RSS

Monday, December 28, 2009

Kenapa Restoran Melayu Tak Pernah Nak Berubah


Huh, mengeluh pelanggan bila pergi ke kedai melayu. Saya juga demikian. Di sebabkan itu, jika di lembah klang, pilihan restoran yang pertama adalah kedai mamak. Kedai mamak menjanjkan servis yang cepat dan bersih meskipun harganya agak mahal. Saya sendri lebih suka ke sana. Soal harga nombor dua janji servis puas hati. Sebenarnya di ikutkan hati, lebih suka restoran melayu, namun apakan daya pengusaha restoran melayu tak pernah nak berubah. Sekarang syukur, kerana di kediaman saya di shah alam, seksyen 27 terdapat kedai makan milik orang melayu siam yang prestasinya menyamai kedai mamak.

Sesiapa yang pernah makan di kedai melayu dan mamak akan merasai perbaezan ketara yang jelas. Ok, saya akan sebut di sini. Banyak perbezaan tapi yang satu ni yang saya amat tidak berpuas hati. Pokok luahan di sini tertumpu kepada satu kekurangan ini sahaja.

Yang jelas adalah selesai kita menjamah selera. Seperti biasa kita mahu bayar kan. Di kedai melayu,”dik, Kira”.panggil pelanggan. “ye, cik makan ape encik”. Dia tanya kita semula. Tension betul nak ingat semula apa yang di makan. Kalau saya seorang tak kisah. Andaikata sepuluh orang? Bagaimana. Dengar rintihan kami, kami datang nak makan dengan tenang. Bukan makan sambil nak hafal lauk-pauk yang telah di makan.

Kemana kertas order tadi?simpan la dan kira terus. Bila pelanggan nak bayar, hanya maklumkan harga. Tak membuang masa. Di lembah klang, kebanyakan orang bekerja, segalanya mahu segera.

Cara begini sebenarnya boleh mengundang kerugian. “encik makan lauk apa?”. “ ikan dan kuah kari sahaja”. Memang dapat harga murah walhal ayam dan daging menjadi santapan. Dalam konteks masyarakat yang sudah tidak hiraukan pahala dan dosa, penipuan begini biasa. Siapaka yang harus di persalahkan? Salahkan diri sendiri kerana tidak mahu berubah. Syabas kepada pengusaha restoran melayu siam di seksyen 27. Kalian lagi bijak berniga walapun berstatuskan pendatang.

Kemaafan kepada pengusaha restoran melayu di atas pena ini. Bukan saya mahukan malukan anda. Tapi saya mahu bangsa saya berubah, tidak berada di takuk lama dalam pengurusan alaf baru ini. Saya juga tidak mendapat apa-apa keuntungan, pusing-pusing kembali ke dalam poket anda juga nanti. sekian

1 comment:

  1. salam sahabat,
    dalam ilmiah barat "penumpuan maksima atas keupayaan dan bakat manusia perlu berada atas tahap siap siaga " ana baru habis metodologi barat ini..semata2 berkenaan SERVIS atau PERKHIDMATAN...kualiti servis org barat (tak semua)bergantung kepada lokasi dan jenis kedai (mahal atau murah)..kalau murah,silap hari yang memberi khidmat pakai seluar kotor dan baju singkat..jika di tempat yg lebih kurang esklusif..jangan terkejut cara percakapanya membuat anda rasa terapung !!! di MAS,pendekatan memberi perkhidmatan tidak memberi sebarang perbezaan kecuali "rude" tidak dizinkan..apa kelas kabin..anda (pramugara)perlu memberi perkhidmatan yang seragam lagi berhias dengan budibahasa..kita tak leh lari..latihan itu perlu dan sentuhan nilai2 kemanusiaan dan kehendakannya..tepai jika di Kedai...ebih2 lagi Mamak..ana ketika berada di India..hampir semua gelagat mereka sama..kedai besar atau kecil sama..mungkin humble tetapi pendidikan yang diberi membuat mereka lagi kelas..Kedai Melayu..dan hal melayu kita..tidak akan berubah wallahuaalam..takde kualiti proaktif dan kreatif..kita tanya diri kita sendiri dalam menerima tetamu..sama juga..perlu aad pendedahan akan latihan..tak sukar...ilmu tasawuf juga sebagai intipati gerak naluri..ada teori dan pratikal..tapi sentuhan tentang kejiwaan manusia agak kurang disentuh..jika ada..orang barat yang lebih mendahului dari kita dalam mengapainya !!!

    ReplyDelete