RSS

Sunday, August 29, 2010

Takziah Mahasiswa

GEORGETOWN: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mahu berbincang dengan Pemuda PAS dan GERAKAN berhubung soal sama ada dibolehkan pelajar institusi pengajian tinggi aktif dalam politik.

Beliau berkata, ia bertujuan bagi mendapatkan pandangan terbaik daripada pelbagai pihak sebelum sebarang keputusan mengenai perkara itu diputuskan.


"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri sangat terbuka dengan perkara ini, maknanya ia masih lagi boleh dibincangkan antara pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju," katanya di sini, hari ini.


Saifudin berkata, banyak faedah boleh diperolehi sekiranya dibenarkan pelajar menyertai parti politik yang antaranya dapat mematangkan sistem demokrasi di samping memberikan hak berpolitik kepada pelajar.

"Kumpulan pelajar yang berminat dengan politik sangat kecil, walaupun begitu hak mereka tetap tidak boleh dinafikan untuk sertai politik, Kita harus fahami matlamat cadangan itu dan lambat laun perkara ini akan menjadi kenyataan," katanya. - Bernama

Sumber Berita Harian 29 Ogos 2010

Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan masa hadapan. Pada suatu masa dahulu, gerakan mahasisiwa terkenal menjadi tali penghubung antara rakyat dan pemerintah. Mereka di pandang tinggi dan di hormati masyarakat. Akan tetapi perkara ini tidak lagi berlaku. Jika adapun tidak ketara lantaran undang-undang menyekat langkahan kaki mereka. Pemerintah harus ingat, mereka memang boleh mengikat kaki Mahasiswa dari aktif berpolitik dengan pelbagai akta. Namun mereka tidak akan sesekali berjaya mengongkong pemikiran Mahasiswa untuk celik politik. Adakah permerintah takut golongan pelajar ini menentang mereka? tetapi adakah tindakan kenakan akta akan memulihkan sokongan mereka? sesungguhnya semakin kerajaan menekan mereka, semakin membara kemarahan mereka terhadap pemerintah.

Untuk pemerintah yang di hormati. ketepikan soal taksub kepartian. Jangan gadaikan intelektual mereka. Mahasiswa dewasa ini tidak ubah seperti singa sarkas di sangkar. Keganasan seekor singa akhirnya menjadi si kucing yang malu-malu dan sekadar di buat permainan serta menyerah kepatuhan tanpa mengundur langkah. Walhal, si singa jauh lebih berkuasa dari Tuan, sekali serang terus Tuan menjadi korban.

Sekiranya mahasiswa itu aktif berpolitik, maka secara tidak langsung mereka akan mengambil tahu perkara-perkara berkaitan sosial, ekonomi, dan berita semasa sambil berlatih ke depan berpidato. Sifat intelektual dan bergetahuan luas akan menjadi perwatakan pelajar Universiti. Pihak di atas tak seronok ke sifat demikian menjiwai pelajar.?

Sekarang sebut pelajar Universiti sahaja, masyarakat terbayang kes buang anak, pergaulan bebas dan yang paling sedih kemujudan fikiran. Kebanyakan mereka hanya mengambil tahu berkenaa kursus yang di pelajari, itu pun kerana ingin memenuhi jawapan kertas peperiksaan. Sekiranya di ajukan persoalan tentang hal lain, “eh, bukan kos saya tu”. Lumrah jawapan yang biasa kita dengar. Itu belum persoalan hal semasa lagi. Sesetengah mereka, langsung tak tahu apa yang berlaku di dalam Negara.

Lahirlah para siswa yang hanya terleka dengan hiburan dan kehidupan syok sendiri.”aku budak Universiti,kononnya”...

Untuk Mahasiswa, jangan mengalah. Teruskan ke hadapan. Perjuangan tidak semestinya secara zahir kadang-kadang pergerakan rahsia lebih berkesan. Lantaran masih terperangkap dengan perundangan, ia bukan satu alasan malah membuka ruang kreatif di minda mencari lorong tersembunyi menembusi hati rakyat.

No comments:

Post a Comment