Ia menjadikan rakyat melayu atas pagar serba salah, UMNO telah banyak melukakan perasaan orang Melayu walaupun banyak jasanya pada Negara, namun keyakinan mereka juga pada PAS boleh mengambil alih kepimpinan UMNO masih goyah. Hujah yang dikemukan oleh pihak yang mengambil pendirian menyokong UMNO juga ada asasnya. Mereka melihat bahawa PAS bukannya parti yang mengetuai Pakatan Rakyat sedangkan UMNO adalah parti yamg memimpin BN. Rata-rata orang Melayu masih kurang keyakinan pada PKR sebagai parti yang boleh memimpin pakatan Rakyat serta dapat menguatkan Melayu dan Islam. Pas dibimbangi hanya menjadi parti melukut dalam pakatan Rakyat apabila memerintah bukannya sebagai pemimpin. Peribadi Anwar , sikap pemimpin-pemimpin dalam kalangan PKR dan kelemahan parti masih menjadi keraguan ramai golongan melayu atas pagar untuk mereka menyokong Pakatan Rakyat.
Pas adalah parti Melayu Islam yang paling terbesar selepas UMNO dimana kini seruan untuk penyatuan bagi kedua pihak sentiasa berkumandang demi kekuatan orang Islam dan melayu. Namun bagi mereka yang mengenali Pas atau UMNO, amat mustahil pada akal pada masa kini mereka akan bergabung disebabkan beberapa faktor. Penyatuan kurang memberi kebaikan dalam penyuburan demokrasi dimana kuasa tetap akan dipegang oleh ahli politik, rakyat tiada diberi kuasa membuat penilaian dan pemilihan sepenuhnya. Penyatuan juga menyebabkan amat sukar antara kedua parti untuk menegur secara lantang kesalahan –kesalahan yang dilakukan antara kedua pihak kerana menjaga perhubungan. UMNO akan sukar untuk mengikut segala kehendak PAS dan PAS pula tidak akan berganjak dengan segala tuntutannya. Akhirnya akan membawa ketidak selesaan dua pihak yang jalan penyelesaiannya ialah membawa kepada keluar parti semula. Pengalaman wajib menjadi pedoman dan kerana itulah saya melihat Tuan Guru Nik Abd Aziz tetap tegas dengan pendiriannya tidak akan bersatu disebabkan pengalamannya bahawa PAS dan UMNO tidak memiliki keserasian sikap dan budaya untuk duduk bersama dalam pentadbiran.
Demi penyuburan proses demokrasi dan kematangan politik di Malaysia, Malaysia perlu menuju kepada dua Gagasan Parti agar rakyat dapat membuat pilihan untuk diserahkan pentadbiran Negara ini demi kebaikan mereka. Hasil kajian yang dilakukan oleh pihak kami, untuk mencapai tujuan tersebut beberapa perkara yang dilakukan.
1. UMNO dan BN perlu direhatkan setelah 53 tahun memerintah demi membaiki kerosakkan yang sudah parah dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat pula memerintah agar rakyat diberi peluang membuat penilaian prestasi pentadbiran mereka setelah begitu lama memberi peluang kepada BN memerintah.
2. Pas perlu menganti UMNO dalam kepimpinan Melayu Islam dengan mengetui Pakatan Rakyat dan dari kalangan pemimpinnya dilantik menjadi PM apabila memerintah. Parti Pas dan kepimpinannya dilihat lebih berwibawa dan menyakinkan daripada Parti PKR dan kepimpinannya dalam menerajui kepimpinan Melayu Islam.
3. Hak kepimpinan Melayu Islam, Keistimewaan Bumiputera, Raja berpelembagaan dan perkara yang baik termaktub dalam perlembagaan wajib dikekalkan dan dipertahankan.
4. UMNO perlu menjadi pembangkang yang baik dalam mengawal dan memberi nasehat kepada PAS dalam mengetui Pakatan Rakyat dan pemerintahan.
5. Ngo Melayu dan Islam perlu memainkan peranan yang aktif dalam mengawal liberalisma PKR serta tindak tanduk DAP jika dilihat boleh membawa permasalahan kepada perpaduan kaum dan keharmonian negara.
6. Raja-Raja Melayu perlu memainkan peranan dengan kuasa serta pengaruh yang dimiliki dalam menjamin kestabilan Negara dan perpaduan rakyat semua kaum.
7. Para ulama wajib memainkan peranan dalam pembinaan akhlak rakyat agar perbezaan politik tiada membawa kepada perpecahan ummah malah sebagai kerahmatan.
8. Rakyat perlu menjauhi sifat taksub melampau pada mana-mana parti. Mereka perlu bersifat rasional dan sentiasa menilai prestasi parti yang memerintah agar dapat membuat penilaian lima tahun sekali. Jika dilihat berkemampuan serta banyak memberi kebaikan pada agama,rakyat dan Negara, parti tersebut perlu dikekalkan lagi tanpa ada tempoh tertentu begitu jugalah sebaliknya. Hak kekuasaan politik perlu berada pada tangan rakyat bukannya pada Parti atau kalangan orang politik.
9. Dua Gagasan Parti perlu mendukung penyuburan demokrasi dengan menunjukkan sifat hormat pada pemilihan Rakyat dalam pilihanraya bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa apabila dilihat menolak mereka.
10. Kebebasan media massa perlu diberi sebagai sumber maklumat serta dihidupkan majlis diolag, debat antara dua pihak agar rakyat dapat membuat pilihan yang tepat berdasarkan maklumat yang tepat.
11. Pergiliran dua gagasan parti wajib memastikan kekuasaan kepimpinan politik Melayu Islam, hak bumiputera dan Raja berperlembagaan tetap terjamin tanpa meminggirkan keadilan kepada kaum lain.
Sesungguhnya Malayasia perlu menuju kepada kematangan politik yang berasaskan kepada kasih sayang sesama islam dan kaum, keadilan hak, kebebasan, keberanian dan keterbukaan. Politik monopoli perlu dihentikan dimana dalam sistem politik monopoli, ahli-ahli politik boleh melakukan apa jua tanpa rakyat mempunyai kekuasaan untuk menghentikan kerana tiada pilihan. Rakyat tidak dibentuk dengan kebebasan serta keberanian dalam melakukan perubahan walaupun banyak dasar membebankan dan merugikan mereka. Demokrasi tidak wujud sepenuhnya dimana pelbagai sekatan, ugutan dan pengawalan sumber maklumat sehingga rakyat menjadi kaku dan lemah daya fikir dalam politik. Akhirnya politik banyak ditunjang oleh perasaan marah, dendam, benci kerana ketidakadilan serta merasai dizalimi. Ia tidak sesuai dengan perubahan Negara yang menuju kepada era kemajuan sedangkan budaya pemikiran politik masih mundur tanpa perubahan. Inilah pandangan serta hasil kajian yang dilakukan, pihak kami tidak mengharap semuanya diterima namun ia perlu menjadi perbincangan dalam menuju dimensi politik baru. Marilah kita bersama berubah dan merubah, kepada Allah kita bertawakkal.
al Faqir Walid
No comments:
Post a Comment