus. Makin naik tocang la pemerintah hari ini.

Sedar lah pembaca terutama bangsa melayu. Tatkala kesedaran poltik bangsa lain sudah berubah, Kita masih selesa tinggal di rumah usang yang hampir 53 tahun usianya. Sedarlah kita adalah melayu yang lahir dari bangsa pejuang. Nenek moyang kita semuanya pejuang dalam menuntut hak. Jangan terus selesa menjadi lembik. Masyarakat melayu dulu pernah turun padang, masuk ceruk kampung, berdemonstrasi, memboikot british ketika penentangan melayu terhadap Malayan union. Mereka bangkit diluar jangkaan orang british sendiri kerana sebelum itu, orang melayu amat lembut dan mudah di perkotak katikkan. oleh itu, Dalam tulisan kali ini, saya sertakan Sinopsis perjalanan penentangan melayu terhadap Malayan union secara ringkas. dengan harapan melayu kembli sedar bahawa suatu masa dahulu mereka sebenarnya adalah pejuang.

-Suara-suara orang melayu terpampang si semua akhbar melayu. Mereka membidas Malayan Union yang dianggap merampas hak serta menghapuskan ketuanan melayu di bumi mereka sendiri.

Utusan Melayu, 12 oktober 1945 mencatatkan:

“…..dari pandangan sepintas lalau dapatlah diketahui bahawa cadangan Malayan Union itu menguntungkan orang-orang bukan melayu. Hal ini amat mencemaskan fikiran dan perasaan mengenai hari depan mereka”

Akhbar ketika itu memainkan peranan besar sebagai medium maklumat antara pemimpin melayu dan sekelian rakyat.

Wahai akhbar-akhbar sekarang? Kalian tidak rindu kah zaman sebelum kemerdekaan dahulu? Zaman kalian bebas menulis dari hati seorang rakyat kepada rakyat. Tanpa karenah birokrasi sepeti sekarang, kalian menyumbang jasa dalam perjuangan. Kalian boleh bebas dari belenggu cekaman akta penulisan. Jika dengan british kalian berani, kenapa takut dengan pemerintahan sekarang? Tepuk dada Tanya iman.

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union menyatukan orang melayu (41 buah persatuan seluruh tanah melayu hadir) sehinggga lahir UMNO hasil kongres Melayu yang telah di adakan pada 1-4 Mac 1946.

Dalam hal ini, kita berterima kasih kepada UMNO veteran yang ikhlas berjuang. Meskipun tujuan penubuhan bertujuan memperjuangkan perpaduan serta ketuanan melayu, tanpa Islam sebagai wadah. Sekurang-kurang ada manfaat juga kepada bangsa ketika itu. Sekarang, bangsa melayu entah ke mana, agama terus hura hara.

Tidak cukup dengan kongres, Dato Onn Jaafar memainkan peranan besar menasihati Raja-Raja melayu supaya memulaukan pengisytiharan Sir Edwar Gent selaku gabenor Malayan Union pada 1 April 1946.

Raja-raja melayu juga mengambil tindakan tegas membantah Malayan Union. Raja-raja sebulat suara tidak menghadiri mesyuarat pertama majlis melayu yang di adakan pada 2 April 1946 sebaliknya raja-raja melayu telah menyokong usaha Dato Onn dan UMNO dalam memperjuangkan ketuanan melayu dan mendesak british menghapuskan melayan union.

Demonstrasi besar-besaran telah di adakan di Bandar-bandar seluruh tanah melayu. Di Kota Bharu, kehadiran Mac Michael pada 15 disember 1945 telah mencetuskan satu demonstrasi yang melibatkan 10,000 orang.

Dato Onn telah memimpin 15,000 orang melayu mengadakan bantahan secara besar besaran pada 10 Februari 1946 menyatakan pendiran mereka terhadap Malayan Union.

Orang melayu memakai kain lilit putih di songkok sebagai tanda berkabung menentang Malayan Union.

Akhirnya Malayan Union gagal dilaksanakan. Ia membawa kepada pembentukan persekutuan tanah melayu pada 1 februari 1948 hasil dari rundingan British, Raja-raja melayu dan UMNO.

Kesimpulan, hasil kesedaran kuasa rakyat, Malayan Union akhirnya gagal di laksanakan. Sikap mereka takut untuk berubah lantaran banyak termakan budi britsih sehinggakan masyhur perkataan orang dahulu kala “tanpa bristish bagaimana kita mahu hidup”. Rakyat melayu sebenarnya pejuang, sebenarnya kita dari benih pejuang. Darah yang mengalir adalah darah pejuang. Tidak mahu kah kita mengulangi sejarah tersebut?

Saya membuat kesimpulan ringkas kejayaan rakyat melayu membantah Malayan union lantaran ledakan persaan rakyat “berubah dan merubah” dan serta semangat para pimpinan melayu serta Raja melayu memperjuangkan “dari rakyat untuk rakyat” serta peranan Media Massa yang menyampaikan berita sebenar kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment