RSS

Friday, December 25, 2009

Poligami, Kacamata Dari Seorang Anak

Baru-baru ini kita dikejutkan satu berita gempar tentang kesudian seorang gadis muda menjadi isteri ketiga seorang ahli perniagaan. Saya membaca berita mengenainya di akhbar Inggeris NST, pada hari Isnin lepas bersamaan21 disember 2009. Sebenarnya ini bukan cerita pertama yang saya dengar tentang kesudian wanita dimadukan. Sudah banyak malah menyaksikan sendiri kebahagiaan mereka. Kalian tidak percaya? Tanyalah mata ini, pasti ia akan merungkai sangkaan buruk kalian terhadap poligami.

Subjek ini memang sensitif untuk di ceritakan, teruatama di kalangan wanita di negara kita. Bagi sesetengah mereka ia sesuatu yang wajib di perangi tidak hairan mereka sanggup berperang sehingga di luar kotak keperimanusiaan. Hujah mereka angkuh sekali, iaitu tiada wanita sanggup di madukan dan satu diskriminasi kepada wanita. Tergelak saya membaca hujah mereka. Ternyata amat dangkal. Berpena kan nafsu dan takwilan akal mereka memperjuangkan monogami.

Saya tidak pasti samada mereka membaca berita perkahwinan poligami tersebut, jika mereka membaca dan berada di hadapan saya, ingin sekali dengan nada menyindir melontarkan.” Ada juga wanita nak di madukan, bukan semua kak? Hakikatnya madu tu memang manis.hehe”.
Saya tak berniat meneruskan tulisan ini dengan nada sindiran, suka saya untuk alihkan bicara ini kepada tajuknya iaitu, pandangan anak tentang poligami. Asyik-asyik perbincangan kepada isteri yang di madukan dan suami itu sendiri. Sekarang hadir buah tangan ini dari perspeltif seorang anak.

Buat pengertahuan pembaca, tulisan ini dari pengalaman saya sendiri . saya juga lahir dalam keluarga poligami. Mempunyai tiga orang ibu dalam satu masa dan seorang ayah yang bertanggungjawab membuatkan hari-hari dalam hidup saya tidur dalam keriangan. Apa yang saya rasai turut di kongsi oleh adik-beradik saya yang lain yang berjumlah 9 orang. Bukan mitos, kami adik beradik sepakat inginkan ayah kami berkahwin lagi ekoran keseronokan mempunyai ramai ibu. “biar cukup empat ayah”. Sentiasa di ulang oleh adik bongsu saya.

Semua detik menarik ini bermula.” Abang kahwin la dengan sahabat saya tu, dia boleh menolong saya untuk berkhidmat pada abang”. Pinta ibuku kira-kira 19 tahun dahulu. Ketika itu umurnya 23 tahun manakala ayah 25 tahun. Sekali lagi saya ulang, ini permintaan ibu saya. Seterusnya dia juga yang meminang untuk ayah. Hal demikian kerana ibu saya ingin rakan baiknya, kini ibu kedua saya merasai kehidupan dalam tarbiyah Islam oleh suaminya. Ini lah benar-benar bersahabat, sehingga sanggup berkongsi kan suami. Kedua-duanya sebaya dan berkenalan ketika sama-sama belajar di pondok. Alhamdulillah keluarga ibu kedua tiada masalah dan sebenarnya mereka juga memang ingin bermenantukan ayah saya yang mereka sifatkan berilmu tinggi dan berakhlak mulia meskipun tiada harta yang banyak. Perkahwinan mereka sekadar sederhana cuma namun bermaharkan nilai pengorbangan dan agama yang tiada tandingan. Sayap kiri dan sayap kanan sudah ada, tiada lagi masalah untuk ayah terbang dalam dakwah.

