1-Menghormati yang tua dan menyayangi yang muda
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ،عَنْ أَبِيهِ،عَنْ جَدِّهِ،قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللهِ : لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا،وَيَعْرِفْ حَقَّ كَبِيرِنَا."[1].
Dari Umar ibn Syuaib dari ayahnya dari datuknya, Rasulullah SAW bersabda:
“Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak menyayangi golongan muda kita dan tidak mengetahui hak orang tua kita.”
Tua atau muda, mereka tetap manusia yang ada jiwa. Penghormatan kepada si tua menghadirkan senyuman di bibir mereka, sayang pada si muda mengundang ketawa. Menjaga adab kepada muda dan tua sekaligus akan menjaga perasaan mereka.
2-Mengasihi mereka sebagaimana kita mengasihi diri sendiri
Rasululullah SAW bersabda:
لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ[2]
“ Tidak beriman salah seorang kalian sehingga mereka mncintai sahabatnya sebagaimana mereka mencintai diri mereka sendiri”
Kita tidak di anjurkan sama sekali hidup mementingkan diri sendiri. Sewajarnya kita mengambil berat perihal saudara kita bahkan mengasihi mereka sebagaimana kita mengasihi diri sendiri. Ia akan melahirkan masyarakat yang penuh curahan kasih dan sayang.
3- Menasihati mereka dengan berhikmah
.
وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡہَاۖ لَا نَسۡـَٔلُكَ رِزۡقً۬اۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَۗ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Thoha:132)
Kelemahan yang berlaku dalam umat Islam sekarang ialah apa jua kemungkaran yang di lihat hanya di pandang sebelah mata. Tiada secebis perasaan mahu menegur atau menasihati saudara yang terlanjur berbuat maksiat. Hati kecil mereka berkata “ aku, aku kau kau...”. cukup diri sendiri selamat. Ketahuilah sahabat, jika kita seorang kuat ibadah, neraka masih memanggil nama kita lanataran membiarkan saudara lain hanyut dalam kehidupan.
4-Menyempurnakan hajat mereka jika mampu
Sabda Baginda SAW:
وَمَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ[3]
“Dan barangsiapa menyempurnakan hajat sahabatnya, nescaya Allah menyempurnakan hajatnya”
Tiada rugi kita menyempurnakan hajat mereka kerana Allah akan menyempurnakan hajat kita. Usah kita hairan ungkpan orang tua dahulu kala, “jika mahu senang, kita mesti banyak tolong orang”.
5- Menutup keaiban ikhwan
Sabda Rasulullah SAW:
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة[4]ِ
“Barangsiapa menutup(keaiban) saudara muslim, maka Allah menutup(keaiban)nya di hari kiamat kelak”
Jaga lisan kita dari membuka sebarang keaiban sahabat. Ia sukar di buat kerana tatkala lidah tidak bertulang, Pelbagai percakapan keluar dari lisan sehingga sanggup membuka keaiban. Adakah kita ini terlalu baik untuk bercerita keburukan orang? Tidakkah kita tahu kita jua ada keaiban, yang mana bila-bila masa sahaja Allah boleh bongkarkan.
6- Menolong hentikan kezaliman mereka
dari Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ أَنَسٍ - رضى الله عنه - قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - - « انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا ».فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا،أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ « تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنَ الظُّلْمِ،فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ[5]
“Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang di zalimi”, maka lelaki itu berkata,” Ya Rasulullah, aku menolong jika seseorang dalam keadaan di zalimi”. Maka apakah pendapat kamu(Ya Rasulullah) sekiranya seseorang itu orang yang zalim, bagaimana aku boleh menolongnya?”. Jawab Rasulullah SAW.” Menahan atau menghalangnya dari kezaliman, kerana sesungguhnya hal demikian(menghalangnya dari terus berbuat kezaliman), bermakna kita telah menolongnya”
Usah di sangka pertolongan hanya melibatkan pemberian sesuatu kepada saudara akan tetapi pertolongan mestilah di fahami dengan tafsiran yang lebih luas. Berdasarkan hadis di atas, jelas sekali menghentikan saudara dari terus berbuat kezaliman jua adalah satu pertolongan.
7- Tidak mengadu domba, marah dan hasad dengki antara satu sama lain
Dari Abu Hurairah, Baginda SAW bersabda:
وعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،أَنَّ رَسُولَ اللهِ قَالَ: لاَ تَنَاجَشُوا،وَلاَ تَبَاغَضُوا،وَلاَ تَدَابَرُوا،وَلاَ تَحَاسَدُوا،وَلاَ يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ،وَكُونُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَانًا[6]
"Janganlah engkau saling hasad, janganlah saling menaikkan penawaran barang (padahal tidak ingin membelinya), janganlah saling membenci, janganlah saling merencanakan kejelekan, janganlah sebagian dari kalian melangkahi pembelian sebagian lainnya, dan jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.
Ketahuilah sahabatku, antara punca utama perpecahan sesama Islam bila di antara mereka ada yang gemar mengadu domba, marah, dan hasad dengki antara satu sama lain. Akibatnya, lahir masyarakat dari senyuman bertukar menjadi kebencian. Dari bersalam ke pergaduhan. Awas, jangan sesekali kita bersikap demikian.
8-Berpegang teguh kepada Tali Allah dan tidak bercerai-berai
ووَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَاۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (Al Imran:103)
Alangkah sedihnya melihat masyarakat Islam sekarang berpecah belah sesama mereka. Sejak kejatuhan khalifah Uthmaniah, umat Islam lebih taksub memperjuangkan tali kebangsaan, tidak lagi berpegang atas tali Allah SWT. Akhirnya skrip demi skrip perkelahian antara mereka berlaku ekoran perjuangan mereka berbeza mengikut bangsa, warna kulit dan Negara.
9- Tidak sesekali menzalimi dan menghina ikhwan
Sabda Baginda SAW:
الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ،لاَ يَظْلِمُهُ،وَلاَ يَحْقِرُهُ،وَلاَ يَخْذُلُهُ،كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ[7]
“Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain. Jangan menzaliminya(saudara muslim), jangan memandang rendah, dan jangan menghinanya. Sesungguhnya haram darah saudara muslim atas saudara muslim yang lain”
Ingat sahabatku, penghinaan dan kezaliman kepada ikhwan merupakan malapetaka besar dalam sebuah ikatan persahabatan. Hairan kita melihat sesetengah mereka sanggup melakukan kezaliman dan penghinaan terhadap saudara mereka sendiri.
[1] مسند أحمد (عالم الكتب) - (2 / 644)(6733) صحيح
[2] صحيح البخارى- المكنز - (13 )
[3] صحيح البخارى- المكنز - (2442 ) وصحيح مسلم- المكنز - (6743)
[4] صحيح البخارى- المكنز - (2442 ) وصحيح مسلم- المكنز - (6743)
[5] صحيح البخارى- المكنز - (6952 )
[6] [6] - صحيح مسلم- المكنز - (6706 )
[7] صحيح البخارى- المكنز - (2442 ) وصحيح مسلم- المكنز - (6743)
No comments:
Post a Comment