Kami hidup saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang kurang pada ibu saya, di tampung oleh ibu saya yang kedua. Demikian juga sebaliknya. Mereka ada kelebihan masing-masing yang di rasai anak-anak. Contohnya, ketika ayah saya menunaikan haji. Tinggalah kami ketika itu 6 beradik dengan dua ibu. Masing-masing saling membantu menguruskan anak-anak. Di samping itu, sewaktu ibu saya mengandung dan melahirkan anak kelimanya. Tugas ayah sebgai pendakwah memerlukan dia berkorban masa di luar. Lantaran itu, masa untuk menjaga ibu saya iaitu isteri pertama beliau amat kurang. Ibu kedua la yang menjaga kebajikan ibu saya, menyediakan makanan untu kami adik beradik. Ketika ibu berpantang, tidak perlu hantar ke kampung kerana ibu kedua sudi untuk menjaga. Hal yang sama ketika ibu kedua mengandung pula. Bagi kami adik beradik istilah tiri tidak ada dalam kamus kami. Saya sendiri amat rapat dengan ibu kedua dan adik dari zuriatnya. Saya bangga jika keluar dengan nya untuk katakan dia ibu saya. Untuk ibu saya,” ibu adalah ibu yang paling hebat di dunia, ibu ahli syurga”.

10 tahun kemudian, kami sekeluarga menerima ibu baru. Ibu ketiga saya ketika itu berusia 24 tahun. Baru sahaja menamatkan pengajian ijazahnya. Seperti hal sebelum ini, ibu pertama dan kedua pergi merisik untuk ayah. Secara ringkasnya, semuanya berjalan lancar, dan kedatangannya dalam keluarga kami amat di alu-alukan. Sesungguhnya kebahgiaan ini sukar di gambarkan dengan kata-kata. Ibu, ummi dan ummu mencoret seribu makna bagi dari saya. Terdapat juga mulut-mulut gatal yang mengumpat, betapa tidak saya faham kenapa mereka sibuk sangat?macam lah mereka bahagia sangat dengan tidak bermadu yang kononnya itulah kebahagiaan mutlak. Kami tiada masalah pun. Sekiranya ada kelapangan masa, kami sekeluarga akan melancong. Tiba di hotel, dua bilik besar di sewa. Bilik pertama khas untuk ketiga-tiga ibu saya serta adik perempuan. Bilik kedua menempatkan adik-beradik lelaki serta ayah. Itu suasana ketika percutian. Bagaimana di rumah?

Tiga buah rumah di pagari sebuah pagar merupakan landskap kediaman kami. Sesiapa yang inigin melihat model poligami Islam, jemput datang rumah. Selain itu, saya adik beradik juga amat rapat dengan nenek dan atuk sebelah ibu lain. Kami menghormatinya seperti nenek dan atuk dan mereka melayan kami seperti cucu mereka begitu juga dengan adik-beradik ibu yang lain. Pendek kata, bukan sahaja saya mendapat ibu baru dengan poligami, malah atuk, nenek, ibu dan bapa saudara yang baru. Tiada sihir yang di amalkan melainkan berasasakan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Ayah saya selalu berpesan kepada wanita:

” Hukum poligami daripada Allah SWT. Dia mencipta hukum bersesuai dengan fitrah manusia kerana Dia yang menciptakan manusia. Dia Maha Mengetahui apa terbaik untuk kita. Wajarkah kita mempertikaikannya? Kamu lebih bijak dari Allah SWT ke? Harus di fahami, bicara demikian boleh merosakkan akidah. Kalian harus faham jua, poligami tidak pernah salah, tetapi pelaksanannya yang gagal. Lalu menjadi fitnah kepada hukum Allah SWT. Salahkan mereka, iaitu lelaki yang gagal ini.”

وَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تُقۡسِطُواْ فِى ٱلۡيَتَـٰمَىٰ فَٱنكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَ‌ۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تَعۡدِلُواْ فَوَٲحِدَةً أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُواْ (٣)


Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.


Saya juga hairan setiap kali isu poligami di bincangkan di dalam televisyen, ulasannya sentiasa berat sebelah. Seolah-olah nadannya no poligami. Kemudian, jika pembaca sedari, ahli panel yang di jemput semuanya tidak berpoligami. Bagaimana tajuk ini di bincangkan? Sudahlah pembicaranya tidak layak serta sering mengambil contoh cerita keluarga yang porak peranda ekoran poligami. Bagai orang yang bercakap tentang manisnya gula tetapi tidak pernah makan gula? Agak-agak dari fikiran pembaca yang sihat boleh pakai ke hujah mereka? Saya sedia menawarkan diri kepada pihak media jika ingin isu ini di bincangkan secara terbuka. Dengan harapan, saya mahu perspektif negatif terhadap kehidupan poligami ini diperbetulkan.

Saya juga ingin mengambil ruang untuk berpesan kepada wanita-wanita di luar, saya sudah banyak berhadapan dengan wanita yang anti poligami, akhirnya apa yang berlaku kepada mereka, mereka sendiri di madukan oleh suami mereka seterusnya musnah rumah tangga akibat perang tak habis-habis. Allah SWT mendengar setiap kalam kalian, Dia akan membalas sewajarnya bagi mereka yang mempertikaikan syariatNya. Kalau tidak mahu poligami, diam diam sudah. Pastikan juga ketidakmahuan itu bukan kerana kelemahan syariat poligami tetapi akui kelemahan diri yang tidak mampu bermujahadah ke arah demikian.

Akhir kalam saya, saya tinggalkan satu kalam hikmah yang saya petik dari buku ayah saya yang bertajuk poligami.

“Tidak semua wanita tidak mahu berpoligami dan bukan semua lelaki layak berpoligami”.
Fikir-fikir kan…

6 comments:

  1. salam

    sungguh kagum... terasa bahagianya hidup..

    ReplyDelete
  2. sambung lagi ngoh...cuba cerita mcm mana senario di rumah...pelannya mcm mana ngoh...ada kah 1 isteri 1 rumah?atau cuma 1 bilik tapi berkongsi rumah ibu?harap kembangkan ngoh agar kami dapat jadikan contoh

    ReplyDelete
  3. salam, saya juga hidup berpoligami. saya masih mencari ramuan untuk menyatukan hati isteri2. mereka tidak bergaduh tetapi belum dapat bekerjasama kerana masalah hati yang terlalu keakuan dan mungkin tidak dpt hidup secara begini.... perlukan sokongan dan bantuan moral

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, tenang dan damai saya membaca cerita ini...

    sungguh saya bukanlah anti poligamai, tp lumrah wanita tidak suka berkongsi...
    tp insyaAllah jika lelaki itu boleh berlaku adil seadilnya, dan plg utama ilmu agamanya yg tinggi utk mbimbing isteri2...takkan jd masalah =D

    dan kebahagiaan lebih terasa utk kesemuanya sperti kisah di atas, seronok punyai keluarga nbesar dan plg pting wujudnya nilai2 murni dan keagamaan...^__^

    ReplyDelete
  5. salam, agak terlewat jgk saya jumpa article ni. sgt menarik utk dikongsi bersama cerita ni tambah dr perspektif yg berbeza. mungkin kalau saudara blh updatekan perkembangan terbaru kisah ni dlm blog ni blh menjadi iktibar bersama. tkasih

    ReplyDelete
  6. Askm.pada mula nya suami mmg ada bagi kelu utk mnambh lagi..sehingga lh suatu hari..suami nikah tnpa pengetahuan saya..sukar dan amat payah utk mnerima keadaan utk hidup bermadu..sehari demi hari saya mohon kpd Allah klu ni lh takdir ku..aku minta semoga Allah melapang kn hati utk menerima..tetpi bila sudh kita mula trima pelbagai mcm pula suami buat bersama madu...seolah olah dunia ni mereka yg punya...buka bisnes lh..tpi tak sedar diri bisnes yg di buat tu hasill bersama yg bersush pyh utk mndptkn...iya lh akur lgi mngkin ujian dan bukn rezeki..sudh lh begitu..naik kpala pula..asal dpt pendptn mesti mau di bagi dua..nak berlaku adil..tpi yg hairn dan pelik kita yg kena setle hutng..so bisnes tu utk apa klu ksi beban saja...betul2 tidak puas hati

    ReplyDelete